04 May 2011

Tips Untuk Tampil Cantik _ part 2

Ok korang2 seperti yang dijanjikan...ini ada sambungan dari Tips Untuk Tampil Cantik _ part 1

KELIHATAN TINGGI

1) Untuk kelihatan tinggi, asasnya tidak terlalu berbeza dengan penggayaan untuk kelihatan kurus. Pemilihan warna pakaian juga sama iaitu senada bagi mengelakkan perbezaan warna antara baju dan seluar yang akan menyebabkan kelihatan jelas antara bahagian atas tubuh dan bahagian bawah tubuh.

2) Pilih pakaian yang berwarna gelap kerana warna gelap dapat menyerap cahaya sehingga tubuh kelihatan tinggi. Warna gelap juga memberi ilusi langsing sekaligus menutupi kekurangan yang ada pada bentuk tubuh anda.

3) Gunakan kasut yang bertumit tinggi seperti 'stilettos', 'wedges' dan sebagainya. Ini salah satu cara untuk menampakkan anda lebih tinggi.

4) Aksesori pula perlu bermaterial yang kecil, bukan lebar dan besar. Kerana aksesori lebar dan besar akan membuatkan anda juga kelihatan lebar.

KELIHATAN BUJUR SIREH

1) Wajah bujur sireh adalah antara bentuk wajah yang paling lengkap. Wajah berbentuk seperti ini juga menjadi dambaan setiap wanita yang ingin kelihatan cantik. Tetapi bagaimana untuk mendapatkan raut wajah yang lengkap itu tanpa melakukan sebarang perubahan?

2) Pertama, pemilihan jenis corak pada tudung atau selendang. Untuk menampakkan wajah yang lebih tirus dan bujur sireh, corak mestilah tidak terlalu besar. Jika tudung atau selendang yang mempunyai corak bunga, pastikan bunganya bersaiz sederhana. Ini kerana bagi mengelak daripada corak yang ada mempengaruhi saiz wajah anda. Lebih bulat atau besar corak tersebut, lebih lebarlah wajah anda akan kelihatan.

3) Ketiga, jangan sesekali memilih untuk memakai tudung atau selendang yang mempunyai unsur corak bulat. Corak bulat akan kelihatan berserabut dan sekaligus akan membuatkan wajah anda tidak bujur.

4) Keempat, pilih jenis tudung atau kain yang lebih ringan dan lembut warnanya. Warna yang lembut akan menimbulkan lagi bentuk wajah anda. Pastikan juga warna tersebut sekata dengan warna pakaian agar tidak kelihatan terlalu berbeza.

5) Warna terang juga boleh digunakan tetapi perlu bijak menggayakan tudung atau selendang tersebut. Tudung atau selendang yang dipakai perlulah bersifat tidak melekat pada muka yang akan menampakkan wajah bulat anda.

Sumber: Majalah Dara.com - Edisi 107, Mei 2011

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails