30 April 2011

Teringat Zaman Muda

Oitttttt tajuk tak boleh blah. Teringat zaman muda????? Habis tu sekarang ni dah tua la ye hahaha....oh tidak!!!!!! Sekarang ni pun muda lagi ok cuma dah tak boleh nak jadi sweet 17 je hehe...

Dalam sibuk-sibuk dok buat keje ni tak sedar dah jam 5 pagi.....ye la sambil buat keje sambil layan Sinar FM...lagu-lagu awal pagi ni kan yang lama-lama punya, syahdu, sedap telinga ni dengar...alahai menyentuh perasaan betul tu yang asyik sikit dengar. Maklum la aku kan membesar dengan lagu-lagu zaman 80an dan 90an.

Dah tu mula la perasaan ni menerawang jauhhhhhhhh je ke zaman-zaman muda dulu....zaman belasan tahun ok....aku muda lagi baru 20an hehe. Teringat zaman nakal, zaman sekolah, zaman cinta monyet (tetttttt hahhhhh pecah rahsia) hahahaha.....ishhhhh itu citer lama. Tapi best apa kihkihkih....pengalaman tu. Belajar tetap jadi keutamaan sebab aku kalau nak apa-apa aku usaha sampai dapat redah je halangan yang ada. Sekarang aku dah dapat apa yang aku nak...masuk IPTA and dapatkan degree dalam bidang yang memang aku impikan. Alhamdulillah, syukur....dan sekarang ni misi mengejar impian yang kedua...sangat perit tapi aku tabahkan hati :)

Bila fikir balik alangkah bestnya kalau dapat kembali ke zaman umur belasan tahun tu....tak payah fikir apa-apa....just pergi sekolah balik sekolah, belajar, ngadap muka cikgu, kawan-kawan, aktiviti itu aktiviti ini maklum la budak hyperaktif kat sekolah hehe. Tapi sekarang semua tu dah tak ada...sob sob sob kadang-kadang sedih tau. Ntah la tak tau nak cakap macam mana tapi serius la rasa lain sangat2...sayu bila ingat semua tu.

Haippppp sudah2 la tu makcik oiiiii.....kan jadi dalam hati ada taman plak....siap penuh dengan bunga-bunga lagi tu hahaha. Mesti korang semua pun sama kan pernah ada rasa macam ni....jangan nak tipu ok....tak baik hehe!!!! Ok daaaa selamat kembali ke pangkal jalan ye (sambil betul2kan tempat duduk sambung buat keje)....byeeeeee..

28 April 2011

Kenali Diri Tingkatkan Prestasi

Tiada sesiapa pun manusia di dunia ini dilahirkan sempurna sifatnya kerana Allah memang telah takdirkan akal manusia sebagai satu penciptaan yang hebat, tetapi tidak sempurna jika iman pada diri lemah. Allah menciptakan kita semua bersebab. Oleh itu janganlah biarkan jiwa kita terkurung oleh dunia dan masalahnya.

RASA YAKIN DENGAN KELEBIHAN DIRI

Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing termasuk diri anda. Sebagai contoh, jika anda merasakan diri anda tidak mempunyai tubuh badan dan raut wajah yang cantik, jangan sesekali anda menyalahkan kuasa Allah kerana tidak menciptakan anda cantik seperti model dalam majalah.

Fikirkan kembali, kekurangan anda ada di situ tetapi pasti anda ada kelebihan lain yang tiada pada model tersebut, seperti anda berasa yakin untuk menonjolkan diri diri di depan khalayak. Tidak ramai yang mampu berbuat begitu kerana diselubungi perasaan malu dan kurang yakin dengan kemampuan diri

Kadang-kadang anda lihat mengapa mereka yang tidak begitu cantik tetapi mampu menghiasi ruang dalam majalah atau pun kaca televisyen? Bukan kerana kecantikan sahaja yang dilihat tetapi kebanyakan editor mahu pun para pengiklan ingin melihat keyakinan diri calon yang layak kerana anda akan kelihatan lebih menyerlah.

CARA UNTUK MENCIPTA RASA KEYAKINAN

- Ubah gaya pemikiran
Jangan terlalu memandang rendah pada diri anda kerana ia akan menjadi 'racun' hingga mampu menjatuhkan motivasi diri anda. Sebaliknya, puji diri anda sebanyak mungkin walaupun ia bukan sesuatu yang nyata kerana tindakan tersebut terbukti mampu melahirkan rasa yakin pada diri. Seterusnya anda tidak akan berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

- Percayakan kemampuan diri
Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan masing-masing. Sesekali ciptakan suasana riang dengan berkata pada diri sendiri bahawa anda adalah satu dalam sejuta yang tiada sesiapa mempunyai sifat dan peribadi seperti kamu. Jika berkesan, anda akan berasa diri anda seorang yang hebat secara automatik.

- Manjakan diri
Walaupun tidak dapat menghiasi dada majalah atau pun televisyen, tetapi itu bukanlah kekecewaan yang anda perlu hadapi selamanya. Cukuplah sekadar berhias diri untuk diri sendiri atau paling tidak pun untuk rakan-rakan baik anda. Apa kata anda cuba memakai pembayang mata supaya mata anda nampak lebih galak atau pun mengenakan pemerah pipi untuk mencantikkan lagi bentuk pipi anda yang semulajadi itu.

- Sayangi diri
Setiap hari anda perlu memandang depan cermin dan berbual dengan diri sendiri kerana proses interpersonal itu perlu supaya anda akan lebih menyayangi diri anda sekaligus menerima diri anda seadanya. Berhentilah memuji kecantikan orang lain jika perkara itu boleh mendatangkan rasa cemburu dan hasad dengki kepada empunya diri yang tidak mempunyai kaitan dengan anda.

- Ubah pemakaian
Cara pemakaian individu dikatakan mampu mengubah personaliti seseorang. Jika selama ini anda hanya suka memakai pakaian berwarna hitam sahaja bagi menutup 'kekurangan diri' maka anda perlu cuba memulakan langkah baru dengan mengubah penampilan secara perlahan-lahan kerana dikhuatiri orang akan mengata jika perubahan itu secara mendadak. Mulakan hari anda dengan menyarungkan gaun dan tudung daripada warna yang cerah kerana ia mampu menjadikan wajah anda cantik berseri.

KESAN POSITIF PADA DIRI

Rasa yakin yang menebal pada diri mampu menjadikan hidup anda lebih sempurna tetapi pastikan anda tidak terlalu yakin hingga boleh menimbulkan riak. Seelok-eloknya berpada-padalah dengan perubahan yang anda lakukan.

- Orang ramai
Orang di sekeliling anda jarang mengenali mereka yang tidak pandai menonjolkan diri. Tidak perlu risau dengan rupa dan bentuk badan anda kerana jika anda pandai bergaya dan lebih yakin untuk berhadapan dengan mereka, secara automatik ia akan membuka peluang anda lebih dikenali.

- Sahabat dan rakan sekerja
Pastinya perubahan diri anda ini akan membawa kesan positif di mata rakan-rakan mahu pun ketua anda. Mereka akan lebih mempercayai kemampuan diri anda dengan cara penampilan diri dan sesi pembentangan yang sangat yakin, sekaligus mencipta kredibiliti untuk anda dipilih sebagai calon yang sesuai untuk mewakili syarikat atau pun kelas anda.

- Diri sendiri
Sentiasalah positif dengan diri sendiri kerana ia mampu memberi keyakinan yang tinggi untuk diri anda. Jika anda positif dalam setiap perkara yang anda lakukan dan dapat diatur dengan baik, nescaya semuanya akan berjalan dengan lancar. Kebahagiaan yang anda kecapi seandainya nilai-nilai positif ini sentiasa tersemat di dalam sanubari.


Sumber: Majalah Dara.com - edisi 107, Mei 2011.

CLEARANCE SALE

PENGUMUMAN....PENGUMUMAN........

Salam semuaaaa....jeng jeng jeng sekarang ni saya nak buat CLEARANCE SALE tau untuk item-item terpilih....hehe mesti semua suka kan...betul tak?????

Harga untuk CLEARANCE SALE ni murah sangat-sangat tau....kena cepat ye sebab stock memang limited sangat ni...

Item yang terpilih untuk CLEARANCE SALE ni saya bagi diskaun 40% ok....harga borong tu tau memang murah giler2....mana nak dapat kan :P

Harga postage macam biasa ye 1-3 helai RM6 ke Semenanjung.......Sabah / Sarawak RM9.....untuk customer luar dari Malaysia boleh contact saya untuk pertanyaan tentang kos postage ye...

Untuk keterangan lanjut sila layari http://missnickcollection.blogspot.com/2011/04/clearance-sale.html



Ok happy shopping ^_^

22 April 2011

Terima Kasih Semuaaaaa

Hai, Assalamualaikum dan salam hari Jumaat. Hari ni nak buat entry ringkas je tak ada bebel bebelan atau rapu rapuan ok hahahaha...

Sebenarnya saya rasa sangat-sangat terharu dengan ucapan yang telah diterima semalam. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut ulang tahun yang ke 17 tahun.....opssss ????? tahun pada 21 April 2011 hehe. Banyak ucapan yang saya terima dari kawan-kawan yang dikenali dan juga kawan-kawan maya ni.....saya lupa angka yang tepat tapi jumlahnya 200 lebih la. Alhamdulillah saya sempat balas semuanya walaupun sibuk berbisnes...hope tak ada yang tertinggal ye :)

Macam-macam ucapan yang diterima sampaikan hati saya jadi berbunga-bunga, gembira, dan terharu. Doa kalian semua menyebabkan saya bertambah semangat untuk berusaha jadi yang terbaik dalam hidup dan kerjaya....juga jadi insan yang berguna untuk diri sendiri, keluarga, dan masyarakat.

Jadi di kesempatan ini juga saya mendokan anda semua dipanjangkan umur, murah rezeki, dan berjaya dunia akhirat, dan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya....Amin :)

Saya Sayang Anda Semua...muahhhhh!!!!


P/S: yeahhhhhh terima la kek choc indulgence dari Secret Recipe....kek kegemaran saya ni tau....suka giler ngan kek ni hehe...tiba-tiba jadi kecur :P


17 April 2011

Saat Mendebarkan Bagi Lelaki

Hahaha korang nak tau apa dia saat-saat mendebarkan buat seorang lelaki....yang ni apa yang saya baca dari Mingguan Wanita edisi 15-21 April 2011. Serius kan time berdebar tu apa yang dibuat serba tak kena....jantung semakin kuat berdegup, peluh mulai mengalir, wajah menjadi pucat, dan tubuh dirasakan sejuk. Kalau time kritikal boleh menggigil tau hehe...

Ok yang first ialah time jumpa keluarga bakal isteri. Mungkin bagi yang pertama kali nak jumpa tu macam-macam kot dalam kepala dok pikirkan...."bapak dia garang ke"....."aku ni tak hensem kang nanti kata tak padan plak dengan anak dia yang lawa tu"....."ok ke ni bapak dia ni nanti kena soal siasat macam orang bersalah plak"..."boleh ke terima aku sebagai menantu ni".....hahaha saya tak tau ye itu andaian semata-mata je. Kaum wanita jangan pelik ye kalau selama ni teman lelaki korang ni jenis havoc giler tapi tiba-tiba boleh berubah jadi very the sopan santun ok hahaha. Biasa la tu kalau first time kan...lepas ni mana tau korang boleh jadi kamceng ke dengan bapak dia. Kalau nak tau kena la tanya suami-suami atau darling-darling korang ye :p

Kedua ialah masa mula kenali teman wanita. Ok kepada lelaki-lelaki betul tak? Saya tak pasti yang ni ye....nak tanya my partner pun tak dapat sebab kami couple tak macam orang lain....tengah berkawan macam biasa tiba-tiba boleh tercouple plak...mungkin ada chemistry kot hehe. Sebenarnya diaorang ni berdebar bukannya apa pun....sebab takut dengan response si wanita, sama ada menerima atau menolak. So kepada lelaki korang jangan risau ye kalau ada yang tolak korang pergi cari lain....kaum kami ni ramai okesss. Kalau yang dapat response positif tu bagus la jaga baik-baik ye.

Hahaha yang ketiga ni la selalu sangat kita dengar kan. Debaran waktu akad nikah. Saya suka pasang telinga time ni nak dengar betul-betul lafaz akad nikah tu. "Amboi sedap je ko ye cik senah nak pasang telinga plak mentang-mentang ko tak payah akad nikah". Ye la nak dengar macam mana nada suara si pengantin lelaki...berapa kali lafaz. Ishhhh boleh jadi gementar tau lebih-lebih lagi time dah pegang tangan tok kadi tu. Lagipun bila dah sah je tanggungjawab lelaki jadi semakin bertambah, iaitu sebagai suami dan ketua keluarga. Wanita pun berdebar jugak tunggu time nak sah tu kan. Masing-masing kena pikul tanggungjawab yang baru.

Tapi yang last ni paling best ialah debaran ketika nak jadi bapa. Masa mula-mula isteri disahkan mengandung pun dah berdebar....masa nak bersalin lagi la berdebar. Ye la berdebar sebab tak sabar nak tengok wajah anak yang ditunggu selama 9 bulan....dan lagi satu berdebar sebab tak tahan tengok isteri menanggung kesakitan nak bersalin tu. Tanggungjawab sudah semakin bertambah iaitu sebagai bapa dan kedudukan kewangan juga perlu kukuh.

Ok nak selit sikit....saya berdebar sampai menggigil apabila terserempak dengan pak polisi ye time bawak motor atau kereta. Tu la dah buat salah lepas tu tiba-tiba plak time tu boleh terserempak.....serius menggigil rasa macam tak rapat je kaki nak tekan minyak hehe...

P/S: Ayat-ayat di atas telah ditokok tambah oleh saya....tiada kena mengena antara yang hidup dengan yang mati....kalau terkena tu tak tau ok hehe :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails