25 December 2010

3 Perkara Membahagiakan

Hayati pesanan Al Ghazali yang menyatakan, sebuah rumahtangga hendaklah dibina atas tiga struktur asas:

'al-sakinah' (ketenangan)
'al-mawaddah' (kemesraan)
'al-tarahum' (timbang rasa)

Asas pertama - ketenangan bermaksud hendaklah suami isteri berpuas hati dengan pasangannya. Mereka seharusnya tidak berminat dengan yang lain.

Kedua - kemesraan pula membawa pengertian suka dan duka secara bersama.

Ketiga - timbang rasa pula lebih banyak merujuk kepada akhlak yang mulia serta tahu bersyukur atas nikmat yang diperoleh. 

Sebuah rumahtangga yang berjaya didirikan di atas tiga struktur ini merupakan keluarga yang paling bahagia, malahan inilah keluarga yang mampu mengatasi segala cabaran hidup. Mereka adalah ibu bapa yang bakal melahirkan zuriat yang sihat dan keberkatan yang berpanjangan.

Harta benda dan kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan yang dicari. Kadang-kadang hidup di sebuah rumah usang, pasangan lebih mampu mengukir senyuman yang berterusan. 

Sumber: Majalah Nur


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails