26 February 2011

Info Dara

Auwwww tiba-tiba tajuk Info Dara plak. Sebenarnya tak ada apa-apa...just nak share info yang aku dapat dari Majalah Dara.com ni je. Ok jom tengok bawah....bawah ye jangan tengok atas hehe...

1 - Sepanjang tahun 2005, penjualan Harry Porter and the Half-Blood Prince dalam satu hari mampu mengalahkan penjualan The Da Vinci Code yang mengambil masa setahun penjualannya.

2 - Walt Disney adalah pencipta Mickey Mouse. Hakikat sebenar beliau takut dengan tikus.

3 - Disneyland merupakan taman tema yang terkenal. Sehingga akhir tahun 1960, Disneyland melarang pengunjung lelaki yang berambut panjang memasuki kawasan permainannya.

4 - Bendera Olimpik digambarkan sebagai cincin-cincin berwarna merah, hitam, biru, hijau, dan kuning dengan latar belakang putih. Warna- warni ini dipilih kerana seluruh negara di dunia ini pasti mempunyai setidak-tidaknya salah satu warna tersebut.

5 - Selalunya haiwan betina yang akan bunting. Tetapi tidak bagi kuda laut jantan. Telur yang dihasilkan kuda laut betina akan dipindahkan ke kantung perut kuda laut jantan untuk dijaga selama sekitar tiga minggu.

6 - Teddy Bear selalunya menjadi barangan kesayangan si gadis. Tahukah kamu Teddy Bear mempunyai muziumnya sendiri yang didirikan di Petersfield, Hampshire, Inggeris pada tahun 1984.

7 - Ketika Marco Polo kembali ke Itali setelah berhijrah ke China, beliau membawa satu resepi. Resepi ini merupakan hidangan pencuci mulut di negara China iaitu 'milk ice'. Namun di Eropah, susu diganti dengan krim dan resepi tersebut bertukar nama kepada 'ice cream'.

8 - Rata-rata dalam kalangan gadis akan menghabiskan hampir tiga tahun dari seluruh hidupnya untuk bersiap dan bersolek sebelum meninggalkan rumahnya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails