18 January 2011

Sob......Sob......Sob...........

Sob......Sob......Sob...........

Jangan fikir bukan-bukan ye....aku bukan tengah sedih sebab gaduh ngan boipren ke apa....atau dengan kata lain bukan dalam mood bersedih....

Aku kena selsema.....uwaaaaaa benda yang paling aku tak suka....hidung dah merah, sakit kepala, bersin dah macam halilintar, dan teman terbaik aku sekarang adalah sekotak tisu untuk menahan titisan-titisan cecair yang tak sepatutnya keluar hahaha....


Ni nak sharing mering petua orang dulu-dulu cara untuk hilangkan selsema....aku ambik kat pakcik google tadi....

"Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna. "

Selepas itu, ia boleh disusuli dengan dua petua hilangkan selsema di bawah. Masing-masing adalah kaedah rawatan selsema untuk orang dewasa dan juga bayi (atau anak anda).

Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.

Cara yang pertama tadi tu je yang mampu aku ikut sekarang....yang kedua tu huhuhu mana nak cari pokok sirih kat kolumpo ni...kalau ada pun aku tak berapa nak rajin hehe....paling senang pegi klinik ambil ubat selsema dan yang sewaktu dengan doktor ok....

2 comments:

  1. en. abah pun camtu, dah 2 hari mc, asik batuk n sesema aje, cuaca sekrg agaknye

    ReplyDelete
  2. tu la kak...penat dh ni rasa mcm nak tercabut je hidung hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails