30 June 2011

Aura Warna Pada Kediaman

Bagi mereka yang suka bab deko-deko atau menghias rumah cantik-cantik ni....di sini aku ada nak kongsi sedikit tips tentang pemilihan warna dalam menghias rumah....sebab penataan warna akan mempengaruhi konsep kediaman yang diingini tercipta.

Tidak kira apa gaya hiasan yang anda diinginkan, warna yang sepadan akan membantu menonjolkannya. Warna adalah komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Bila memilih warna untuk rumah anda, secara semulajadinya, anda akan tertarik dan menyukai warna tertentu disebabkan bagaimana warna tersebut memberi kesan terhadap perasaan anda.

Warna juga telah terbukti menghasilkan respons secara fizikal. Jadi, pertimbangkanlah psikologi warna semasa anda merancang skema warna untuk mana-mana ruang di dalam rumah anda. Maklumat ini mungkin ia dapat membantu anda memperoleh mood yang diingini.

Warna pada soft furnishing atau penggunaan kemasan merupakan penyelamat kepada kediaman kerana ia mampu melembutkan gaya susunan dekorasi kediaman anda. Kebiasaannya, ia lebih tertumpu pada pemilihan langsir, permaidani atau kusyen. Namun, bagi mengelakkan kediaman kelihatan membosankan, elakkan penggunaan warna yang senada atau corak yang sama terlalu banyak.

Apa kata tahun ini semarakkan gaya kediaman anda dengan warna ungu. Ia dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri.

Antara panduan utama dalam menghias adalah pemilihan warna.

1. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah rona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan 'terangkat'. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kekayaan dan kemewahan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.

2. Biru, warna langit dan lautan, terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.

3. Kuning menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.

4. Hijau bermaksud semulajadi, subur, sihat, dan muda. Dengan keseimbangan antara warna-warna 'sejuk' dan 'hangat' (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.

5. Merah ialah warna paling 'hangat' dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna, sama ada tradisional mahupun kontemporari.

6. Merah jambu dikaitkan dengan keremajaan dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria dan adakalanya seperti 'bebas daripada sebarang masalah'. Ia dibayangkan sebagai warna romantik, dan rasa kelembutan. Warna merah jambu juga ialah warna yang tepat untuk cinta.

7. Jingga, yang terhampir dengan merah, ialah warna yang berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding warna-warna lain, terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna jingga, di mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa 'sangat suka' atau 'sangat benci' pada seseorang. Warna tersebut mampu memberikan kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional. Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih selesa.

8. Coklat menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warna 'garang' atau warna 'hangat'.

9. Hitam adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan 'tak lekang dek zaman', dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri sangat moden.

10. Putih, walau bagaimanapun, menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan 'tanpa warna' atau neutral.


Sumber: Majalah Nur - edisi Julai 2011

Hai darlingggggggg!!!!

Tadi kan dalam lebih kurang pukul 2.30 petang gitu la.....selepas sesi melantak KFC kat The Mall....aku berjalan dengan penuh ayunya....eh eh tak bila masa aku berjalan ayu ni....berjalan la aku dengan lajunya ke Stesen LRT PWTC tu.....nak balik rumah la ni...

So dah sampai situ pergi la beli tiket.....dah siap tu ambik tiket dan simpan baki dalam purse...tiba-tiba langkah ku terhenti....sejuta tangan telah menahan ku...ingin ku maki mereka berkata...tak perlu kau berlari mengejar mimpi yang tak pasti....

Ok kembali ke pangkal jalan ye....tiba-tiba terfeeling Ramli Sarip plak hehe lagu feveret aku tu Kamelia.....tiba-tiba aku dengar "hai darlingggggg" serentak dengan bau yang menyucuk hidung.... entah dari mana datang muncul kat tepi aku hahaha......bawak 2 beg plastik kuning besar giler kat atas belakang....dengan muka terkejut cepat-cepat aku blah dari situ terus masuk naik escalator menuju ke platform......aku dah sampai atas tu aku tengok orang tu naik jugak......huaaaaa aku terus menyorok jauh sikit.....nasib baik LRT ke Ampang sampai cepat huhu...

Bukan apa aku takut kan tiba-tiba dipegangnya aku tak nak lepas ke apa....tiba-tiba ada pisau ke....aku tak sanggup hahahaha....bukan apa aku ni dari dulu lagi memang takut giler dengan mereka dari golongan ni...sebab mereka boleh bertindak di luar kawalan tanpa kita duga.

Cara Jimat Belanja Rumah Tangga _ 2

Ok hari ni aku nak sambung balik tips Cara Jimat Belanja Rumah Tangga....yang part_1 boleh baca kat sini ok....




16. Dial Up vs Streamyx. Bagi anda yang selalu online dan sentiasa gunakan internet maka pilihan terbaik adalah guna Streamyx berbanding dial up. Jika anda terpaksa membayar beratus ringgit sebulan untuk akses internet, eloklah fikirkan pakej Streamyx yang jauh lebih murah dengan akses 24 jam tanpa henti.
~~~~~~ok hahaha tips ni boleh dikatakan agak ketinggalan...tapi aku nak share jugak...kan dah cakap awal2 ada 181 tips semuanya...nanti tak cukup ada plak yang cakap aku tak pandai kira hehe...selain Streamyx terdapat pilihan internet service provider lain yang femes macam P1 Wimax, Celcom, Maxis, Digi dan lain2...now aku guna P1 memang tak mengecewakan...mula2 guna Maxis.....lepas tu Celcom...semuanya buat aku membebel huhu sebab dah ambik yang paling laju tapi ada je benda yang aku tak puas hati...

17. Bayar bil online. Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal. Anda boleh cuba bayar bil elektrik, air, streamyx, telefon semuanya melalui internet. Dalam tempoh tidak sampai 10 minit, anda mampu membuat beberapa transaksi. Jimat masa, wang, dan tenaga.

18. Berhenti merokok. Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini kerana adalah suatu yang merugikan duit dan kesihatan.
~~~~~~haaaaa please take note ye wahai perokok2 sekalian...termasuk la pakwe aku tu kihkihkih...

19. Tanam sendiri sayur-sayuran. Serai, kunyit, daun pandan, dan daun kari mudah untuk ditanam. Bagi yang tidak mempunyai tanah dan ruang masih boleh menanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayuran seperti sawi, kangkung, cili malahan pisang juga tidak susah untuk ditanam. Mengamalkan cara ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dari perlu membeli sayur-sayuran yang telah ditanam, seterusnya dapat mengisi masa lapang bersama keluarga.
~~~~~~yang ni ok la kalau tinggal kat rumah atas tanah...ada halaman boleh tanam macam2 segala jenis pokok...lagi2 kalau ruang tanah yang luas....kalau macam aku yang tinggal kat rumah atas langit ni almaklum la....tanam pokok cili, pokok kari or pokok yang kecik2 kat balkoni tu boleh la...tengah imagine tanam pokok pisang kat balkoni lepas tu tiba2 ada beruk bertenggek kat situ....kan cantikkkk tu...

20. Kurangkan pembelian barangan berjenama. Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya.

21. Kurangkan sampah. Sebagai contoh, guna kertas di kedua-dua belah muka surat.

22. Guna semula. Mana-mana barang yang masih boleh diguna pakai jangan dibuang. Kreatifkan diri untuk jadikan barang tersebut pelbagai guna.

23. Jadikan barang bertahan lebih lama. Perbaiki pakaian, kasut digam semula, dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.

24. Cari kegunaan baru untuk barangan lama. Cat perabot lama, buat kulit daripada pakaian lama, dan jadikan meja besar lama kepada meja tulis. Dalam erti kata lain, kitar semula, kitar semula, dan kitar semula!

25. Cari barang pengganti yang lebih murah. Beli jenama umum, membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli. Anda juga boleh berjimat dengan memenuhi keperluan anda secara kreatif, dengan berkongsi bersama orang lain, dan menggunakan sumber awam.

26. Berkongsi dengan pembelian yang besar. Perkongsian boleh membantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang rendah. Sebagai contoh, mungkin anda berkongsi dengan jiran anda sebuah tangga, gerudi elektrik, dan mungkin pembersih hampagas.

27. Bertukar barangan atau perkhidmatan. Ya, kita hidup dalam dunia moden tetapi siapa kata yang kita tidak boleh mengamalkan pertukaran barangan? Sebenarnya anda boleh membuat pertukaran kepada semua jenis barang. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua dapat apa yang anda perlukan dan dapat jimat duit.


Sumber: Majalah Nur _ Jun 2011

26 June 2011

Cara Jimat Belanja Rumah Tangga _ 1

Dah lama nak share tips ni tapi asyik tangguh-tangguh je hehe. Tips ni aku ambil dalam Majalah Nur keluaran Jun 2011. Lepas dah baca semua rasa macam menarik dan best plak....banyak benda-benda penting yang kadangkala kita terlepas pandang dan boleh dijadikan panduan. Mungkin ada yang dah tau kan atau mungkin dah basi....tapi aku tetap nak share jugak hehe :D


1. Beli barang pada harga borong / pukal di mana-mana pasaraya besar. Beli barang-barang kegunaan harian seperti tisu, lampin pakai buang, alat tulis, makanan sejuk beku, sabun basuh atau makanan dalam tin di situ kerana harganya lebih murah. Lebih jimat jika anda menggunakan Kad Kelab kerana boleh kumpul mata dan dapat baucar percuma.
~~~~~~ye yang ni aku dah praktikkan dari dulu lagi....tak kuasa aku nak beli barang kat situ sikit kat sini sikit....beli banyak2 sekaligus kat satu tempat...sabun basuh tu kalau ada size besar gajah aku beli yg besar gajah kot hahaha...selalunya tempat pilihan aku adalah Jusco :D

2. Beli barangan terpakai atau lelong murah. Contohnya buku atau majalah boleh juga dibeli secara online. Selain itu anda juga boleh membeli perabot terpakai yang masih elok seperti kerusi, meja atau barangan elektrik yang masih ada warranty.

3. Musim Promosi & Megasale. Berbelanjalah ketika musim promosi atau megasale. Tawaran harga ketika itu memang cukup murah. Ambil kesempatan beli pakaian terutama baju anak-anak untuk stok setahun termasuk perayaan.

4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode. Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harganya jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan oleh telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau sebaliknya.
~~~~~~bab2 penggunaan tepon ni memang aku jimat...aku guna Celcom prepaid je and call fix line rumah kat kampung murah la...nak lagi best kalau call akak aku nanti dia suruh letak and dia akan call aku balik...so bercakap dengan preeee of charge ye hahaha...aku selalu call kampung je la...lain2 tu jarang sangat kecuali kalau ada hal2 penting je...sebab aku ni bukan jenis suka bergayut lama2 kat tepon....dengan kawan2 selalu sms je, ym or fb je la...orang kata manfaatkan penggunaan teknologi sepenuhnya hehehe...

5. Kitar semula. Bagi yang ada banyak koleksi akhbar atau majalah lama, botol kaca dan aluminium boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di kebanyakan tempat. Ia juga membolehkan anda dapat wang tambahan selain menjaga persekitaran.

6. Gunakan kad keahlian / Privelege Card. Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukarkan dengan hadiah, di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.

7. Beriadah di tempat awam. Bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, kurangkan belanja itu dengan berjoging di tempat rekreasi awam atau bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, atau pun buat latih tubi di beranda rumah, di tempat rekreasi pun boleh kerana semua kemudahan disediakan.
~~~~~~aktiviti senaman aku adalah di tangga rumah....tak tau berapa kali sehari aku turun naik tangga...ni la kelebihan tinggal di rumah yang ada tangga walaupun kadang2 menyampah hahaha...

8. Kurangkan hiburan, banyakkan bacaan. Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang atau konsert. Apa kata duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan berinspirasi.
~~~~~~ye ye akan cuba kurangkan aktiviti2 karaoke di Red Box dengan melepaskan gian menyanyi kat dapur je huhu...wayang???? selalu partner aku yang belanja kihkihkih...

9. Kurangkan makan di restoran makanan segera. Lagipun kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolesterol, lemak berlebihan. Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang banyak kalori dan kandungan kolesterol yang tinggi.
~~~~~~adoiiiii yang ni agak susah nak tinggal hehe....sampaikan ada yang kata aku ni dah jadikan fastfood restaurant sebagai dapur....aiyaaaaaaa!!! nanti2 la aku cuba kurangkan ye...

10. Masak dan makan di rumah. Ini salah satu cara nak jimat duit, kalau teh kat luar RM1, manakala kalau buat sendiri kat rumah tak sampai 40 sen pun segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan / minuman yang boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.
~~~~~~aku hidup bujang so balance la ye kadang2 makan kat luar, kadang2 masak...kalau dah hidup berkeluarga nanti boleh la masak setiap hari...

11. Semak bil utiliti bulanan anda. Ini satu kaedah yang lebih praktikal. Kumpulkan bil elektrik, telefon, internet, air, astro, dan bil langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.

12. Jimat elektrik dan air. Ini saranan berikutan semakan bil utiliti setiap bulan. Berpada-pada dengan alat-alat pemanas seperti seterika atau cerek yang guna elektrik banyak. Gosok baju seminggu sekali dalam kuantiti yang banyak bukan bila nak pakai baru gosok.
~~~~~~owhhhh aku jarang sangat gosok baju ni...selalu keluar pakai baju2 dengan tudung2 yang memang tak perlu digosok hehe...

13. Penghawa dingin. Pastikan semua tingkap ditutup sebelum memasangnya kerana bagi menjimatkan masa menyejukkan ruang. Kalau cuaca sejuk, gunakan sahaja kipas. Tutup suis plug tv, radio, komputer dan sebagainya jika tidak digunakan.
~~~~~~rumah wa takde ekon.....guna kipas je...jimatttttt kan...

14. Penggunaan air kenalah pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat kerja rumah sekaligus. Yang penting jangan membazir untuk mengelakkan bil air tinggi.
~~~~~~kemalasan aku ada faedahnya jugak kan....boleh jimat air hahaha...boleyyyyy gitu ye...bagi rumah yang ada ramai penghuni or ada anak kecik2 tu elok la selalu mop or basuh lantai tu...bagi aku ni jarang2 sudah huhu...

15. Tukarkan 'sampah' kepada 'wang'. Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tidak diguna, boleh lelong atau jualnya di jualan lelong online seperti mudah.com.


Nanti2 ye aku sambung lagi.....tips ni banyak giler semuanya ada 181.....tak larat nak taip sekaligus...


Sumber: Majalah Nur - Jun 2011.

25 June 2011

Bukan Malas....Tapiiiiiiii

Ada orang tanya kenapa aku ni malas sangat nak update blog. Nak blogging tapi malassssss.....ada hati kan hehe. Bukan malas.....eh malas tu kadang-kadang ada jugak tau tapi takde la malas sangat...normal la tu kan.

Aku selalu taip-taip lepas tu delete....taip-taip lepas tu delete. Sebenarnya banyak benda yang nak dikongsi....yang nak ditaip kat sini....sebanyak mulut aku time bercakap atau selaju jari aku menaip time chatting dengan kawan-kawan.

Aku takut apa yang aku publish nanti ada kaitan dengan sesiapa.....walaupun itu adalah kenyataan umum. Tak pasal-pasal kan ada yang sentap dengan aku plak huhu....tak nak la kan sentap-sentap ni...tak bestttttt. Bukan apa hati manusia ni kan macam-macam pesen....walaupun kita takde niat nak sentuh pasal dia pun....tup tup dia kata kita mengata dia hehe....kesian la kan.

Ye la sebab sebelum ni aku pernah buat statement kat Facebook aku pasal isu perempuan desperate suka mengejar lelaki. Tiba-tiba ada sorang kawan aku mesej aku marah-marah dia kata tak sangka aku boleh mengata dia macam tu. Aikkkkk tak ke aku terkejut....dari aku yang tak tau apa-apa sebab takde la rapat pun...terus jadi tau sebab secara tak langsung dia dah mengaku. Ada satu lagi pasal status kat FB jugak...ini melibatkan orang yang berlainan dari di atas...aku update lebih kurang gini la bunyinya "kalau dah berada di atas jangan lupa pandang ke bawah...jangan berlagak dengan kejayaan kerana itu hanya pinjaman sementara...kerana bila-bila masa kita akan berada di bawah balik". Haaaa ini pun aku kena marah jugak...kesian kan hehe...dikatanya status tu aku tuju kat dia. Emmm lagi sekali ada pengakuan secara tak langsung. Lain la kalau aku terang-terang sebut nama ke kan....siap buat caps lock lagi. Ini semua adalah generally. Kadang-kadang sedih jugak apa yang kita utarakan secara jujur orang salah erti hehe.

Sebab itu la aku jarang nak update status kat FB bisnes....just update tentang bisnes je...kalau ada status lain pun yang biasa-biasa je. Aku banyak update status kat personal FB je....sebab kat situ hanya kawan-kawan yang dikenali dan mengenali diri aku je. Itu lagi selamat sebab diaorang tau cara aku...tau perangai dan sikap aku macam mana...tau kesukaan aku....faham tentang apa yang cuba aku sampaikan. Kalau kat FB bisnes tu ramai orang yang tak kenal aku akan baca dan aku pun tak tau sape-sape yang baca tu.

Ye la sebab aku banyak update status pasal kehidupan, pengalaman, pengajaran....selalunya status-status macam ni la yang kalau orang jenis over sensitif akan sentap menyentap. Kadang-kadang aku suka update status giler-giler sebab memang itu pun perangai aku suka huhahuha, gelak-gelak, buat lawak. Kalau orang yang jenis tak faham akan cakap ntah apa-apa kan.

Dalam diri aku ada sense of humor dan aku juga boleh jadi seorang yang serius depend on situation la. Ye la aku ni suka baca bahan-bahan motivasi, kisah-kisah benar untuk pengajaran, banyak berkawan dengan macam-macam jenis manusia, dan seumpamanya....at least aku nak la jugak berkongsi apa yang aku baca dan alami dalam kehidupan di blog ini...asyik kongsi kat Facebook dan kat luar secara langsung je kan.

Ok tak kalau lepas ni aku share je apa-apa yang aku rasa patut kat sini. Lantak la kan orang nak cakap apa...nak terasa ke...tak suka ke. Kalau asyik dok fikirkan perasaan orang je sampai bila la aku tak boleh nak menulis. Bagi aku senang je kalau tak suka tak payah baca. Kat sebelah kanan atas ada butang X....so anytime boleh klik situ dan say goodbye hehehe....


15 June 2011

Hangen.....hangen...hangennnnnn

Erkkkkkk.....erkkkkkk.....aorkkkkkkkk......

Tajuk entri tak semengah....ini bukan hangen nak marah ke....hangen nak tibai orang ke. Ini hangen satu badan ni....penat tau. Tekan kepala sendawa.....tekan dahi sendawa.....tekan perut sendawa.....urut kaki sendawa. Pening kepala aku huhu.....

Ini la masalah aku kalau makan tak jaga terus badan berangin. Siang tadi dengan tak sarapannya terus keluar. Benda first yang aku makan jeruk buah hahaha....ada mangga, jambu, macam2 la. Dah la perut kosong lepas tu makan benda masam plak. Time lunch tu pergi mcD.....dapat order terus aku sedut air coke hehe. Elok la tu kan....perut kosong....jeruk masam....air coke....sangat elok untuk perut ye ;P. Lepas tu la baru makan yang lain-lain.....fries, burger and nugget. Time tu ok lagi. Rasa macam malas nak balik rumah lagi...so jalan-jalan then pergi karoks. Huhhhh time tu la hangen aku mula datang....semput weh nak singing2 lagi dengan sendawanya. Nasib baik time tu hangen masih di level 1....boleh dikawal.

Dalam pukul 5 lebih balik rumah......dah start menggila erkkkkkk......erkkkkkk.....aorkkkkkkkk......sampai ke malam. Pening kepala tau sebab aku punya sendawa time hangen dalam badan memang tahap kritikal hehe. Kalau sape-sape ada petua nak hilangkan hangen dalam badan ni sharing2 ye.....selain minum halia la kot2 ada cara lain ke.....dulu-dulu rajin gak minum air halia ni. Pati halia terbaik segar dari ladang....tumbuk halia then rendam dalam air panas....tunggu suam baru minum. Tapi yang tak tahannya sambil minum tu kena tutup hidung and minum sekali nafas je ye....kalau berenti konpem dah tak boleh nak sambung minum balik hahaha....

10 June 2011

Kisah Orang Tak Tidur

Ok tak tajuk tu? Sebenarnya aku ni jenis tak reti nak bertajuk-tajuk bagai...hentam je la.

Gosok-gosok mata....genyeh-genyeh hidung....lepas tu tarik balik takut penyek hidung yang tak mancung ni. Tengok jam dah pukul 4.14 pagi....patut la mata dah pedih, hidung pun dah gatal. Mana taknyaaaaaa....hampir 24 jam aku tak tidur tau eh. Aku bangun awal pagi semalam (9 Jun 2011) dalam pukul 6 lebih. Buat kerja tu kerja ni sibuk sungguh....cek order.....layan customer.....keluar pergi pos barang customer.....balik rumah then hadap laptop melayan customer lagi...ambik order....makan....tengok tv....hadap laptop....tengok tv....makan lagi...tengok tv lagi sampai pukul 12.30 malam. Nah hambikkk kau sesaat pun takde sebut eh taip tidur hahaha.

Tutup tv atau orang tua dulu-dulu sebut peti telebesen. Naik atas then masuk bilik a.k.a ofis kecik aku ni. Baring-baring....guling-guling kejap macam citer hindustan tu sampai la pukul 1.

Teettttt on laptop plak nak cek apa-apa yang patut sebelum masuk tidur. Lepas tu bukak plak personal FB......sudahhhhh tu dia geng-geng mesyuarat jendela rancak plak dok borak-borak kat group even dah tengah malam.

Baru je jari jemari mulus ni nak ketuk keyboard nak horey-horey dengan diaorang.....tiba-tiba terpandang plak selonggok baju a.k.a item jualan aku belum lipat masuk plastik lagi. Semalam dok checking kot ada kerosakan ke kat baju-baju tu. Setiap kali ambik stock memang aku akan buat second QC balik satu persatu.

Terus terbayang muka my partner dengan bebelannya sepanjang 2 marhalah tu.....dia dah pesan nak bawak baju bajan tu pergi ofis hari Jumaat nak jual kat kawan-kawan. Sudahnya hati aku berbelah bahagi. Sebelah mata pandang laptop nak chat ni....sebelah mata lagi pandang selonggok baju yang tak lipat. Dengan geng mesyuarat jendela ni dah banyak hari aku tak chat sebab bizi mengalahkan calon wakil rakyat yang tengah berkempen nak pancing undi hahaha.....ye la minggu lepas balik kampung 5 hari. Lepas tu balik KL ni bizi dengan stok barang-barang jualan yang baru masuk. Tapi takkan aku nak bagi bakul kat partner aku letak dalam kereta....lepas tu sampai ofis kira jual stail lambak-lambak je kan. Hoiiiiiii boleh plak macam tu kan...kesian baju-baju aku ni walaupun murah tapi nak jugak lipat masuk plastik cantik-cantik tau.

Sambil-sambil dok fikir pasal baju....sambil tu jugak jari aku laju je menaip tap ketip tap ketip...sengeh-sengeh gelak-gelak. Dah semua jenis kepala giler-giler termasuk la aku ni hahahaha....hilang semua ketensenan aku. Tiba-tiba mata ngantuk dah....tengok jam dah angka 3...3 pagi okeyyyyy. Adoiiiii baju tak terlipat lagi. Dengan berat hati aku mengundur diri dan memulakan kerja-kerja melipat baju...cek sikit-sikit sampai la pukul 4.14 pagi. Kan tak pasal-pasal kena bebel double 2 marhalah jadi 4 marhalah plak hehe.

Yeayyyyy dah siap...susun cantik. Okey2 nak tidur dah.

Teringat plak kat blog yang dah bersawang ni. Maka aku pun kena sawan update blog pagi2 buta....tak boleh sabar tunggu siang. Sekian coretan dari aku sambil mata terkebil-kebil tahan ngantuk. Assalamulaikum :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails