13 January 2011

5 Sumber Makanan Cegah Sakit Sendi

Macam biasa la aku ni sambil-sambil online belek majalah....tengok apa-apa yang patut dan menarik untuk dikongsi di blog ni....tiba-tiba tingggggg terpandang artikel ni 5 Sumber Makanan Cegah Sakit Sendi....mana yang ada penyakit sendi tu elok la baca ye hehe.....yang tak ada penyakit ni pun kena baca jugak untuk pengetahuan ye....aku yang muda ni pun kadang-kadang ada jugak sakit sendi maklum la nak buat macam mana tahap kerajinan untuk bersenam tu tak berapa nak tinggi sangat huhuuu...

1) Strawberi
Buah ini baik untuk sendi kerana ia kaya dengan vitamin C. Menurut beberapa kajian, vitamin C boleh mencegah perkembangan sakit sendi dan penipisan tulang rawan. Sumber vitamin C yang lain yang boleh anda dapatkan adalah dari buah oren, paprika merah, dan sebagainya.
-haaaa ini pandai-pandai la korang cari ye....kat pasaraya banyak tapi kalau tak ada sila pergi petik sendiri kat Cameron Highland ye....

2) Minyak Zaitun
Sendi anda pasti akan menyukai minyak ini kerana kandungan polifenol di dalamnya boleh membantu mengurangkan peradangan di dalam tubuh.
- baca betul-betul ye minyak zaitun....jangan sampai ada yang tertukar dengan minyak sawit...

3) Ikan Salmon
Ikan salmon merupakan sumber vitamin D dan omega 3. Bila tubuh anda kekurangan vitamin D seperti kebanyakan orang dewasa pada umumnya, perbanyakanlah pengambilan vitamin ini untuk membantu meredakan rasa sakit pada sendi. Tambahan pula, omega 3 diyakini baik untuk kesihatan tubuh kerana sifat anti-inflamasi.
- ikan salmon ni boleh didapati kat pasaraya...psttttt jangan tanya pakcik atau abang yang jual ikan dengan van tu memang tak ada la ye...

4) Teh Hijau
Minuman ini mengandungi zat antioksidan yang dikenali sebagai katekin iaitu zat anti-inflamasi yang mampu melambatkan kerosakan tulang rawan pada penghidap arthritis.

5) Sayuran Hijau
Perbanyakan makanan sayuran hijau di dalam menu anda seharian kerana ia baik untuk sendi dan membantu meredakan peradangan. Sayuran hijau kaya dengan vitamin K, iaitu nutrisi yang dinilai mampu mencegah osteoarthritis.

Sumber: Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails