26 June 2011

Cara Jimat Belanja Rumah Tangga _ 1

Dah lama nak share tips ni tapi asyik tangguh-tangguh je hehe. Tips ni aku ambil dalam Majalah Nur keluaran Jun 2011. Lepas dah baca semua rasa macam menarik dan best plak....banyak benda-benda penting yang kadangkala kita terlepas pandang dan boleh dijadikan panduan. Mungkin ada yang dah tau kan atau mungkin dah basi....tapi aku tetap nak share jugak hehe :D


1. Beli barang pada harga borong / pukal di mana-mana pasaraya besar. Beli barang-barang kegunaan harian seperti tisu, lampin pakai buang, alat tulis, makanan sejuk beku, sabun basuh atau makanan dalam tin di situ kerana harganya lebih murah. Lebih jimat jika anda menggunakan Kad Kelab kerana boleh kumpul mata dan dapat baucar percuma.
~~~~~~ye yang ni aku dah praktikkan dari dulu lagi....tak kuasa aku nak beli barang kat situ sikit kat sini sikit....beli banyak2 sekaligus kat satu tempat...sabun basuh tu kalau ada size besar gajah aku beli yg besar gajah kot hahaha...selalunya tempat pilihan aku adalah Jusco :D

2. Beli barangan terpakai atau lelong murah. Contohnya buku atau majalah boleh juga dibeli secara online. Selain itu anda juga boleh membeli perabot terpakai yang masih elok seperti kerusi, meja atau barangan elektrik yang masih ada warranty.

3. Musim Promosi & Megasale. Berbelanjalah ketika musim promosi atau megasale. Tawaran harga ketika itu memang cukup murah. Ambil kesempatan beli pakaian terutama baju anak-anak untuk stok setahun termasuk perayaan.

4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode. Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harganya jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan oleh telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau sebaliknya.
~~~~~~bab2 penggunaan tepon ni memang aku jimat...aku guna Celcom prepaid je and call fix line rumah kat kampung murah la...nak lagi best kalau call akak aku nanti dia suruh letak and dia akan call aku balik...so bercakap dengan preeee of charge ye hahaha...aku selalu call kampung je la...lain2 tu jarang sangat kecuali kalau ada hal2 penting je...sebab aku ni bukan jenis suka bergayut lama2 kat tepon....dengan kawan2 selalu sms je, ym or fb je la...orang kata manfaatkan penggunaan teknologi sepenuhnya hehehe...

5. Kitar semula. Bagi yang ada banyak koleksi akhbar atau majalah lama, botol kaca dan aluminium boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di kebanyakan tempat. Ia juga membolehkan anda dapat wang tambahan selain menjaga persekitaran.

6. Gunakan kad keahlian / Privelege Card. Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukarkan dengan hadiah, di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.

7. Beriadah di tempat awam. Bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, kurangkan belanja itu dengan berjoging di tempat rekreasi awam atau bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, atau pun buat latih tubi di beranda rumah, di tempat rekreasi pun boleh kerana semua kemudahan disediakan.
~~~~~~aktiviti senaman aku adalah di tangga rumah....tak tau berapa kali sehari aku turun naik tangga...ni la kelebihan tinggal di rumah yang ada tangga walaupun kadang2 menyampah hahaha...

8. Kurangkan hiburan, banyakkan bacaan. Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang atau konsert. Apa kata duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan berinspirasi.
~~~~~~ye ye akan cuba kurangkan aktiviti2 karaoke di Red Box dengan melepaskan gian menyanyi kat dapur je huhu...wayang???? selalu partner aku yang belanja kihkihkih...

9. Kurangkan makan di restoran makanan segera. Lagipun kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolesterol, lemak berlebihan. Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang banyak kalori dan kandungan kolesterol yang tinggi.
~~~~~~adoiiiii yang ni agak susah nak tinggal hehe....sampaikan ada yang kata aku ni dah jadikan fastfood restaurant sebagai dapur....aiyaaaaaaa!!! nanti2 la aku cuba kurangkan ye...

10. Masak dan makan di rumah. Ini salah satu cara nak jimat duit, kalau teh kat luar RM1, manakala kalau buat sendiri kat rumah tak sampai 40 sen pun segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan / minuman yang boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.
~~~~~~aku hidup bujang so balance la ye kadang2 makan kat luar, kadang2 masak...kalau dah hidup berkeluarga nanti boleh la masak setiap hari...

11. Semak bil utiliti bulanan anda. Ini satu kaedah yang lebih praktikal. Kumpulkan bil elektrik, telefon, internet, air, astro, dan bil langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.

12. Jimat elektrik dan air. Ini saranan berikutan semakan bil utiliti setiap bulan. Berpada-pada dengan alat-alat pemanas seperti seterika atau cerek yang guna elektrik banyak. Gosok baju seminggu sekali dalam kuantiti yang banyak bukan bila nak pakai baru gosok.
~~~~~~owhhhh aku jarang sangat gosok baju ni...selalu keluar pakai baju2 dengan tudung2 yang memang tak perlu digosok hehe...

13. Penghawa dingin. Pastikan semua tingkap ditutup sebelum memasangnya kerana bagi menjimatkan masa menyejukkan ruang. Kalau cuaca sejuk, gunakan sahaja kipas. Tutup suis plug tv, radio, komputer dan sebagainya jika tidak digunakan.
~~~~~~rumah wa takde ekon.....guna kipas je...jimatttttt kan...

14. Penggunaan air kenalah pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat kerja rumah sekaligus. Yang penting jangan membazir untuk mengelakkan bil air tinggi.
~~~~~~kemalasan aku ada faedahnya jugak kan....boleh jimat air hahaha...boleyyyyy gitu ye...bagi rumah yang ada ramai penghuni or ada anak kecik2 tu elok la selalu mop or basuh lantai tu...bagi aku ni jarang2 sudah huhu...

15. Tukarkan 'sampah' kepada 'wang'. Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tidak diguna, boleh lelong atau jualnya di jualan lelong online seperti mudah.com.


Nanti2 ye aku sambung lagi.....tips ni banyak giler semuanya ada 181.....tak larat nak taip sekaligus...


Sumber: Majalah Nur - Jun 2011.

2 comments:

  1. Bagusnya tips yang dikongsi. Dengan belajar jimat sumber dan tenaga, kita memang dapat potong perbelanjaan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la zaman sekarang ni...apa yang tak perlu tu boleh stop atau kurangkan :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails