02 May 2011

Tips Untuk Tampil Cantik _ part 1

Ok kali ni saya nak kongsi dengan korang tips kurus dan langsing yang saya baca dari majalah Dara.com....salah satu dari majalah kesukaan saya tu hehe...dah baca-baca tu nak jugak korang baca sekali ye...ni untuk mereka yang tidak sempat nak beli majalah ni ok ;)

Memperoleh ketinggian dan bentuk badan seakan model merupakan salah satu daripada impian setiap wanita. Tetapi tidak semua wanita dilahirkan begitu, ada juga yang dilahirkan rendah, kecil molek, dan juga berisi. Tetapi itu semua bukan penghalang kepada wanita untuk bergaya sekaligus menampakkan diri lebih kurus dan tinggi. Tips kali ini memberi anda panduan untuk kelihatan lebih kurus, tinggi, dan miliki wajah bujur sireh.

KURUS DAN LANGSING

1. Untuk anda yang ingin kelihatan kurus, faktor pakaian memainkan peranan penting. Ini disebabkan setiap apa yang dipakai akan memberi impak kepada setiap susuk tubuh kita. Jadi, jika ingin kelihatan lebih kurus, pilih pakaian yang mempunyai warna senada. Contohnya, jika anda mengenakan baju berwarna biru, pastikan juga seluar yang dipakai dari golongan warna yang sama iaitu biru atau putih.

2. Selain itu, anda perlu memilih baju yang tidak mempunyai banyak aksesori atau kancing. Ini kerana, aksesori tersebut akan menampakkan anda lebih sarat dan besar.

3. Pemilihan terhadap saiz baju juga penting. Jangan sesekali memilih baju yang terlalu kecil dan ketat atau pun terlalu besar. Lebih baik pilih baju dengan potongan leher yang berbentuk V.

4. Pilih bahan atau material yang sesuai di badan dan mata, misalnya linen dan katun. Elakkan pula material yang lembut dan berkilat kerana anda akan kelihatan lebih besar.

5. Cuba anda elakkan daripada memakai pakaian yang mempunyai corak yang besar. Corak besar memberi ilusi gemuk dan lebih sesuai untuk mereka yang kurus dan tinggi.

6. Jika anda memilih untuk mengenakan pakaian yang berwarna cerah, sebaiknya biar tekstur dan potongannya membuatkan tubuh kelihatan lebih tinggi seperti rompi, jas, dan kardigan yang ukurannya sehingga bawah pinggul. Dan pastikan juga potongannya agak longgar. Untuk pakian gabungan seperti jas, pilih jenis "single-breasted".

7. Gunakan motif garis "vertikal" dan "diagonal" yang tidak terlalu rapat untuk mengelak daripada kelihatan lebih lebar. Ini kerana, corak seperti ini akan membuatkan anda kelihatan lebih kurus. Seluar juga ada peranannya, pilih jenis lurus dan tidak mempunyai poket atau corak yang banyak.

Sumber: Majalah Dara.com - Edisi 107, Mei 2011

p/s: nanti ada lagi sambungannya di entri akan datang k :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails