27 July 2011

Kekelesan : Kuku Tercabut

Hehehe aku tak tau la nak cakap apa.....aku yang keles (careless) ke...or kerusi tu yang salah........hmmmm tetap tak nak ngaku salah diri...sebab kerusi tu rendah paras betis aku je so tak nampak...maka kerusi jadi mangsa tuduhan ok!!!

Entry ni nak kata basi tak jugak la....citer 3 hari lepas (Ahad) still suam-suam lagi....cuma terlupa nak update je :D


Pada suatu petang yang damai...lokasi di ruang tamu my home sweet home...sambil makan nasi sambil tengok tv....ala time tu citer Bisikan Cinta kat tv3 yang Maria Farida ngan Azhar Sulaiman berlakon tu....berselera sangat makan nasi sampai bertambah2....pegi la dapur ambik nasi.....masa nak ke ruang tamu balik tu....tiba-tiba bedegangggg aku langgar makhluk hitam kat tepi sofa tu....kerusi 4 segi kecik yang diletakkan kat ruang tamu tu la...ala yang jual kat Tesco 10 hengget tu...


Nak tau apa jadi........

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





Hahaha tu la lain kali hati-hati.....ni tak tangan pegang pinggan nasi, sambil jalan mata dok tengok ke arah tv....nasib baik tak langgar sofa...kalau tak dengan aku sekali tergolek kat situ huhu...sakit tau ingat tak sakit ke :( .......tapi kejap je la aku kan jenis hati kering sikit hehehe....

Aku dok goyang2 tarik2 kuku yang terlekat sikit tu....kalau tertanggal terus senang takde la nak jaga2 takut sangkut kat tuala ke selimut ke...sakit tau bila tersangkut and tertarik ni.....sehari aku tunggu kuku tu untuk tanggal dengan sendiri tapi tak jugak...so aku buang la sendiri guna pemotong kuku hehe....now kuku jari kaki ni dah takde....ok tak sabar nak tunggu kuku yang baru tumbuh. Pengajaran - lain kali jalan tengok2 sikit apa yang ada kat depan and kat bawah :P

Back To Bed.....Tak Jadi La

Bukan main lagi aku pagi-pagi hari pukul 7 dah update status kat fesbuk "back to bed........zzzzzzzzzzzzz.....". Lepas tu macam biasa la ada yang komen.....best la....apa la....

Habis sape yang update entry ni hahahaha hantu aku ke....

Eh korang kira tarik balik la ek status aku tadi.....tak jadi la nak tidur. Kalau ikutkan memang mengantuk gak ni....tapi takde la sampai tahap gaban....still mampu ditahan lagi. Bukannya apa malam tadi aku tidur agak lewat jugak la. Lepas tu bangun awal tadi untuk settlekan packing barang customer......sebab hari ni aku bagi kat en.partner suruh dia pos so kena la siapkan awal-awal.....jam 7.15 dia dah nak pegi kerja. Kalau lambat nanti mampos aku nak kena tadah telinga hehe....

Ingat lepas dah settlekan tu semua nak sambung tidur balik.....tapi rasa macam sayang plak. Banyak kerja2 yang boleh dibuat dan disiapkan.....opsssssss rajinnya anak sape ni :D

Agak-agak dah mengantuk giler tahap cipan nak beranak tu nanti baru aku nak tidur hehehe. Ok Bye!


23 July 2011

Nostalgia Moero Attack-燃えろアタック

Entry kali ni berkisar pada kenangan-kenangan lama...best kan rasa nak jadi kecik balik je :D

Ok kita review citer zaman2 kecik cinonet dulu....ye la betul la kan kecik hehe darjah 1 kot time tu...zaman main masak2...main tembak2 perang2 hahaha...nostalgia betul la...





Ingat tak citer Moero Attack iaitu drama televisyen bersiri dari Jepun, tapi dah dialih suara dalam bahasa Melayu di TV1. Kisah pasukan bola tampar wanita Jepun tu kan. Mereka sangat gigih berlatih untuk membawa pasukan Jepun ke Sukan Olimpik.

Citer ni memang femes ames la time tu dan menjadi kegilaan ramai....mana tak gilernya asal petang je semua dah tercongok kat depan TV termasuk aku sekali la tu. Tengah main masak2 ke perang2 ke dengan kawan kat kampung...sanggup tu lari balik ke rumah untuk tengok citer ni. Lepas tu dah habis baru keluar balik sambung main dengan kawan2.

Huiiiii best betul kan lagi2 time spike bola...SUMMERSAULT BERPUSING....huyoooo ganas giler time ni melompat dan berpusing nak spike bola tu. So kami yang time tu masih kanak2 kagum la ternganga...lepas tu dok berangan bestnya kalau dapat buat macam tu hahaha (aku ler tu).

Banyak betul nostalgia zaman kecik ni ye. Masa tu mana la ada Astro, Internet dan mainan2 moden ni. So kitaorang balik sekolah, selain dari main dengan kawan petang2...tengok TV je la kejenya. Nak jadi kecik balik boleh tak hehehe (verangan). Ok lain kali aku update lagi ye benda2 yang menggamit memori ni. Apapun layan dulu video lagu Moero Attack tu...nak lebih2 cari kat Youtube kihkihkih. Bye!!!


22 July 2011

Jangan Buat Orang Yang Mencintai Kamu Kecewa

Ok yang ni aku dapat dari pesbuk kawan aku....sumbernya tak tau dari mana sebab biasa la benda2 macam ni kan orang tu copy orang ni copy......orang tu share orang ni share hehe...

So now aku plak nak share sebab aku suka baca artikel ni....so lain kali kalau nak baca lagi boleh terus refer je kat sini kan :D

__________________________________________________________________

1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6) Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersama mu itu tidak bisa berulang selalu.

8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15) Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19) Jika kamu memintanya untuk mengajari mu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20) Kalau kamu melihat handphonenya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23) Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

14 July 2011

Horeyyy...Horeyyyy kat PD

Last weekend aku pegi Port Dickson ramai-ramai dengan team satu tempat kerja partner aku....ala yang hari BERSIH tu...perghhhh giler teruk jem bukan kami la......jalan menghala ke KL memang kereta tak gerak la panjang giler......yang kitaorang nak keluar dari KL ni ok la jalan smooth je.

Pergi pagi Sabtu (9/7/2011) then balik petang Ahad keesokannya. Balik tu terus ke Nilai 3...apalagi soping mopink la kan hehe....aku takde beli apa pun...beli set cadar je...ye la dah lama aku tak beli cadar ni...tak plan pun tapi terbeli sebab tengok cadar cantik2 kuikuikui...kaler purple plak tu corak abstrak, petak2 and ada bunga hitam kecik2...

Sepanjang kat sana agak best la sebab semua jenis kepala giler2, sporting...malam tu buat BBQ and makan-makan kat tepi laut belakang apartment tempat kitaorang menginap tu.....tengah malam tu celebrate birthday salah sorang dari member team tu...haaaaa yang bestnya lepas tu ada acara baling telur ngan tepung kat sorang member team yang nak resign....kira balingan terakhir la tu hehehe....

Malas nak citer panjang-panjang nanti kalau dah datang mood super rajin...nanti aku upload gambar sepanjang kat sana ok....biar la gambar je bercerita.

06 July 2011

Korang yang mana 1?

Tadi dok belek-belek Facebook.....eh boleh belek macam buku plak ye huhu.....terjumpa satu note yang keluar kat news feed FB aku....ini dari FB kawan aku....Khairi aku copy note kau letak sini ye dan aku pun tak tau kau copy dari mana huahuahua....

Harap anda boleh fikirkan anda tergolong dalam kategori mana....so mana yang tak patut ada dalam diri tu boleh la ubah ye untuk kebaikan bersama....

____________________________________________________________

Renung2kan dan mari berfikir sejenak....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA- NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.


Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan...kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat...kita withdraw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki...nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...

~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya


"Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

05 July 2011

Tau Nak Menipu Je!!!

Baru je aku cek email yang bisnes punya....tengok ada 1 email kat SpamBox......dah boleh agak dah mesti benda merapu-rapu ni....so aku pun baca la sekali lalu sebab selalu terima email-email bodoh macam ni...cuma nak tengok apa produk plak yang dia nak kelentong....selalu aku ignore je terus delete.......tiba-tiba hari ni rasa macam nak reply email tu hahaha...

___________________________________________________________________
Salam,

Saya Zahariah binti mohd saman, saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan batu mulia di UK.di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar kenuntungannya,saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini.saya menghubungi encik kerana saya tidak ingin kehilangan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini.saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan feadah yang baik daripada perniagaan ini di masa akan datang. Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini . Syarikat saya memerlukan sebuah produk yang disebut (HESSONITE LIQUID). Para Hessonite Liquid adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological pemurnian merawat atau menerangkan,memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam
berlian dan batu-batu berharga sepertinya.

Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat KAMI INI mengalami kemalangan di sini {uk} ,dia adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan monopoli ini telah tergendala.saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli .Ini adalah perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan besar.saya hanya memerlukan kerjasama untuk menjadikan perniagaan ini berjaya.Saya akan memberi anda maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika anda bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.

Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent)kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,300.00 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah 2,300.00 USD dan syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons.
saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan digunakan bersama berdua 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya.sekiranya encik dapat membantu saya mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih.kemudian saya akan membincangkan pekara ini bersama pengurus syarikat saya. saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat.di sini juga saya memfailkan butiran dari segi harga dan cara bayaran maka kita boleh mengambil daripada permulaan perniagaan ini. encik saya mengharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat mengemailkan number telephone penjual di malaysia gar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik.sebelum syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian pergi ke Malaysia untuk
membeli produk dari encik secara tunai.Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.

Wassalam...
Zahariah

02 July 2011

I Love missNick Collection

I Love missNick Collection...my sweetheart :)


"missNick Collection diambil sempena nama saya sendiri iaitu Nik Azidah. Nama ini sudah lama digunakan sebagai trademark diri saya sejak dari zaman belajar lagi. Minat untuk berniaga dan bergelar usahawan sudah lama wujud dalam diri saya sejak dari sekolah rendah lagi. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor sekeliling yang mendorong saya. Semasa berada di peringkat sekolah menengah, saya memberanikan diri berniaga pelbagai jenis barangan dalam katalog. Antaranya beg tangan, kasut, pakaian, produk-produk penjagaan diri, kesihatan, dan kecantikan dan sebagainya.

Begitu juga ketika menuntut di salah sebuah IPTA di negeri Sabah. Saya juga turut berniaga pelbagai produk dari sana iaitu aksesori wanita yang diperbuat dari mutiara dan kristal. Selepas menamatkan pengajian dengan jayanya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (dengan kepujian) dalam bidang Psikologi (Psikologi Industri dan Organisasi) pada Ogos 2008, kemudian saya mula bekerja di syarikat swasta sehingga Mac 2010.

Minat yang sangat tinggi dalam dunia perniagaan, terutamanya dalam bidang fesyen pakaian wanita memaksa saya untuk mengambil langkah drastik dengan berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan secara sepenuh masa. Walaupun ramai yang menentang tetapi saya tetap berpegang teguh pada prinsip hidup saya iaitu di mana ada kemahuan, niat yang ikhlas, dan berusaha tanpa jemu, insya Allah akan ada habuan untuk kita. Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan walaupun halangan dan dugaan sentiasa merintangi. Saya harap dengan sokongan anda semua saya akan terus mara dan berjaya mencapai impian yang sudah lama terpendam ini. Doakan saya ye. Love u all ^_^ "

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails