26 May 2011

Sibuk Mengalahkan Menteri

Aduhai giler bulan Mei ada 2 entri je hahaha....lama benor dah tak bukak blog ni. Last entri 4 Mei 2011. Baru je berazam start bulan Mei nak aktif blog memblog ni....nak update entri sekurang-kurangnya 2,3 hari sekali. Tak leh blah very very the hangat2 taik ayam kan haha...

Bukan macam tu ye.....aku sibuk giler kalah pak menteri.....korang tau apa. Hahhhhh perasan lagi....please laaaaaaa. Takde la memang agak sibuk sikit dengan macam-macam kerja. Time tak sibuk idea la plak takde nak buat entri. Kadang-kadang bila dah penat takde mood dah nak bukak tengok-tengok blog....sapu habuk dan sawang. Hanya nampak katil dan tilam yang empuk tu je. Akhirnya sedar tak sedar dah 26 Mei baru teringatkan blog aku yang hanya ada 2 entri.

Macam-macam hal....macam-macam cerita yang terjadi sepanjang tu. Ada suka, duka, sedih, gembira....menghadapi keadaan sekeliling dan kerenah manusia yang pelbagai.

Lepas ni kalau keluar entri basi korang jangan marah yoooo....nak paksa gak korang hadap tu....sebab dah semak simpan kat draft dalam kepala ni.

p/s: Sorry dah lama tak bukak blog maknanya dah lama tak blogwalking la ye hehehe....sabar ye nanti aku masuk melawat korang ok ^_^

04 May 2011

Tips Untuk Tampil Cantik _ part 2

Ok korang2 seperti yang dijanjikan...ini ada sambungan dari Tips Untuk Tampil Cantik _ part 1

KELIHATAN TINGGI

1) Untuk kelihatan tinggi, asasnya tidak terlalu berbeza dengan penggayaan untuk kelihatan kurus. Pemilihan warna pakaian juga sama iaitu senada bagi mengelakkan perbezaan warna antara baju dan seluar yang akan menyebabkan kelihatan jelas antara bahagian atas tubuh dan bahagian bawah tubuh.

2) Pilih pakaian yang berwarna gelap kerana warna gelap dapat menyerap cahaya sehingga tubuh kelihatan tinggi. Warna gelap juga memberi ilusi langsing sekaligus menutupi kekurangan yang ada pada bentuk tubuh anda.

3) Gunakan kasut yang bertumit tinggi seperti 'stilettos', 'wedges' dan sebagainya. Ini salah satu cara untuk menampakkan anda lebih tinggi.

4) Aksesori pula perlu bermaterial yang kecil, bukan lebar dan besar. Kerana aksesori lebar dan besar akan membuatkan anda juga kelihatan lebar.

KELIHATAN BUJUR SIREH

1) Wajah bujur sireh adalah antara bentuk wajah yang paling lengkap. Wajah berbentuk seperti ini juga menjadi dambaan setiap wanita yang ingin kelihatan cantik. Tetapi bagaimana untuk mendapatkan raut wajah yang lengkap itu tanpa melakukan sebarang perubahan?

2) Pertama, pemilihan jenis corak pada tudung atau selendang. Untuk menampakkan wajah yang lebih tirus dan bujur sireh, corak mestilah tidak terlalu besar. Jika tudung atau selendang yang mempunyai corak bunga, pastikan bunganya bersaiz sederhana. Ini kerana bagi mengelak daripada corak yang ada mempengaruhi saiz wajah anda. Lebih bulat atau besar corak tersebut, lebih lebarlah wajah anda akan kelihatan.

3) Ketiga, jangan sesekali memilih untuk memakai tudung atau selendang yang mempunyai unsur corak bulat. Corak bulat akan kelihatan berserabut dan sekaligus akan membuatkan wajah anda tidak bujur.

4) Keempat, pilih jenis tudung atau kain yang lebih ringan dan lembut warnanya. Warna yang lembut akan menimbulkan lagi bentuk wajah anda. Pastikan juga warna tersebut sekata dengan warna pakaian agar tidak kelihatan terlalu berbeza.

5) Warna terang juga boleh digunakan tetapi perlu bijak menggayakan tudung atau selendang tersebut. Tudung atau selendang yang dipakai perlulah bersifat tidak melekat pada muka yang akan menampakkan wajah bulat anda.

Sumber: Majalah Dara.com - Edisi 107, Mei 2011

02 May 2011

Tips Untuk Tampil Cantik _ part 1

Ok kali ni saya nak kongsi dengan korang tips kurus dan langsing yang saya baca dari majalah Dara.com....salah satu dari majalah kesukaan saya tu hehe...dah baca-baca tu nak jugak korang baca sekali ye...ni untuk mereka yang tidak sempat nak beli majalah ni ok ;)

Memperoleh ketinggian dan bentuk badan seakan model merupakan salah satu daripada impian setiap wanita. Tetapi tidak semua wanita dilahirkan begitu, ada juga yang dilahirkan rendah, kecil molek, dan juga berisi. Tetapi itu semua bukan penghalang kepada wanita untuk bergaya sekaligus menampakkan diri lebih kurus dan tinggi. Tips kali ini memberi anda panduan untuk kelihatan lebih kurus, tinggi, dan miliki wajah bujur sireh.

KURUS DAN LANGSING

1. Untuk anda yang ingin kelihatan kurus, faktor pakaian memainkan peranan penting. Ini disebabkan setiap apa yang dipakai akan memberi impak kepada setiap susuk tubuh kita. Jadi, jika ingin kelihatan lebih kurus, pilih pakaian yang mempunyai warna senada. Contohnya, jika anda mengenakan baju berwarna biru, pastikan juga seluar yang dipakai dari golongan warna yang sama iaitu biru atau putih.

2. Selain itu, anda perlu memilih baju yang tidak mempunyai banyak aksesori atau kancing. Ini kerana, aksesori tersebut akan menampakkan anda lebih sarat dan besar.

3. Pemilihan terhadap saiz baju juga penting. Jangan sesekali memilih baju yang terlalu kecil dan ketat atau pun terlalu besar. Lebih baik pilih baju dengan potongan leher yang berbentuk V.

4. Pilih bahan atau material yang sesuai di badan dan mata, misalnya linen dan katun. Elakkan pula material yang lembut dan berkilat kerana anda akan kelihatan lebih besar.

5. Cuba anda elakkan daripada memakai pakaian yang mempunyai corak yang besar. Corak besar memberi ilusi gemuk dan lebih sesuai untuk mereka yang kurus dan tinggi.

6. Jika anda memilih untuk mengenakan pakaian yang berwarna cerah, sebaiknya biar tekstur dan potongannya membuatkan tubuh kelihatan lebih tinggi seperti rompi, jas, dan kardigan yang ukurannya sehingga bawah pinggul. Dan pastikan juga potongannya agak longgar. Untuk pakian gabungan seperti jas, pilih jenis "single-breasted".

7. Gunakan motif garis "vertikal" dan "diagonal" yang tidak terlalu rapat untuk mengelak daripada kelihatan lebih lebar. Ini kerana, corak seperti ini akan membuatkan anda kelihatan lebih kurus. Seluar juga ada peranannya, pilih jenis lurus dan tidak mempunyai poket atau corak yang banyak.

Sumber: Majalah Dara.com - Edisi 107, Mei 2011

p/s: nanti ada lagi sambungannya di entri akan datang k :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails