31 December 2011

Last Entry 2011

Haiiiiii semua.....Alhamdulillah berkesempatan jugak update blog untuk hari terakhir 2011.....maklum la dengan internet yang agak sendu + syahdu ni tak berapa nak ada mood la untuk keje2 blog memblog ni.....setan punya pencuri kabel streamyx kat depan rumah aku ni.....harap korang cepat2 insaf.......sebelum ni balik kampung berdesup laju internet.....sekarang ni memang slow tahap ciban nak beranak la sebab guna berukband Celcom hehehe.....nasib baik ada yang prepaid ni....so topup je la....kat KL aku guna P1 Wimax tu......so bila balik kampung terpaksa la tinggal kan.....

Ok kembali ke tujuan asal......tahun 2011 bakal melabuhkan tirai....2012 bakal menjelang tiba......terlalu banyak perkara suka duka...pahit manis yang dah aku lalui.....semuanya akan disimpan rapi sebagai kenangan yang cukup manis dan bermakna....dan tak mungkin berulang lagi.....yang banyak mengajar aku tentang erti kehidupan.....menghargai segala nikmat, ujian, dan cabaran yang diperolehi....

Tahun 2011 banyak mengajar aku supaya menghargai masa.....menghargai kehidupan....menghargai segala peluang yang ada....menghargai kasih sayang.....menghargai orang2 sekeliling.....menghargai insan2 yang menyayangi aku......sebelum ni bukannya tak menghargai tapi kali ni lebih lebih lebih menghargai lagi ;P

Aku bersyukur segala impian aku tercapai.....kesabaran aku berbalas.....aku ada seseorang yang sangat menyayangi aku dan sentiasa bersama aku ketika susah atau senang.....ada bisnes.....kerjaya yang baik.....dan lain-lain kalau nak sebut memang banyak la.....tahun 2012 nanti tinggal nak mantapkan je apa yang diperolehi itu....'seseorang' itu dari 2009 lagi ada cuma semakin lama semakin kukuh....tinggal nak disatukan je ;P

Ok la nanti untuk perancangan 2012 aku sambung esok ke lusa ke.....sebab belum masuk 2012 lagi kan.....kita citer kemudian ok.....itu untuk first entry sempena 2012.....

Lastly......Happy New Year untuk semua yang mengenali diri ini dan juga kawan2 maya.....semoga dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa.....tataaaaa ^_^


P/S: Malam ni balik KL.....bertolak 2011 sampai sana 2012 hehehe.....

26 December 2011

Aku Insan Biasa

Nak tanya sikit kan apa first impression korang kalau berhadapan ke....berkawan ke....berborak ke........tak kisah apa-apa ber je la dengan mereka yang terlibat dalam bidang psikologi dan kaunseling??????

Mesti mengharapkan kesempurnaan kan? Mengharapkan serba serbi perfect dari segi tingkah laku......perangai....sifat...emosi....percakapan.....personaliti dan sebagainya.....

Di sini la banyak orang salah faham.......mereka mengharapkan kami ni bersifat ala2 innocent.....ada ala2 ustazah pilihan gitu hehehe......


Sejak dari aku bergelar pelajar dalam bidang psikologi......sampai la sekarang dah jadi pensyarah dalam bidang yang sama......selalu terdengar kata-kata "Eh orang psikologi mana boleh marah2......mana boleh stress2 ni....apa daaaaa"

Begitu juga kawan-kawan aku yang kerja dalam bidang psikologi....tak kisah la pegawai psikologi ke...kaunselor ke.......selalu kena macam tu tau.....


Asal je terlibat dalam bidang psikologi atau kaunseling harus perfect ke???? Tidak....tidak.....tidak ok!!!!! Selagi mana tidak melanggar batas-batas sebagai manusia....bukan monyet......itu dikira ok la.....semua ni bergantung kepada individu itu sendiri....bukannya sebagai kumpulan atas label psikologi atau kaunseling.....


Stress......emosional.....ada perasaan nak marah....geram itu normal la....adat kehidupan kan......takde nikmat hidup kalau takde perasaan itu ok.......tak normal tau uolllsssss.....cuma kena pandai2 la control kan.....jangan la sampai perasaan itu membunuh jiwa dan mematikan hati kita......lite lite sudah....


Biasa la tu kan bebel2 geram kat orang-orang tertentu......stress dengan kerja.....rasa nak marah orang......bukannya kita marah or geram sampai nak maki hamun or bunuh orang pun.....just bebel2 sendirian je......takde kesan apa pun.....tapi kalau dah melampau2 sakitkan hati kita.....maka haruslah di sound zassssss sekali lalu gitu....lepas tu dah senyap zip mulut ok hahaha.....


Kesian ahkak tau sampai kadang-kadang jadi serba salah......takkan nak berlakon ala2 ustazah kat depan orang kan....bercakap macam berbisik....gelak sikit2 je.....senyum tak nampak gigi.....siap berhadis bagai......tapi kat belakang azab uollllssssss......itu hipokrit namanya......dah la aku ni jenis huha huha.....tahu tak adik2 apa itttewww huha huha???? Maksudnya cakap banyak.....aku jadi pendiam time banyak kerja....lapar tahap kebulur nak putus perut....or mengantuk tahap tak boleh bukak mata je......kalau boleh time tidur pun nak bercakap jugak tau........

Entah la dah memang aku jenis sempoi, cool, rock sikit2 dan jenis giler2 sikit......aku enjoy......happy.......tenang dengan kehidupan aku.....aku mampu gembirakan orang2 sekeliling aku......gembirakan orang2 yang aku sayang dengan telatah dan kata-kata aku.....mampu buat mereka ketawa.......itu dah cukup.....

Jangan harapkan kesempurnaan kerana AKU INSAN BIASA :)

Ok cau cin cai.......tataaaaaaa :D


24 December 2011

Budak Budak Zaman Sekarang

"Wei babi sial ko ni"

"Hahahaha eh bengong gila.....fuck ko la"

"Eh sial kita nak pegi mana lepas ni"

"Babi bla bla bla bla ko sial"

"Wei sial gila apa bla bla bla bla"



Petang tadi masa tengah beratur nak ambik duit kat ATM Maybank.....ada sorang perempuan umur dalam belasan tahun kot dengan kawan dia lelaki......

Babi....bengong.....gila......sial....fuck......

Itu je yang diulang-ulang banyak kali plak tu......ya Allah aku yang tumpang malu....rasa tebal muka macam nak menyorok je kat dalam ATM tu......ye la dah la orang ramai tadi......suara plak kuat macam nak tarik perhatian......aku rasa semua orang yang beratur nak cucuk duit dengan yang ada di sekeliling tu dengar......

Memang dah selalu dengar pun time keluar tempat ramai2 macam tu......tapi selalu tak kuat......so aku pun takde la ikut termalu kan....ni kalau boleh nak bagi satu Sunway Pyramid tu dengar......adoiiiiiiiiiiii.......senang kata macam attention seeker gitu kau....


Ermmmmm itu kot bahasa moden kebanyakan budak2 a.k.a remaja2 sekarang.....ingat ye KEBANYAKAN bukan SEMUA hehehe.....kalau nak cakap2 macam tu pun tak payah la kuat2 sangat.......control sikit suara jangan dok jadi macam speaker 6 bijik ok....tapi kalau tak cakap lagi cantik :)


P/S: Kesian babi mungkin tersedak kot banyak kali nama dipanggil-panggil.....agaknya kalau lama lagi aku kat situ tadi dah cukup kot sekandang babi ;P


22 December 2011

PMR ohhhh PMR

Hari ni 22 Dec 2011 keputusan PMR diumumkan.....dup dap dup dap dup dap.....aku plak yang nervous mengalahkan budak2 yang nak ambik result ni hehe.....

Bukan apa sebab my lil bro pun ambik result PMR jugak kan hari ni....so sebagai kakak harus la aku nervous kooo.....dari pagi2 lagi aku dah call dia tanya macam mana padahal time tu result belum keluar lagi....tak sabar ni tau.....dua kali plak tu aku call dia haha melampau kan......

So aku pesan apa-apa hal nanti call aku......lepas dah dapat result tu dia terus call aku cakap dapat 8A......yahuuuuu sebagai kakak aku tumpang gembira la kan....Alhamdulillah syukur sangat2....harap dapat teruskan kecemerlangan ni dalam SPM plak....

Sorang lagi adik aku tengah tunggu result SPM....hope dapat yang terbaik seperti mana sebelum ni....

Syukur Alhamdulillah adik-adik aku cemerlang dalam akademik setakat ni......harap dapat teruskan kecemerlangan ni sampai bila2.....

Sekurang-kurangnya mak dengan ayah bahagia dan berbangga dengan kejayaan anak-anaknya....dapat balas jasa orang tua yang dah bersusah payah membesarkan kita.....yang tak pernah menghampakan permintaan anak-anak......

Ya Allah limpahkan rahmat terhadap kami.....berikan ketenangan kepada kami.....permudahkan segala urusan kami.....dekatkan kami dengan pintu kejayaan.....supaya kami terus dapat berbakti di dunia dan akhirat....tiada apa yang kami harapkan selain kebahagiaan kedua2 ibu bapa....Amin....


20 December 2011

Weekend Punya Aktiviti

Fuhhhhh hari ni baru dapat jenguk blog kesayangan ni.....ingat nak update semalam...dah bukak pun tapi terbiar macam tu tak taip apa-apa hehe....


Sabtu dengan Ahad tu memang agak busy la.....keluar pagi2 malam baru balik :D


Sabtu tu aku pergi Melaka ada kenduri kawin kawan aku.....nasib baik tak sesat....ikut map je terus jumpa rumah pengantin.....sampai kawan aku cakap wahhhhh tererrrr la walaupun tak biasa tapi boleh sampai dengan mudah hehe....balik dari kenduri tu jalan-jalan kat Melaka kejap then petang tu terus balik KL....

Ahad tu ada kenduri lagi kawan ofis aku kat Klang.....kali ni pun tak sesat jugak....ikut map je terus sampai dengan mudah hehe......good good good my driver ;P

Balik dari kenduri kat Klang tu aku ke Shah Alam hantar kawan kat sana....tukar baju kat rumah dia......then terus ke Hot Import Nights (HIN) kat Stadium Malawati, Shah Alam......harus la kena tukar baju kan.......takkan aku nak pergi tengok auto show pakai baju kurung kot huahuahua....

Masuk je dalam tu huiiiiii giler kejap aku tengok kereta2 kat sana......menggoda mengancam bombastic habis la......rasa macam nak curi sebijik bawak balik (verangan!!!) ......apa lagi kegilaan aku bermula....habis kat semua kereta aku ambik gambar hehehe.....kalah model seksi seksa tu...

Lepas tu kan masa tengah dok pusing2 tu aku jumpa Fasha Sandha dengan Jejai siap jalan pegang tangan lagi tu uolllssss hehehe....kata dah putus hari tu kan....ntah la biasa la artis macam2 cerita :)

Dah puas pusing2 belek2 kereta tu......kaki pun dah lenguh so berangkat la balik.....tapi bukan balik ke rumah ok......agenda hari Ahad tu belum habis lagi.....berangkat ke One Utama tengok wayang la plak Mission Impossible 4.......movie ni memang best sebab aku memang minat movie2 aksi macam ni.....dah habis tengok wayang tu baru la balik ke rumah.....apa pun memang enjoy habis la weekend lepas.....


Ada masa nanti aku upload gambar2 masa weekend tu ok.......tataaaaaaaaa ^_^


16 December 2011

Kejayaan Terletak Di Tangan Kita

Apabila ditanya "adakah anda mahu berjaya?"...... Jawapannya tentu sekali YES nak berjaya.

Semua orang nak berjaya. Tetapi apabila kejayaan itu tidak diperoleh, lihat dan kaji diri sendiri. Sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup. Apa yang penting ialah usaha yang bersungguh-sungguh.

Dalam usaha kita untuk mencapai kejayaan, mulakan langkah dengan melakukan perubahan yang kecil terlebih dahulu. Sebelum buat sesuatu perkara itu, tanamkan dalam minda dan jiwa dengan kata-kata yang positif. Jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba dan berjuang kerana tiada apa yang mustahil. Selain itu, jangan suka menyalahkan orang lain.

Semangat juga penting supaya kita tidak mudah berputus asa dalam setiap perkara yang dilakukan. Kekuatan seseorang tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Lakukan perancangan yang bijak dan betul supaya hidup kita ada matlamat. Kita tahu ke mana arah tujuan kita yang sebenar. Hal ini supaya setiap apa yang kita lakukan berjalan dengan lancar dan sempurna walaupun terpaksa menempuh halangan dan kepahitan. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

Kita perlu ingat bahawa dengan ilmu akan dapat menjaga dan memelihara hidup kita walau di mana jua kita berada. Kedua-duanya sama penting iaitu ilmu dunia dan juga ilmu akhirat. Kesimpulannya jadilah manusia yang sering dahagakan ilmu, sentiasa mengejar ilmu, dan tidak pernah jemu mengejar ilmu sehingga ke akhir hayat. Insya Allah kejayaan akan menjadi milik kita.


15 December 2011

Ada Lagi Pesen Macam Ni

Kalau korang la kan bengang tak kalau pesen jenis telefon nak bercakap dengan kita tapi tak nak bagitau nama......kalau aku memang aku bengang.....aku tanya dua tiga kali je...tak nak bagitau sudah....aku matikan je panggilan tu huahuahua.....nasib la kan....


Bukannya apa entah la aku tak suka dan rasa macam buang masa layan orang macam tu.....silap orang la kalau nak call aku tapi dok buat pesen perangai macam tu.....


Teettttt teeettttttt.......( ini bunyi telefon ok)


Aku: "Hello ye sape ni?"

Caller: "Eh Nik kau buat apa ni?"

Aku: "Takde buat apa la dok saje2 je tengok tv....sape ni?"

Caller: "Kau apa kabar.....sihat tak?"

Aku: "Ye la sape ni....bagitau la nama dulu kalau ye pun."

Caller: "Eh tak kan la tak ingat.....cuba ingat betul2.....hari tu kan kita pernah jumpa tak kan dah tak cam kot."

Hoiiiiii kau ingat aku jumpa kau sorang je ke sepanjang 27 tahun aku hidup ni....kalau ye memang la aku ingat......then kau ingat otak aku ni mesin ke apa....bila bercakap dengan orang kat luar...bila dengar dalam telefon terus otak aku tafsir secara automatik suara sape....gitu???? huhuhu...hari2 aku jumpa dan bercakap dengan ramai orang......ishhhhh geram je tau bila asyik2 dok ulang suruh aku ingat dia tu sape....


Aku: "La mana la aku ingat kalau setakat dengar suara dalam telefon je...lain la kalau jumpa kat luar boleh la kau nak tanya aku ingat lagi tak kat kau.....sape ni?"

Caller: "Cuba la ingat betul-betul."

Aku: "Apa yang susah sangat nak bagitau nama ni....bagitau je la kan senang citer tak payah aku dok tanya banyak2 kali....tak kan aku nak bercakap dengan orang yang aku tak tau."

Caller: "Kau apa kabar.......sihat ke?

Aishhhhh tak paham soalan ke dia ni? Aku tanya nama sape sibuk dok suruh aku cuba ingat...cuba ingat....lepas tu dok asyik bertanya kabar sihat ke tak....mengundang kemarahan ni huhhhhh.....


Aku: "Ok aku tak ingat sape....bye!"


Ambik kau....aku terus matikan panggilan....annoying betul la kan....


Pengajarannya tolong matang sikit kalau nak call orang tu......please la straight to the point....kalau orang tanya nama tu maknanya tak tau sape dan nak tau.......kita bukannya budak2 lagi dok ehhheeeee ehhheeeee bila orang tanya soalan....jangan dok buat suara gedik mintak lempang 14 ratus das boleh tak....

Aku rasa ni kawan aku tapi yang tak berapa rapat....sebab kalau kawan yang selalu aku jumpa or selalu bercakap diaorang tau aku ni jenis macam mana.....tak suka layan jenis ala2 gedik macam tu lagi2 lelaki......kategori gedik la tu kan kalau orang tanya tak nak jawab....ye dok hehehe....

Aku jenis simple je.....tak suka layan benda remeh temeh yang membuang masa...tak nak jawab sudah ada aku kisah.....adoiiiii macam2 manusia ni kan.....lucu pun ada gak kahkahkah :D


14 December 2011

Saat Terindah Dalam Hidup

Kalau sesiapa tanya apakah saat yang paling indah dalam hidup.....tentu la zaman sekolah kan....kebanyakan orang macam tu kot apabila ditanya.....

Aku tergerak hati untuk update blog tentang ni hari ni......entah la tiba-tiba plak teringat kenangan waktu zaman persekolahan......waktu riang ria.....tak payah nak fikir apa time tu.......pergi sekolah....belajar...balik sekolah...main-main....jumpa kawan-kawan huhu....

Begitu pantas sekali masa berlalu.....rasa baru semalam berada dalam kelas....belajar....horey2 dengan kawan-kawan time cikgu takde hahahaha....best kan dulu-dulu.....kalau time cikgu lambat masuk atau memang tak masuk ada hal lain perghhhh semua suka kot kihkihkih.....indahnya saat itu :)


Start masuk sekolah masa umur 5 tahun lagi.....time tu bukan fikir nak belajar pun....pergi sekolah sebab nak main dengan kawan-kawan....biasa la budak-budak kan takde benda lain yang difikir kecuali nak seronok2 je......makan sama-sama main sama-sama.....gaduh-gaduh sebab berebut barang mainan.....aku nakal giler time tu suka buli kawan-kawan yang kecik dari aku hehehe......lepas tu pukul 11.30 balik....sampai umur 6 tahun aku kat situ....indahnya saat itu :)

Masuk sekolah rendah pun sama.....sekolah dekat je dengan rumah pergi jalan kaki 5 minit je.....kadang-kadang naik basikal.....masa Darjah 1 dan 2 aku still lagi nakal suka kacau orang hahaha giler kan......naik Darjah 3 dah kurang sikit nakal tu.....selalu dapat A untuk subjek English dari Darjah 1 sampai la Darjah 6.....selalu naik pentas terima hadiah....aktif sukan dan aktiviti-aktiviti lain.....ingat lagi masa Darjah 6 dapat no. 1 dalam kelas dan terbaik keseluruhan.....balik rumah tunjuk buku rekod kat ayah terus time tu jugak ayah bawak pergi bandar belikan basikal racing yang memang famous time tu yang aku dok idamkan......gembira tak terkata...thanks ayah......indahnya saat itu :)

Masuk sekolah menengah dekat jugak cuma kat kampung sebelah......awal2 masuk tu aku ok lagi......still rajin lagi.......lama-lama jadi makin malas.....time tu umur baru nak meningkat remaja kan.....jadi banyak main-main....banyak berkawan....malas belajar..... tapi masih dalam kawalan la....sebab nakal2 aku time tu pun masih ada pegangan......sampai satu ketika result exam aku teruk sikit hehehe.....time tu rasa macam tersentak.....perasaan time tu macam jatuh tergolek tau...aku sedih...aku malu dengan keluarga.....dengan orang sekeliling...sebab tak sepatutnya aku dapat macam tu....tapi aku bersyukur mungkin ini pengajaran untuk aku supaya tak jauh tersasar dari matlamat hidup.....

Masuk Form 3 aku berubah jadi rajin balik....aku jauhkan diri dari perkara2 negatif....aku tak nak lagi ulang kesilapan yang boleh memusnahkan masa depan aku.....aku belajar betul2 time tu....masa percubaan PMR aku antara the best student naik pentas ambik hadiah......tapi masa exam sebenar aku tak mampu nak jadi the best......sedih tu memang la sedih kan tapi aku buat tak tau je la....buat apa nak fikir benda yang dah lepas kan.....aku kan rock and cool hehehe.....baik fokus untuk yang seterusnya iaitu SPM.....

Lepas PMR aku still belajar kat sekolah yang sama sampai la Form 6......belajar seperti biasa.....aktif sukan dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum...teruskan kehidupan macam biasa....lepas SPM aku tak apply mana-mana pun sebab memang dah niat awal2 nak ambik STPM....tak nak ambik diploma sebab rasa macam lambat nak mengejar pengajian untuk ijazah....STPM kan kejap je.....lagipun aku nak fight kakak aku yang jadi best student STPM peringkat daerah sebab dia selalu cabar aku tapi tak dapat huhu sedih.....tapi takpe la....best jugak bila sampai Form 6 kat sekolah yang sama ni....agak famous sebab semua cikgu kenal hehehe...lepas tu cikgu akan cari kita untuk lead apa2 aktiviti sebab dah tau kita macam mana kan......masuk Form 6 aku beralih arah aktif dalam kebudayaan plak....rasa macam tuan puteri je sebab dapat pakai baju cantik2, hiasan yang macam2 kat kepala dengan mekapnya lagi......bukan tak nak bersukan tapi dah tak boleh bersukan sebab kaki aku sakit....aku kan nakal a.k.a buas sikit so dengan tak sengaja landing atas tar dengan motor sampai habis luka2 dan berjahit di kepala ok hahaha.......korang ada......indahnya saat itu :)

Apabila tengok gambar time kecik2 dulu dan zaman sekolah rasa lucu plak......then bandingkan dengan gambar masa kat universiti.......being in school and being in universiti......totally different......zaman sekolah lagi best hehe.....kehidupan di universiti segala-galanya mesti pantas supaya tak ketinggalan....tiada apa yang difikir melainkan segenggam ijazah yang menjadi impian....fikir pasal kerja....apa aku nak jadi lepas ni....fikirkan masa depan sehingga ke 5 atau 10 tahun akan datang.....tapi enjoy tetap enjoy...aku bukan budak skema jenis reti dok diam baca buku......masuk U pun ada gak nakal2 tapi takde la banyak main2 macam zaman sekolah kan......


How faster my life changed.....my school life was the best....

Indahnya saat itu :)


P/S: Aku ni belajar takde masalah setakat pergi sekolah balik sekolah then revision sikit2 kan....time exam tu yang lemah....malas giler ko nak study...dalam banyak2 benda time sekolah...exam la yang paling aku tak suka ;P

Nak tambah P/S lagi: Nakal yang dimaksudkan dalam entry di atas bukannya nakal suka langgar disiplin ke apa.......cuma nakal dengan cara tersendiri....u know that I'm a sempoi and cool person.....so imagine la hehe.....my frens know me better....


Awang Hitam Semakin Kurang Ajar

Ok dalam media cetak atau elektronik selalu keluarkan berita tentang Awang Hitam yang berlagak samseng kat tempat orang. Aku tak faham mereka ni dah la datang negara orang lepas tu suka sangat buat onar.....berlagak plak tu buat macam dok negara sendiri.


Salah satu contoh kat Metro katanya Awang Hitam dok ganggu dan keluarkan kata-kata lucah kat isteri orang tu. Memang pesen mereka kot kan kalau kita selalu dengar pun suka kacau2 perempuan....suka menggoda....jerat perempuan untuk jadikan mangsa penipuan dan macam-macam lagi la.....


Aku kan kalau keluar mana-mana kat area KL ni then terserempak dengan mereka mesti aku lari dok jauh-jauh.....bukan apa takut la sebab mereka ni semacam je. Bukan semua la tapi kebanyakan. Aku ingat lagi time tu aku dari HKL nak balik ke rumah la....so aku naik monorel Chow Kit tu. Masa sampai dekat escalator nak naik ke stesen tu ada la 4,5 orang Awang Hitam ni datang dari arah bertentangan. Masa aku dah nak sampai atas geng Awang Hitam tu baru naik escalator. Mereka macam bising2 dalam bahasa yang aku pun tak faham.....then salah sorang dari mereka tu berlari tiba-tiba ada kat sebelah aku masa jalan nak naik ke platform tu sambil buat ehemm ehemmm.....dalam hati aku terus eewwww gelinya. Takut pun ada gak sebab dah macam2 citer dengar pasal geng ni kan. Aku buat tak tau je. Nasib baik kaki panjang terus langkah besar2 naik ke atas then duduk kat tempat orang ramai.


Lepas tu kan tak habis lagi ni. Masa monorel sampai so aku pegi la beratur. Masa tu mereka dah nak masuk ikut pintu yang belah belakang. Boleh plak tiba-tiba datang nak masuk ikut pintu yang sama dengan aku.....so aku pun lari pegi masuk celah2 orang ramai kat pintu depan sekali. Huhhhh nasib baik stop sampai situ je. Macam bangang je kan mereka ni....ntah apa-apa. Kesimpulannya memang kurang ajar geng Awang Hitam ni sebab kawan2 aku pun pernah cerita benda yang lebih kurang sama jadi kat mereka.....dengan berita-berita yang selalu keluar kat tv dan paper lagi.


Kalau nak baca berita lebih lanjut tentang Awang Hitam yang ganggu isteri orang then kena belasah sampai lembik oleh orang ramai yang sudah muak dengan perangai mereka ni....boleh baca kat sini ok 30 Belasah Awang Hitam Samseng....


13 December 2011

Aku Kehilangan Mu

Ni antara my favourite song......biasa la dah nama pun lahir tahun 80-an kan....so jiwa pun tetap melekat dengan lagu-lagu lama yang pada aku kebanyakannya sangat best ;P




AKU KEHILANGANMU by FRANCISCA PETER


Saat aku kehilanganmu
Hati dibaluti rasa pilu

Kedukaanku pasti berlarutan

Kerna di kecewakan


Bagaikan aur dengan tebing
Kita mengatur langkah seiring
Menghadapi kepahitan hidup berdua

Pernah menangis bersama


Panas dan hujan, ribut dan taufan

Telah menguji kesetiaan
Bersama keyakinan kita jadikan

Mimpi satu kenyataan


Tiada pernah ku menyangka

Kejayaan mengaburi mata

Sehinggakan kau merasa tak lagi perlu

Ku berada di sisimu...



Simptom Awal Gangguan Jin

Salam ini ada sedikit perkongsian yang sangat baik dan berfaedah iaitu SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN yang diambil dari http://wanwma.com/agama/ujian-mengesan-jin-dalam-badan-anda/

Untuk info lanjut boleh layari link kat atas ni ok....semoga kita semua terhindar dari segala gangguan makhluk2 halus ini....Subhanallah...hanya Dia yang mengetahui...


1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) Sukar mendapat jodoh.

4) Badan terasa bisa-bisa.

5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.

7) Sakit pinggang tanpa sebab.

8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi di tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.

13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19) Malas beribadat.

20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan.

38) Mandul.

39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40) Melihat jin secara terus.

41) Sakit mental atau gila.


10 December 2011

Yeayyyy Cuti Panjang

Actually sekarang kita orang dah mula bercuti ok......3 Januari 2012 baru masuk keje balik hehehe best best best....dapat rehatkan diri dan tenangkan jiwa.....tapi takde le rehat dok saje goyang kaki.....sebab aku kena fokus kat bisnes jugak...cuma beban keje tu kurang la sikit daripada biasa....


Aku takde planning nak pegi mana-mana pun.....just cuti-cuti Malaysia ke kampung a.k.a balik kampung dan lepak-lepak kat KL je la sambil2 buat keje aku sendiri.....

Maybe planning untuk bercuti tu tahun depan kot.....seriously aku rindukan Sabah...rindu nak bersantai kat pulau-pulau......nak ubah angin kejap....ye la setiap hari mengadap KL yang penuh kesesakan ni kadangkala buat aku sesak nafas dan sakit kepala.....


Ok untuk permulaan cuti ni aku dok je melepak kat rumah atau lebih tepat lagi depan tv....pagi2 aku dah layan Detective Conan....lepas tu petang tengok Wonderpets....Jimmy Neutron....Dora The Explorer.....lepas tu entah apa lagi citer aku tengok tadi sebab aku on tv dari pagi sampai ke petang kihkihkih.....bukannya aku dok tengok tv saje2 ok....tengok sambil dok menjahit tudung......ada gak hasilnya kan hehehe....

Jangan plak gelakkan aku ok sebab dok melayan citer kartun je....bukan untuk tontonan budak2 je......dewasa macam aku pun ok apa boleh layan.....ringan sikit tengok citer2 macam ni di hari cuti selepas berbulan-bulan mengadap keje......atau dengan kata lain meraikan cuti panjang....lagipun aku tengah dok menjahit kan nanti tengok citer berat tak fokus plak...klu tak fokus tak siap plak tudung tu kan :D


Ok la selamat bercuti aku ucapkan untuk rakan-rakan seangkatan dan juga student2 sekalian.....jumpa korang semua next semester ok :)



P/S: Bagus jugak kolej ni bagi cuti kat lecturer time cuti semester.....boleh la merasa cuti panjang walaupun dah bekerja ni ;P


08 December 2011

Hari-hari Terakhir Semester

Salam sayang uolssssss....lama giler aku tak update blog....last update 28 Oktober hehehe....giler pemalas kan.....sorry :D

Diam tak diam...pejam celik pejam celik dah bulan ketiga aku kat tempat kerja baru...kejap je masa berlalu...


Rasa macam baru semalam mengajar......rupa-rupanya dah habis semester.....short sem so tak rasa sangat....student2 pun sedang berseronok guling-guling macam tenggiling sebab dah seminggu diaorang bercuti.....minggu depan tiba giliran aku plak untuk bercuti hehehe...suka suka suka ^_^


Banyak pengalaman yang aku dapat dan banyak perkara yang aku belajar sepanjang jadi lecturer kat sini.....aku bersyukur sangat2 dengan segala anugerah ini.....perasaan hati hanya Tuhan yang mengerti....pengalaman ini mendidik hati aku untuk lebih mencintai dan menghargai ilmu dan pengetahuan yang aku miliki.....akan aku jaga dan kongsikan dengan mereka yang memerlukan....walaupun kadangkala diri dan kesabaran teruji.....aku cuba tunaikan tanggungjawab sebagai pendidik sebaik mungkin....




Hari ni sangat busy siapkan apa-apa yang patut untuk department meeting yang terakhir untuk semester ni....mintak2 la semuanya ok....kalau ada kesilapan harap dimaafkan hehehe biasa la aku kan baru first sem kat sini....masih banyak perkara yang perlu dan sedang dipelajari :)


Ok.....tataaaaaaaa ^_^


28 October 2011

Rindunya diarymissNick

Last update 15 Oktober....so hari ni dah 28 Oktober baru nak update entri baru.....

Seriously aku rindu giler dengan blog yang suatu masa dulu setiap hari aku bukak....selalu update...

Tapi apakan daya....masa mencemburui aku hehehe....

Ok tunggu dah habis kelas aku aktif balik....sebab time tu dah takde keje sangat....

Thanks....Tataaaaa!!!!


15 October 2011

Suka Suka Update ;p

Ok last update 30 September......apa nak jadi la....kesian kat blog ni ditinggalkan kesepian tanpa ditemani entri baru kan....suka2 je nak update tak nak update kan ;p

Jadual kelas yang padat.....keje yang banyak....membuatkan aku penat dan takde mood nak update blog kihkihkih......sekarang ni aku tengah menyesuaikan diri selaras dengan penambahan keje baru....sebelum ni hanya fokus dekat bisnes je....sekarang dah tambah keje lain.....banyak benda yang nak kena buat telah memberikan kejutan mental dan fizikal kat aku hahaha....ye la buat banyak keje dalam satu masa ni kan kadang-kadang sangat meletihkan.....aku tak boleh nak tinggalkan bisnes sebab itu jiwa aku.....tinggalkan bisnes maknanya aku kehilangan separuh jiwa tau okeyssss......

Insya Allah lepas ni ok la kot....biasa la mula-mula memang macam ni....dalam proses nak membiasakan diri la ni......hanya satu je yang aku pegang "kesukaran hari ini adalah untuk kesenangan pada hari esok"......aku buat semua ni untuk mencapai cita-cita dan matlamat hidup yang aku pegang kukuh sekukuhnya.....bila penat itu je aku fikir yang secara tak langsung akan memberikan semangat dan perasaan yang positif :)


30 September 2011

Lama Giler Tak Update

Haiyooooooo macam mana aku boleh tak update blog lama giler ni hahhhhh....last update 14 September.....hari ni dah 30 September.....2 minggu lebih kooooo tinggalkan blog ni......disebabkan esok dah 1 Oktober so aku nak la buat entri penutup untuk bulan ni ok hehehe....

Kesibukan aku membatasi sebarang aktiviti update mengupdate blog....usahkan nak update, nak tengok pun tak sempat......blogwalking pun sama terjejas......start semalam aku sambung balik keje2 blogwalking.......jangan mareeeeee ye kawan-kawan sekalian :D

Serius memang betul-betul takde masa untuk sebarang aktiviti lain selain waktu keje dan bisnes....waktu free yang ada seciput tu aku gunakan untuk rehat walaupun tak puas....so bila masa nak menulis kan sebab otak dah tepu, penat....sebab aku keje menggunakan minda dan pemikiran sepenuhnya....dah balik rumah tu apa lagi idea dan mood pun hilang la hehehe....

Entri dalam draft pun banyak ni....tak sempat nak edit untuk publish.....insya Allah lepas ni aku akan ada masa untuk kembali menatap dan membelai blog kesayangan ni.....banyak benda yang nak dikongsikan.....k Tataaaaa :)

P/S: Sekarang ni hampir2 nak demam sebab tak cukup rehat pulun siapkan keje....tolong la jangan demam sebab ada kelas pagi petang isnin depan huhuhuhu....


14 September 2011

Tujuan Menulis Blog

Apa tujuan aku menulis blog? Nak kata suka menulis sangat tu takde la tapi suka jugak la menulis....erkkkk ntah apa-apa statement....paham-paham je la ek macam mana malas nak explain nanti panjang penat korang baca hahaha.....alasan semata-mata....


Lebih kurang suka menulis lite2 je la + blogging saje untuk suka-suka sebagai hobi mengisi masa lapang......melontarkan apa yang ada dalam minda dan fikiran melalui penulisan....dan berkongsi perkara-perkara yang sesuai dan berfaedah dengan semua readers....tu pun kalau ada yang sudi baca hehehe. Takde la suka menulis bagai nak rak.....seolah-olah bila tak dapat menulis dalam sehari tak senang duduk huhu. Dulu masa start blogging guna platform wordpress....dalam tahun 2009....lepas tu 2010 tukar ke blogspot.


Ye la nak menulis dalam diari atau buku rasa macam tak puas la plak kan. Tapi sebenarnya aku tak suka menulis diary....dalam erti kata diary yang sebenar yang kena tulis pakai pen tu. Ada diary tapi lebih banyak pasal aktiviti pada hari tersebut dan akan datang....kalau takde apa nak buat memang kosong je la kat tarikh tu hehe.


Nak bagitau kan kalau bab-bab menconteng buku ni serah kat aku. Kalau bosan2 takde keje mula tangan aku lukis tu lukis ni....tulis tu tulis ni. Buku-buku aku masa sekolah dan universiti dulu pun ada hasil contengan kat belakang tu hehehe. Asal ada kertas dan pen kat depan memang tangan aku tak reti dok diam. Dalam handbag aku pun wajib ada note book yang kecik tu dengan pen. Bukan apa pun sekadar untuk mencatit apa-apa yang penting. Kadang-kadang time sorang2 tu ada je kata-kata hikmah atau ayat-ayat motivasi yang terlintas di fikiran aku....so time tu la aku akan tulis supaya tak lupa.


Ok dah melalut....nak cakap pasal tujuan menulis blog tapi dah tersasar ke bab conteng2 buku plak hehe. Satu je harapan aku semoga dibukakan 'pintu hati' supaya ada minat menulis bahan-bahan yang bermanfaat sebagai panduan untuk diri sendiri dan orang lain. Sekarang ni idea tu ada cuma masanya belum tiba untuk aku realisasikannya. K Tataaaaa ^_^


Yeayyyy Earnings Dah Kembali

Meh sini nak cerita......dua hari lepas tiba-tiba aku tak boleh nak view aku punya Buffered Earnings kat Nuffnang tu......hanya dapat tengok Metered Earnings dengan Campaigns je.....ok aku rileks je dulu tunggu sehari.......cek2 tengok still dok macam tu jugak......ok entry agak tak best sebab takde gambar bukti......lupa nak print screen hahaha....


So aku pun report la kat Technical Support Nuffnang tu....risau jugak la kan dah la tak berapa nak banyak....boleh plak tiba-tiba hilang tanpa diketahui sebabnya.....


Sekali dah report tu semalam cek la kot2 dah ok......nak tau apa jadi????? Sekali semua hilang daaaa.....Buffered Earnings, Metered Earnings, dan Campaigns. Huaaaaaaa kosong koooo......usahkan nak tengok RM.....kotak-kotak tu pun takde....putih je seputih mata aku yang melihatnya....


So aku biar je la....dalam hati emmm takpe la maybe ada technical problem kot.....baru tadi aku cek tengok-tengok dah ok kembali seperti biasa. Harus la risau kan kot2 terkurang 10 sen ke apa ke hahaha......walaupun income Nuffnang aku tak banyak tapi Alhamdulillah setiap hari nilainya sentiasa berubah naik sikit-sikit....tak statik dengan jumlah tu ok hehe....takpe la sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan......Buffered Earnings yang aku dapat pun tak pernah kurang dari empat sekali dapat....ok la tu untuk blogger macam aku yang update blog ikut mood dan tahap kerajinan ;P

Orang dah dapat banyak income dari Nuffnang...aku baru terhegeh2 nak tempek iklan kat blog.....bukan tak tau pasal Nuffnang...dah tau masa aku blogging guna wordpress tahun 2009 dulu lagi....lepas dua tiga bulan bertukar ke blogspot tu baru ada kesedaran pasal iklan huhuhu....bila blogging sebab suka-suka dan minat ni jadi tak berapa nak kisah sangat pasal iklan....sekarang baru aku nak kisah....so sambil menyelam minum air la gitu kan hehe....

So usia blog ni pun dah setahun lebih....aku harap tahap kerajinan aku pun meningkat la untuk menulis dan berkongsi apa-apa sahaja yang sesuai untuk tatapan diri sendiri dan juga pembaca........ ko ingat ko tu diva meletup ke sampai nak ada pembaca setia...boleh blah haha


Cara Untuk Bertenang Dan Mengawal Emosi

Ok artikel di bawah ni aku ambil dari FB kawan aku, Joe, seorang guru Bimbingan dan Kaunseling di sebuah sekolah di Manjung, Perak. Dah baca sampai habis tu rasa macam best plak untuk dikongsikan dekat sini sebagai panduan untuk aku sendiri dan juga para pembaca lain.
___________________________________________________________________

1. Mulakan dengan niat.

Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda lakukan.

2. Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening.

Elak dari mengerut kening ketika Anda sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biaskaan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat Anda tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda Anda terlalu fokus. Bila sudah terlalu fokus, tak ada ketenangan sebab minda Anda dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelamkabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawak diri bertenang.

3. Kawal emosi.

untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi bersabar. Ketika bersabar, Anda menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, Anda masih nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah diwajah Anda. Ketika bersabar, Anda memujuk diri Anda supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang Anda sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan mengamalkan sikap bersabar.

4. Pernafasan.
Pernafasan terarah membuat Anda merasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika jiwa Anda kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3 saat kemudian hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik nafas, penuhkan rongga dada dengan udara sehingga tak termampu, tahan 3 saat lepas tu hembus perlahan-lahan sehingga tak ada lagi yang tinggal. Ulang sebanyak 7 kali untuk impak maksima. Anda boleh lakukan teknik ni ketika membaca, memasak, memotong sayur, memandu, menaiki bas, ketika dalam lif, ketika dalam mesyuarat atau ketika sedang berbincang dengan seseorang.

5. Sembahyang.
Sembahyang dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati Anda, jiwa, fikiran dan minda dapat di tenangkan kerana Anda perlu khusyuk. Anda tak akan dapat merasai kekhusyukan sembahyang jika Anda tidak tenang. Cara paling baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang.

6. Elak berpeluk tubuh.

Ketika sedang berpeluk tubuh, Anda sedang berada dalam posisi DEFENSIF. Mungkin Anda sudah terbiasa berpeluk tubuh ketika sedang menunggu,ketika menonton wayang, ketika berjalan, ketika duduk atau ketika sedang bercakap. Tahukah Anda berpeluk tubuh tak akan membuat Anda merasa tenang langsung? Solusi kepada hal ni adalah dengan menekup kedua-dua tangan di bahagian tapak lalu meletaknya di bahagian hadapan seperti mahu menyalam seseorang dengan kedua-dua tangan. Sebagai contoh, lihat kepada posisi tangan Dr. Irfan Khairi setiap kali dia ditemubual. Tangan kiri dan tangan kanannya diletak di bahagian hadapan kemudian ditemukan di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalaman. Cara ini membuat Anda merasa tenang, mengawal gugup, membuat fikiran jadi lebih rasional.

7. Dekat dengan orang yang tenang selalu.

Dekatkan diri selalu dengan orang yang tenang. Orang camni biasanya tak suka marah, tak suka bersuara tinggi dan sentiasa hormat pada orang lain tanpa mengira darjat, pangkat atau status. Bila Anda dekat dengan orang yang tenang, Anda juga akan merasa tenang. Terlihat wajahnya terasa ada getara di dalam jiwa kesan dari pancaran ketenangan yang terpamer di mukanya.

8. LET GO.

Ini adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran. Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan hal-hal yang membuat Anda tertekan. Lupakan. Lepaskan pergi untuk seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Anda akan merasa tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang Anda mahu fikir. Anda akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, Anda akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, Anda akan mendapat suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat Anda tertekan.

Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat Anda disenangi orang.
Dalam perhubungan antara Anda dengan Tuhan, pasti Anda dirahmati olehNYA.

12 September 2011

Setiap Aturan Hidup Itu Adalah Yang Terbaik

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.



Gambar sekadar hiasan. Tak tau nak kredit kat sape sebab dah lama sangat ada dalam simpanan aku ni hehe;P



P/S: Thanks to kawan aku Ryn Saad sebab share ni kat FB....dan aku share kat sini plak tau Ryn.....sebagai renungan kita bersama :)


09 September 2011

Kalau Tak Nak Disakiti Dok Diam-Diam

Kadang-kadang manusia ni punya penyakit hati yang agak kronik......tak tau la apa yang bersarang dalam hatinya sehingga menyakiti hati insan lain itu satu kepuasan bagi dirinya. Boleh resah gelisah kot kalau tak buat macam tu kat orang hummm entah la aku pun sukar untuk tafsir apa yang tersirat sebenarnya.

Tapi bila dirinya disakiti tau plak nak marah sana sini. Kalau tak suka disakiti, kenapa harus suka dan suka dan suka menyakiti. Dok diam-diam kan lebih baik tiada hati yang terusik :)

Kesimpulannya kalau kita suka sakiti orang, maksudnya kita juga bersedia untuk disakiti walaupun tanpa kerelaan. Jadi kepada sesiapa yang ada sifat-sifat negatif macam tu, muhasabah diri. Takde faedahnya dok simpan benda-benda macam tu dalam hati. Hati jadi gelap, hidup tak tenang, jiwa jadi sempit. Cuba la bersangka baik dan berbuat baik sesama manusia, takde ruginya. Atau kalau buat baik hilang duit sejuta.....ada sesiapa pernah mengalaminya ke???? Kalau ada cuba bagitau hehehe....takde kan.

Ok sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat dari missNick. Ini adalah statement umum berdasarkan pemerhatian dan pengalaman hidup yang tidak seberapa ni.

CLEARANCE SALE???? Korang Suka????

Aku tak nak cakap banyak.....aku cuma nak bagitau yang missNick Collection sekarang ni tengah buat CLEARANCE SALE


Harga untuk setiap item memang sangat2 la murah ok.....berbaloi-baloi la hehehe...

Selepas balik dari cuti bercuti mencutikan diri sempena raya selama 10 hari ni....aku memutuskan untuk let go beberapa stock yang memang dah sangat2 limited ni dengan harga yang sangat2 murah tau....



Now kita cuci2 dulu stock yang ada ok.....stock baru akan menyusul kemudian tapi tak confirm bila sebab aku sekarang ni agak busy dengan preparation as a psychology lecturer......intensive revision tau sekarang ni hahaha.....ada beberapa hari lagi sebelum semester bermula....apapun aku sangat2 bersyukur tak terhingga akhirnya aku berjaya capai salah satu impian ini....hadiah Syawal yang cukup bermakna....Alhamdulillah aturan hidup yang aku tetapkan sendiri berjalan dengan tersusun berkat doa, usaha, dan kesabaran yang tak pernah putus.....gembira dan terharu tak terkata ni tau ;P.....aku harap dapat menjadi seorang pendidik yang baik dalam berkongsi ilmu yang ada ni :)

Boleh dikatakan kebanyakan impian2 dan matlamat2 yang aku tetapkan setakat hari ini dah tercapai sama ada cepat atau lambat.....yang penting kita mesti sentiasa positif. Jangan hari ni tanam, esok dah mengharapkan hasil. Apa yang selalu aku amalkan dalam hidup ni adalah jangan sesekali MERUNGUT, MENGELUH walau susah macam mana sekalipun. Mesti selalu bersyukur.....Insya Allah hidup kita tenang dan lapang. Now usaha untuk matlamat seterusnya.....perancangan harus rapi bergantung kepada keadaan hehe....waaaaaa nak kawin hahahaha....


Salam Syawal untuk semua.....sayang korang ^_^ Tataaaaa


06 September 2011

Tuhan Berikan Aku Cinta

Jom layan dan hayati lagu ni ^_^







Best kan lagu ni......thanks TheMissAmy89 yang upload ni kat Youtube.....siap dengan lirik dan kata-kata lain yang sungguh indah.

"Tuhan Berikan Aku Cinta"


Alhamdulillah Selamat

Actually entri ni nak update petang semalam selepas selamat tiba di tempat mencari rezeki ni a.k.a KL.....Tapi ya Allah memang mengantuk yang teramat sangat la. Berpinar-pinar dah mata tengok screen laptop ni hehehe....

So update hari ni je la kan....takpe tak basi lagi ;P

Aku bertolak pagi semalam dalam pukul 8.30 dan sampai sini pukul 5.30 petang. Nasib baik la tak bertolak hari Sabtu atau Ahad....kalau tak faham2 sendiri la macam mana teruknya jem huhu. Semalam pun jem hanya kat Raub dengan Bentong je.


Dah sampai kat MRR2 tu gembiranya rasa hati hehehe sebab rasa rumah dah melambai-lambai kat aku ni. Tak sabar nak balik merebahkan badan kat atas tilam.


Apapun syukur Alhamdulillah semuanya selamat walaupun sepanjang perjalanan tu menyaksikan beberapa kemalangan jalanraya yang biasa....nasib baik takde yang ngeri2. Ok sambung keje.......Tataaaaa ^_^

04 September 2011

Esok Dah Nak Balik KL

Mengumumkan keberangkatan aku ke Kuala Lumpur tomorrow pukul 8 pagi hehehe....


Sepatutnya pagi semalam (Sabtu) aku dah kena balik sana sekali dengan kakak aku......tapi disebabkan ketidakpuasan jiwa berada di kampung yang aku rasakan terlalu singkat.....padahal dah seminggu......biasa la aku kan manusia yang tak pernah puas hahahaha. Maka sibuk la aku mencari kawan2 yang nak balik KL hari Isnin....bukan apa sebab nak tumpang. Susah jugak nak jumpa sebab kebanyakan yang lain balik Sabtu. Nasib baik ada jugak kawan yang tersesat nak balik Isnin so tumpang dia je la hehe.

Liat betul kalau nak balik KL....kalau nak balik kampung takde pikir2 dah...mesti on time punya. Biasa la aku kan berjiwa kedesaan sikit hehehe......ye la sejauh mana pun kita pergi jiwa masih terlekat di tempat kita dibesarkan. Walaupun kampung aku takde ciri-ciri kedesaan seperti dalam drama2 tv tu....tapi tetap best....sebab tu aku kalau pergi ke kampung yang ada suasana kedesaan tu agak sedikit jakun la wahhhh terujanyaaaaa....perasaan aku macam nak guling2 je macam dalam citer Bollywood tu hahaha...


Sebenarnya tengah kemas barang ni. Berenti kejap nak update blog hehe. Ok la nanti sambung update kat KL ye. Nak sambung kemas barang dan nak tidur. K Tataaaaaa jumpa lagi.....doakan semoga perjalanan ini selamat tiba ke destinasi ^_^

02 September 2011

Musim Raya vs Musim Mengawan

Hahaha ntah apa2 tajuk kat atas tu.....tapi betul la kan....sekarang ni musim raya....bila raya ramai para lelaki dan wanita bakal disatukan mean bernikah....

Bermula hari raya yang ketiga bersamaan 3 Syawal.....aku dah mula sibuk menghadiri majlis-majlis perkahwinan kawan-kawan dan juga sedara mara. 4 dan 5 Syawal pun ada jugak....so kira penuh la ni jadual kenduri kawin aku yang perlu dihadiri. Kalau ikutkan selepas tu pun ada lagi......tapi aku dah kena balik KL. So tak dapat la nak pegi melantak gulai kawah idaman nafsu perut aku ni. Takpe insya Allah aku usaha untuk jumpa korang sebelum balik KL tu.....hadiah semua dah siap-siap untuk diberikan kepada yang berhak. Korang jangan bukak cepat2 plak....tunggu lepas kenduri dulu....nanti tak surprise pulok hehehe....

Dan kepada sesiapa yang aku tak sempat nak pergi.....aku mintak maaf banyak2. Aku hanya ada satu badan, dua kaki, dan dua tangan je. Kalau semua tu boleh dipisahkan...dah aku agih-agihkan pergi ke kenduri korang. Ekoran jemputan kenduri yang banyak dalam satu masa dan lokasi yang berbeza dengan jarak yang jauh.....dengan masalah jem yang mengalahkan KL ni. Maka aku hanya dapat pergi ke tempat2 yang dekat je. Kalau aku pergi jugak yang jauh2 tu seharusnya aku tertidur sambil drive....dan itu mengundang bahaya. Kalau jadi apa2 macam mana. Seperti semua sedia maklum aku ni belum kawin hahahaha....so disebabkan aku pun nak kawin jugak macam korang haruslah aku menjaga diri aku dengan baik sekali.

Ok dah stop melalut!!!

So tunggu la sebulan lepas ni sape yang bakal berisi dulu dan dapat title mak buyong kihkihkih......K Tatata!!!

31 August 2011

Selamat Hari Merdeka

Hari ni 31 Ogos 2011....bermakna hari merdeka kan....


Walaupun dah petang rasanya masih tidak terlewat untuk aku wish Happy Merdeka Day kepada semua.....syukur Alhamdulillah dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.....dengan erti kata lainnya menjadi rakyat Malaysia. Negara yang aman dan makmur. Harap keamanan dan kemakmuran ini berkekalan sampai bila2....



So, learn to love Malaysia like as you love yourself. Tataaaaaa!!!!


P/S: Sesiapa yang tidak sukakan Malaysia....yang suka buat kacau....boleh angkut beg pindah negara lain hehehehe ;P

Salam Aidilfitri

Sticky post sampai raya....untuk entri lain sila selak2 ke bawah ye :)


Assalamualaikum......

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai, kawan2 yang jauh dan dekat, para pelanggan missNick Collection, kawan2 Facebook, Twitter, Blog, dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini........saya ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada terkasar bahasa, tersalah bicara sepanjang perkenalan kita semua.


Kepada yang berada jauh dari kampung tu termasuk la saya hehe.....hati-hati memandu ye.....jangan dok bergalok plak kat dalam kete tu. Jangan dok lorat sangat nak sampai kampung.....bawak tak laju pun takpe sampai jugak. Biar lambat asal selamat. Jadilah pemandu yang berhemah.....tak payah nak tunjuk lagak aku hebat di jalanraya ok hehe. INGATLAH INSAN YANG TERSAYANG ^_^



P/S: Ucapan raya ini juga adalah bagi pihak Izwan Shah.....dah banyak hari dia dok suruh buatkan ni tapi saya tak sempat......so semalam dapat hadiah handbag raya terus buat cepat2 hehe....

29 August 2011

Aku Sibuk Tapi Tetap Nak Update

Aku tak sempat nak update blog sejak sampai kampung ni. Aku sampai pagi 27hb....setelah melalui perjalanan selama 10 jam. Nasib baik tak jem sangat walaupun kereta banyak.

Merujuk kepada tajuk di atas....walaupun agak sibuk sikit. Aku nak update jugak walaupun sikit. Kira update last la ni untuk bulan Ogos. Esok lusa konpem la dah tak sempat kan huhu.

Sebenarnya aku baru balik dari bandar ni beli barang-barang untuk raya. Orang ramai gilerrrrr bersesak-sesak....kat bank....kat atas jalan jem...merata-rata la. Nasib baik pegi dengan motor je....kalau naik kereta maybe sekarang ni aku tak sampai rumah lagi kot. Naik motor senang boleh cilok2...time ni la nak naik motor. Kalau dah balik KL nanti dah tak boleh merasa naik motor sebab takde kat sana. Nak beli orang tu tak bagi katanya bahaya perempuan naik motor. Sayang katanya haha....

Dah takde apa nak cakap.....itu je...nak sambung buat keje....

Tatatata.....Salam Aidilfitri dari saya :)

P/S: Ucapan raya tak perlu panjang2....dah ada kat sticky post atas tu...

26 August 2011

Akhirnya Mop Pulang Ke Pangkuan Tuannya

Disyaki mop yang ada kat ground floor adalah mop aku....sebab didapati hilang dari balkoni....ntah bila masa jatuh pun tak tau....nasib tak jatuh atas kepala orang hahahaha...


Aku tau nak nangis ke nak gelak. Beberapa hari lepas aku ada mop rumah ni. Lepas mop tu aku rendam la mop tu dalam baldi dengan sabun....dah agak bersih tu aku keringkan la dekat balkoni. Tapi bukan sangkut kat tempat sidai baju.....aku sangkut kat tembok balkoni tu hahahaha.

Dua hari lepas iaitu Rabu malam tu.....masa balik dari sesi shopping menyoping aku terkejut ingatkan binatang apa kaler putih gebu bertenggek kat atas tangga kat depan parking kete. Rupanya mop hahaha.....aku apalagi dalam hati membebel "sape la suka2 hati letak mop merata-rata ni takde kesedaran sivik langsung. Kalau dah tak nak guna tu buang je la dalam tong sampah kan".

Dah masuk dalam rumah tu kawan aku tanya mana mop......dia nak mop air tumpah ke apa entah. Aku cakap ada kat balkoni. Rupa-rupanya takde hahaha.....terus teringat mop yang aku nampak kat tangga tu. Mop aku ke tu?????? Fikir2 balik betul la tu aku punya sebab balkoni rumah aku betul-betul mengadap private parking......dan mop tu dijumpai kat depan tu hahaha. Empat belas ratus kali fikir nak turun ambik ke tak. Ahhhh biar je la sebab time tu dah tengah malam plus penat kepala lutut dah bergegar disebabkan aktiviti shopping pada hari tersebut.

Pagi tadi turun bawah tengok mop tu ada lagi kat tangga. Aku apalagi tengok kiri kanan depan belakang terus ambik bawak masuk rumah la hehehehe.


Ni la dia mop itu


P/S: Nasib baik sangkut mop je bukan dengan batangnya sekali.....kalau tak naya je jatuh gedebuk ke bawah....abis ler rosak pokok2 bunga orang bawah hehehe....

24 August 2011

Baju Raya Tak Beli Lagi wawawaaaaaa

Hari ni dah 24 Ramadhan.....bererti lagi seminggu kita nak menyambut Syawal kan. Hari kemerdekaan untuk umat Islam setelah sebulan berpuasa. Apabila Ramadhan dah berada di penghujung ni....kadang-kadang rasa sayu pun ada. Adakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan tahun berikutnya......harap-harap dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadat yang mulia ini.

Baju raya aku sehelai pun tak beli lagi tau hehehe. Tengok orang lain dah settle persiapan raya....tapi aku rileks je dulu. Lagipun aku takde nak rushing apa pun.....sebab pakaian mak dengan adik-adik aku dah settle itu dah cukup melegakan aku. Pasal diri sendiri aku tak kisah sangat.

Hari ni my partner cuti so keluar shopping dengan dia je la. Bukannya tak boleh pergi sorang......tapi sebab dah selalu pergi shopping dengan dia rasa macam kurang plak kalau dia takde. Because he's my personal bodyguard.....personal consultant......personal advisor hehehe. Kalau pergi sorang kan takde plak yang nak tolong cakap "eh u baju ni tak sesuai la, ai rasa corak ni ok sikit sesuai dengan trend sekarang"......"u tudung ni matching dengan baju ni"......"kasut ni cantik la, cuba u try test dan jalan"....."selesa tak u"......"handbag ni cantik la nampak elegant, boleh la cuba yang ni".......

Nak keluar shopping dengan kawan-kawan plak takde masalah sebenarnya.....tapi yang lomahnya kena keluar time weekend. Aku tak berapa gemar sangat keluar time weekend dalam keadaan sekarang ni. Orang ramai yang teramat sangat la....sudahnya aku pening tak boleh nak memilih dan balik dengan tangan kosong. So weekdays la yang paling terbaik kan hehe...

Nasib baik la partner aku ni jenis kaki shopping jugak dan agak terbuka dengan trend fesyen pakaian perempuan ni. So takde masalah dalam memberikan pendapat.

Tema raya tahun ni adalah wassatiyah. Aku nak yang simple2 je. Tak nak yang vogue2....merelip2 ni. Nak cari baju kurung biasa or moden tanpa manik. Cukup la kot sepasang baju kurung, tudung, sepasang kasut, dan handbag. Ada lagi beberapa helai baju kurung aku yang hanya dipakai sekali dua selama 2,3 jam je. Maka untuk penjimatan boleh la pakai balik yang tu hehehe.

Misi hari ni adalah meredah KL mencari semua barang yang dihajati. Harap ketemu la ye. Bye...... ^_^

23 August 2011

Biar Sakit Asalkan Tetap Vogue

Okey apa yang aku nak katakan ni memang berkait rapat dengan perempuan.


Selalunya mereka yang taksub dengan fesyen....nak selalu nampak vogue di mata umum. Tapi harus diingat jangan biarkan fesyen itu menyeksa korang, membuatkan korang rasa tidak selesa, sakit, dan terpaksa control ayu setiap masa. Tak penat ke huhu.....

Ye la mana taknya.....pegi pasar or shopping pun nak pakai boot 4, 5"......konpem la lama dok pusing2 beli barang tengok barang kan.....balik kaki melecet, lenguh2....tak pasal2 kena tampal plaster lepas tu dok sapu minyak urut.......bila jadi macam ni konpem tak selesa sepanjang korang berjalan tu kan...kesian kaki tu tau. Cuba korang pakai flat shoe ke....tak pun macam aku ni hentam selipar jepun je hahaha konpem tawaf 14 kali pun masih tersenyum. Hoiiiii ye la tu 14 kali....semput noksss.

Keluar shopping atau jalan2 pakai baju ketat like barut nangka....kalau pinggang ramping takpe....ni lemak2 kat pinggang terkeluar dan bila jalan bergegar-gegar....sudahnya dok tarik-tarik baju sebab malu orang nampak. So sila la ukur baju di badan sendiri....pakai la baju yang sesuai dengan badan korang. Tak pun kalau baju tu tiba-tiba mengecil pakai la jacket or cardigan kira dapat la cover kan.

Pakai fake eyelash yang tahap lebat dan panjangnya dah macam bulu mata unta......tengah makan tertanggal hehe. Lain kali gam betul-betul ok tak pun pakai yang biasa2 je......kesian mata tu nak bukak pun macam tak larat. Tengok pejam celik pun sama je sebab kena cover ngan ketebalan bulu mata tu.

Nak berfesyen biar la selesa bukan menyeksa ok......biar sesuai dengan tempat yang kita pegi tu. Jangan la nak pegi pasar pun pakai macam nak pegi party glam......sangat la tidak sehsuaiiiiii ok. Jadi la diri sendiri.....nak tunjuk kat orang ramai yang kita ni up-to-date tapi orang plak dok tengok kita macam tak selesa...kejap-kejap tarik tudung betulkan tudung, betulkan baju, kejap-kejap urut kaki, tengok cermin, dok control itu ini. Tak salah nak berfesyen tapi jangan jadi mangsa fesyen. Terima la hakikat ini.


Ooopsssss opocot kau!


Cantik tak bulu mata I.....kalah unta tau.....maka unta2 sekalian jangan jeles hokeyyyy!


^_^

Beza Puasa di Kampung & Bukan Kampung

Beza Puasa di Kampung & Bukan Kampung???? Macam pelik je tajuk hahaha.....seriusly aku tak reti nak buat tajuk cantik2 tapi nasib baik setiap kali exam besar masa sekolah dulu selalu dapat A....start dari UPSR sampai la ke STPM.

Sebenarnya maksud aku bukan kampung tu merata-rata tempat la....nak spesifik semua kan panjang plak tajuknya.

Nak cakap pasal beza makan time buka puasa dan bersahur. Dulu masa zaman kecik2, sekolah, sampai la habis STPM....aku dok kat kampung. Senang katanya tinggal dengan family sendiri. Tiap kali bulan puasa memang tak miss la makan nasi 2 kali sehari iaitu time buka puasa dengan sahur tu.....dan pastinya lauk yang meriah.

Lepas STPM masuk U nun jauh di seberang South China Sea.....maka nasi itu tidak lagi menjadi keutamaan setiap kali berbuka dan bersahur. Time berbuka tu je la selalu makan nasi sebab balik kelas petang singgah kafe dulu. Time bersahur tu hahaha susah benor nak bangun. Kalau nak makan nasi pukul 3 pagi dah kena turun kafe....kat Sabah kan imsak awal. Selalunya makan je la apa yang ada kat bilik tu.

Sekarang ni lagi la kat KL makin la bertambah tak berapa rajinnya nak makan nasi time bulan puasa. Aku prefer makan kuih je......nasi tengok mood la. Selalunya 2 in 1 terus....untuk berbuka dan sahur sekali. Time buka puasa kat luar dengan kawan2 je aku bantai makan macam2.

Kesimpulannya baru aku tau tak makan nasi pun takpe......ingatkan bila tak makan tu boleh buat aku lembik separuh mati ke apa. Dulu siap cakap lagi kat sape2 yang tak makan nasi "eh korang tak penat ke, ke tak lapar ke", "aku tak boleh la nanti lapar giler bla bla bla"......hahaha...

22 August 2011

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Walau apa bencana pun yang menimpa, kalau sudah tertulis ajal seseorang itu masih belum sampai dengan izin Allah seseorang hamba itu dapat meneruskan kehidupannya.

Ini la yang terjadi kepada Arman Shah....ditikam sebanyak lapan kali di dada dan belakang badan dengan pisau sebelum dicampak ke dalam Hutan Lipur Ulu Bendul, Bukit Putus, Negeri Sembilan, Khamis lalu.



Berita selanjutnya boleh baca di sini.......
http://www.hmetro.com.my/articles/Merangkakkeluarhutan/Article

Tahukah Anda?

1. Madu adalah makanan yang terbaik dan ia tidak akan rosak. Para arkeologi pernah menemui madu di makan firaun Mesir dan mereka telah merasai madu tersebut, dan ternyata ia masih boleh dimakan.


2. Sungai Huang Ho di China dikenali sebagai sungai derita kerana apabila berlakunya banjir setiap tahun, ia meragut banyak nyawa.


3. Perkataan bahasa Inggeris 'queue' adalah perkataan yang sama bunyinya jika empat perkataan terakhirnya dibuang.


4. Hanya empat buah negara di dunia ini bermula daripada huruf 'D', iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Dominica Republic.


5. Melalui satu kajian, manusia lebih fobia melihat katak daripada tikus.


Sumber: Majalah Dara - Edisi 107, Mei 2011

21 August 2011

Lelaki Nampak Hebat Bila.....

Ok bagi aku la kan lelaki ni akan nampak hebat apabila mereka boleh kawal kemarahannya. So, kalau yang jenis panas baran tu belajar2 la untuk jadi cool ok hehe ;P

Walaupun diuji, teruji, ada masalah ke apa-apa je la yang seumpamanya....tapi still mampu bersabar dan rileks. Hadapi semua tu dengan tenang dan selesaikannya secara professional. Kemarahan dan amukan tidak akan membawa anda ke mana. Malah sesiapa pun takut nak dekat. Gepren pun lari....ye dok hehehe. Sape tahan weh. Penyabar macam mana pun gepren tu...lama-lama meletup jugak kan.


Kalau anda sifat-sifat sedemikian (hebat), maka anda la lelaki idaman ramai wanita. Syabas.....Syabas!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails