17 April 2011

Saat Mendebarkan Bagi Lelaki

Hahaha korang nak tau apa dia saat-saat mendebarkan buat seorang lelaki....yang ni apa yang saya baca dari Mingguan Wanita edisi 15-21 April 2011. Serius kan time berdebar tu apa yang dibuat serba tak kena....jantung semakin kuat berdegup, peluh mulai mengalir, wajah menjadi pucat, dan tubuh dirasakan sejuk. Kalau time kritikal boleh menggigil tau hehe...

Ok yang first ialah time jumpa keluarga bakal isteri. Mungkin bagi yang pertama kali nak jumpa tu macam-macam kot dalam kepala dok pikirkan...."bapak dia garang ke"....."aku ni tak hensem kang nanti kata tak padan plak dengan anak dia yang lawa tu"....."ok ke ni bapak dia ni nanti kena soal siasat macam orang bersalah plak"..."boleh ke terima aku sebagai menantu ni".....hahaha saya tak tau ye itu andaian semata-mata je. Kaum wanita jangan pelik ye kalau selama ni teman lelaki korang ni jenis havoc giler tapi tiba-tiba boleh berubah jadi very the sopan santun ok hahaha. Biasa la tu kalau first time kan...lepas ni mana tau korang boleh jadi kamceng ke dengan bapak dia. Kalau nak tau kena la tanya suami-suami atau darling-darling korang ye :p

Kedua ialah masa mula kenali teman wanita. Ok kepada lelaki-lelaki betul tak? Saya tak pasti yang ni ye....nak tanya my partner pun tak dapat sebab kami couple tak macam orang lain....tengah berkawan macam biasa tiba-tiba boleh tercouple plak...mungkin ada chemistry kot hehe. Sebenarnya diaorang ni berdebar bukannya apa pun....sebab takut dengan response si wanita, sama ada menerima atau menolak. So kepada lelaki korang jangan risau ye kalau ada yang tolak korang pergi cari lain....kaum kami ni ramai okesss. Kalau yang dapat response positif tu bagus la jaga baik-baik ye.

Hahaha yang ketiga ni la selalu sangat kita dengar kan. Debaran waktu akad nikah. Saya suka pasang telinga time ni nak dengar betul-betul lafaz akad nikah tu. "Amboi sedap je ko ye cik senah nak pasang telinga plak mentang-mentang ko tak payah akad nikah". Ye la nak dengar macam mana nada suara si pengantin lelaki...berapa kali lafaz. Ishhhh boleh jadi gementar tau lebih-lebih lagi time dah pegang tangan tok kadi tu. Lagipun bila dah sah je tanggungjawab lelaki jadi semakin bertambah, iaitu sebagai suami dan ketua keluarga. Wanita pun berdebar jugak tunggu time nak sah tu kan. Masing-masing kena pikul tanggungjawab yang baru.

Tapi yang last ni paling best ialah debaran ketika nak jadi bapa. Masa mula-mula isteri disahkan mengandung pun dah berdebar....masa nak bersalin lagi la berdebar. Ye la berdebar sebab tak sabar nak tengok wajah anak yang ditunggu selama 9 bulan....dan lagi satu berdebar sebab tak tahan tengok isteri menanggung kesakitan nak bersalin tu. Tanggungjawab sudah semakin bertambah iaitu sebagai bapa dan kedudukan kewangan juga perlu kukuh.

Ok nak selit sikit....saya berdebar sampai menggigil apabila terserempak dengan pak polisi ye time bawak motor atau kereta. Tu la dah buat salah lepas tu tiba-tiba plak time tu boleh terserempak.....serius menggigil rasa macam tak rapat je kaki nak tekan minyak hehe...

P/S: Ayat-ayat di atas telah ditokok tambah oleh saya....tiada kena mengena antara yang hidup dengan yang mati....kalau terkena tu tak tau ok hehe :D

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails