02 July 2011

I Love missNick Collection

I Love missNick Collection...my sweetheart :)


"missNick Collection diambil sempena nama saya sendiri iaitu Nik Azidah. Nama ini sudah lama digunakan sebagai trademark diri saya sejak dari zaman belajar lagi. Minat untuk berniaga dan bergelar usahawan sudah lama wujud dalam diri saya sejak dari sekolah rendah lagi. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor sekeliling yang mendorong saya. Semasa berada di peringkat sekolah menengah, saya memberanikan diri berniaga pelbagai jenis barangan dalam katalog. Antaranya beg tangan, kasut, pakaian, produk-produk penjagaan diri, kesihatan, dan kecantikan dan sebagainya.

Begitu juga ketika menuntut di salah sebuah IPTA di negeri Sabah. Saya juga turut berniaga pelbagai produk dari sana iaitu aksesori wanita yang diperbuat dari mutiara dan kristal. Selepas menamatkan pengajian dengan jayanya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (dengan kepujian) dalam bidang Psikologi (Psikologi Industri dan Organisasi) pada Ogos 2008, kemudian saya mula bekerja di syarikat swasta sehingga Mac 2010.

Minat yang sangat tinggi dalam dunia perniagaan, terutamanya dalam bidang fesyen pakaian wanita memaksa saya untuk mengambil langkah drastik dengan berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan secara sepenuh masa. Walaupun ramai yang menentang tetapi saya tetap berpegang teguh pada prinsip hidup saya iaitu di mana ada kemahuan, niat yang ikhlas, dan berusaha tanpa jemu, insya Allah akan ada habuan untuk kita. Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan walaupun halangan dan dugaan sentiasa merintangi. Saya harap dengan sokongan anda semua saya akan terus mara dan berjaya mencapai impian yang sudah lama terpendam ini. Doakan saya ye. Love u all ^_^ "

2 comments:

  1. Tahniah.. Semoga berjaya dlm semua bidang yg diceburi. Insyaallah..Amin

    ReplyDelete
  2. thanks...kamu juga....semoga kita semua berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails