27 December 2010

10 Lokasi Bulan Madu Popular Dunia

Bagi pasangan yang baru berkahwin sudah pasti merencana destinasi bulan madu bagi meluangkan masa untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Jika anda mampu, tiada salahnya untuk ke luar negara yang pastinya suasana dan lokasinya berbeza dari tempat sendiri. Di bawah ini disenaraikan 10 lokasi bulan madu yang popular di seluruh dunia.


Maldives 


Maldives adalah satu negara kecil di benua Asia, ia juga dikenali sebagai negara berkembang dengan pertumbuhan ekonomi yang terus naik dari tahun ke tahun. Di daerah ini, pasangan suami isteri boleh melakukan perjalanan meneroka keindahan alam saujana mata memandang. Walaupun ada beberapa kota seperti Venice yang disebut sebut sebagai kota romantis di dunia, kota ini tidak termasuk dalam senario 10 pilihan pasangan pengantin baru.

Seychelles


Terletak di Samudera Hindia. Seychelles menawarkan pantai dengan pasir putih, laut jernih, dan beberapa makanan segar yang unik. Pastinya anda tidak akan melupakan percutian yang akan diingati sampai bila-bila.

Mesir


Mesir adalah negara yang memiliki segalanya. Mulai dari tarikan Laut Merah, lokasi bawah laut yang menarik, hinggalah lokasi skuba bagi penggemar aktiviti laut. Mungkin tidak sehangat bulan madu di tempat lain, namun tempat bersejarah di sini pastinya memberikan memori indah untuk anda berdua.

Hawaii


Persisiran pantai yang menakjubkan, tradisi gunung berapi yang tidak dapat dilupakan, hutan menghijau, kehidupan orang asli Hawaii dan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan Hawaii menjadi lokasi yang tersenarai dalam 10 pilihan destinasi bulan madu. Selain pasir putih yang memikat, pastinya anda akan sentiasa mengingati memori di sini.

Fiji


Tiada kata untuk menggambarkan keindahan alam di Fiji. Dengan pulau-pulau kecil yang dianggarkan kira-kira 300 buah, pastinya Fiji menjadi tarikan utama untuk pasangan berbulan madu apatah lagi dengan kedamaian yang dicipta oleh pokok palma yang meliuk lentuk, laut yang membiru membuatkan anda berdua tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke sana.

Itali


Itali merupakan pilihan utama pasangan pengantin baru kerana keindahan alam semulajadi yang menakjubkan. Tanah datar Amore dengan pergunungan Alps dan nostalgia Bandar Rom adalah tarikan utama Itali. Apatah lagi, tentunya ia adalah percutian romantik dan klasik bagi mereka yang menggemari cerita dongeng.

Paris


Lokasi sempurna bagi pasangan pengantin baru ialah di Paris yang terkenal dengan jolokan kota cintanya dengan Menara Eiffel sebagai nadi kota Paris ini. Aliran sungai Seine dengan disinari cahaya mentari di kaki Menara Eiffel ini membuatkan pemandangan semakin romantis. Anda berdua boleh bercanda di taman, galeri-galeri dan menyaksikan pemandangan yang menarik. Apalagi jika anda berkelah di hamparan padang antara pepohonan yang mengelilingi lukisan menarik di jantung Perancis ini.

Jamaica


Terletak di Laut Karibia, Jamaica memiliki beberapa pantai yang paling indah di dunia yang tidak tercemar dengan arus kemodenan. Nikmatilah sehingga anda berdua mampu berkhayal dan terlena dalam dakapan angin yang lembut menyentuh anda berdua.

Marrakech, Morroco


Marrakech adalah lokasi bulan madu yang sempurna. Para pengunjung boleh berehat dan bersantai, sambil menikmati kelainan budaya yang luar biasa dan pemandangan kota yang sangat indah. Selain itu, hidangan masakan tempatan yang agak berbeza mampu memberikan persepsi yang menarik dalam percutian anda berdua nanti.

Thailand


Ramai pasangan pengantin baru dari negara Eropah menyukai Thailand kerana keindahan pulau dan pantainya yang semulajadi. Bagi mereka yang masih belum mengenali negara gajah putih ini, mungkin ini masa yang tepat untuk berbulan madu di sana yang terkenal dengan budayanya yang unik. Selain Bangkok yang merupakan syurga membeli belah bagi wanita, lokasi lain seperti Chiang Mai dan Krabi menjadi tarikan utama. 

Sumber: Majalah Nur


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails