31 December 2010

Tidak Perlu Ikut Status

Okey ni aku nak share sedikit tips tentang perkahwinan oleh Hushim Salleh iaitu seorang pakar motivasi dan kaunselor perkahwinan....korang kenal tak??? ala ada pernah keluar kat rancangan televisyen...

Isunya ialah tentang jumlah wang hantaran mengikut status...mengapa begitu jadinya sehinggakan untuk berkahwin pun perkara ini menjadi perkiraan....kalau kita tengok sekarang kan status selalu dikaitkan dengan kaum wanita....ia seiring dengan peningkatan jumlah wanita yang berpendidikan tinggi, berjawatan tinggi, dan pendapatan lumayan berbanding lelaki....

Don't talk too much!!! Cepat la senaraikan apa tipsnya :D

1. Jangan berdebat mengenai hantaran, sebaliknya berbincanglah dengan baik dan waras demi kebaikan semua.

2. Elakkan ukur nilai hantaran ikut kelulusan, pangkat anak-anak. Jangan terlalu memikirkan cakap-cakap masyarakat sekeliling, sebaliknya fikirkan mengenai anak-anak.

3. Anak-anak gadis perlu berani melahirkan pendapat mereka namun dengan cara yang baik.

4. Jika takut bersuara, sampaikan pendapat itu kepada keluarga terdekat yang boleh bertindak sebagai orang tengah.

5. Berdoa dan solat hajat memohon agar segalanya berjalan lancar.

 

29 December 2010

Ayam Goreng + Jalapeno Cheese

Sebenarnya entri ni dari malam tadi lagi nak tulis tapi dah ngantuk giler time tu....terus tak jadi....masuk bilik zzzzzzzzz hehe...maklum la lepas makan konpem ngantuk kan...

Actually malam tadi tengah sibuk-sibuk dok buat kerja tu tiba-tiba lapar giler....nasib baik la boleh control lagi tahap kelaparan tu...klu lapar tahap kritikal boleh jadi Parkinson aku ni hahaha......nak keluar malas sebab dah malam kan...lepas tu teringat ada ayam 5,6 ketul kat dalam freeze....apalagi terus siapkan kerja then masuk ke dapur...

Jeng...jeng...jeng.......................hasilnya...korang jangan jeles ye sebab konpem ramai yang suka benda warna kuning kat atas ayam tu ye...



Sebelum: - celup ayam dalam Tepung Goreng Ayam Adabi...yang bintik2 hitam tu sebab letak serbuk black pepper nak bagi rasa lain sikit...


Hehe ni la dia....walaupun ayam goreng tu gelap sikit tak secantik ayam goreng KFC tapi rasanya memang marveles sebab ada cheese yang warna kuning tu ye....nama dia Jalapeno Cheese....ala macam yang guna kat KFC tu letak atas cheezy wedges....then letak mayonis sekali.....memang makan sampai tak bersuara la...

Ok nanti ada makan-makan lagi update ye....ni la hobi aku tapi nasib baik la tetap maintain slim ^_^

27 December 2010

10 Lokasi Bulan Madu Popular Dunia

Bagi pasangan yang baru berkahwin sudah pasti merencana destinasi bulan madu bagi meluangkan masa untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Jika anda mampu, tiada salahnya untuk ke luar negara yang pastinya suasana dan lokasinya berbeza dari tempat sendiri. Di bawah ini disenaraikan 10 lokasi bulan madu yang popular di seluruh dunia.


Maldives 


Maldives adalah satu negara kecil di benua Asia, ia juga dikenali sebagai negara berkembang dengan pertumbuhan ekonomi yang terus naik dari tahun ke tahun. Di daerah ini, pasangan suami isteri boleh melakukan perjalanan meneroka keindahan alam saujana mata memandang. Walaupun ada beberapa kota seperti Venice yang disebut sebut sebagai kota romantis di dunia, kota ini tidak termasuk dalam senario 10 pilihan pasangan pengantin baru.

Seychelles


Terletak di Samudera Hindia. Seychelles menawarkan pantai dengan pasir putih, laut jernih, dan beberapa makanan segar yang unik. Pastinya anda tidak akan melupakan percutian yang akan diingati sampai bila-bila.

Mesir


Mesir adalah negara yang memiliki segalanya. Mulai dari tarikan Laut Merah, lokasi bawah laut yang menarik, hinggalah lokasi skuba bagi penggemar aktiviti laut. Mungkin tidak sehangat bulan madu di tempat lain, namun tempat bersejarah di sini pastinya memberikan memori indah untuk anda berdua.

Hawaii


Persisiran pantai yang menakjubkan, tradisi gunung berapi yang tidak dapat dilupakan, hutan menghijau, kehidupan orang asli Hawaii dan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan Hawaii menjadi lokasi yang tersenarai dalam 10 pilihan destinasi bulan madu. Selain pasir putih yang memikat, pastinya anda akan sentiasa mengingati memori di sini.

Fiji


Tiada kata untuk menggambarkan keindahan alam di Fiji. Dengan pulau-pulau kecil yang dianggarkan kira-kira 300 buah, pastinya Fiji menjadi tarikan utama untuk pasangan berbulan madu apatah lagi dengan kedamaian yang dicipta oleh pokok palma yang meliuk lentuk, laut yang membiru membuatkan anda berdua tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke sana.

Itali


Itali merupakan pilihan utama pasangan pengantin baru kerana keindahan alam semulajadi yang menakjubkan. Tanah datar Amore dengan pergunungan Alps dan nostalgia Bandar Rom adalah tarikan utama Itali. Apatah lagi, tentunya ia adalah percutian romantik dan klasik bagi mereka yang menggemari cerita dongeng.

Paris


Lokasi sempurna bagi pasangan pengantin baru ialah di Paris yang terkenal dengan jolokan kota cintanya dengan Menara Eiffel sebagai nadi kota Paris ini. Aliran sungai Seine dengan disinari cahaya mentari di kaki Menara Eiffel ini membuatkan pemandangan semakin romantis. Anda berdua boleh bercanda di taman, galeri-galeri dan menyaksikan pemandangan yang menarik. Apalagi jika anda berkelah di hamparan padang antara pepohonan yang mengelilingi lukisan menarik di jantung Perancis ini.

Jamaica


Terletak di Laut Karibia, Jamaica memiliki beberapa pantai yang paling indah di dunia yang tidak tercemar dengan arus kemodenan. Nikmatilah sehingga anda berdua mampu berkhayal dan terlena dalam dakapan angin yang lembut menyentuh anda berdua.

Marrakech, Morroco


Marrakech adalah lokasi bulan madu yang sempurna. Para pengunjung boleh berehat dan bersantai, sambil menikmati kelainan budaya yang luar biasa dan pemandangan kota yang sangat indah. Selain itu, hidangan masakan tempatan yang agak berbeza mampu memberikan persepsi yang menarik dalam percutian anda berdua nanti.

Thailand


Ramai pasangan pengantin baru dari negara Eropah menyukai Thailand kerana keindahan pulau dan pantainya yang semulajadi. Bagi mereka yang masih belum mengenali negara gajah putih ini, mungkin ini masa yang tepat untuk berbulan madu di sana yang terkenal dengan budayanya yang unik. Selain Bangkok yang merupakan syurga membeli belah bagi wanita, lokasi lain seperti Chiang Mai dan Krabi menjadi tarikan utama. 

Sumber: Majalah Nur


26 December 2010

Masalahnya Hebat Kerrrrr?????

Tidak kira siapa rakan sekerja anda....cuba hormati mereka walaupun setakat makcik cleaner....walaupun mereka hanya pak guard....mereka pun manusia macam kita jugak....kemuliaan manusia bukannya terletak pada jenis pekerjaan, taraf hidup atau harta yang ada....tapi terletak pada hati...

Jangan anggap apabila dah pegang jawatan besar, bergaji besar, berperut besar...kita dah cukup hebat....NO NO NO!!!

Bye :)


25 December 2010

3 Perkara Membahagiakan

Hayati pesanan Al Ghazali yang menyatakan, sebuah rumahtangga hendaklah dibina atas tiga struktur asas:

'al-sakinah' (ketenangan)
'al-mawaddah' (kemesraan)
'al-tarahum' (timbang rasa)

Asas pertama - ketenangan bermaksud hendaklah suami isteri berpuas hati dengan pasangannya. Mereka seharusnya tidak berminat dengan yang lain.

Kedua - kemesraan pula membawa pengertian suka dan duka secara bersama.

Ketiga - timbang rasa pula lebih banyak merujuk kepada akhlak yang mulia serta tahu bersyukur atas nikmat yang diperoleh. 

Sebuah rumahtangga yang berjaya didirikan di atas tiga struktur ini merupakan keluarga yang paling bahagia, malahan inilah keluarga yang mampu mengatasi segala cabaran hidup. Mereka adalah ibu bapa yang bakal melahirkan zuriat yang sihat dan keberkatan yang berpanjangan.

Harta benda dan kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan yang dicari. Kadang-kadang hidup di sebuah rumah usang, pasangan lebih mampu mengukir senyuman yang berterusan. 

Sumber: Majalah Nur


24 December 2010

Memori Kampus _ part 1

Ntah la kenapa lately aku terlalu rindukan kehidupan ku masa kat Sabah padahal dah 2 tahun lebih berlalu...rasa ingin jejakkan kaki ke sana lagi..tapi apakan daya dah tertulis rezeki aku kt KL ni...cuma sekarang ni tengah tunggu masa yang sesuai untuk ke sana balik tapi just untuk melancong je la...

Aku rindukan semua yang pernah hadir dalam hidup aku...lecturer2, coursemate , geng2 travel, geng2 makan sepinggan tido sebantal, roommate yang giler2...rindukan suasana kampus, kuliah, exam, library, lab, bas UMS...hahaha sebut bas teringat keganasan aku time berebut naik bas mmg diakui ramai...tak lupa juga sudah tentu rindukan Kota Kinabalu...

Apabila sunyi dok sorang2 mesti aku suka belek gambar2 lama time kat sana...sedih sob sob huhu...di sana tempat aku belajar berdikari, berani, tabah n terlalu banyak pengalaman yang terlalu bernilai...

Tiga tahun rasa macam terlalu lama sangat...tapi bila dah masuk tahun ke3 semester akhir...Ya Allah rasa sayu je sebab aku tahu tu la last aku kat situ...maknanya aku perlu tinggalkan dunia kampus dan melangkah ke dunia baru...

Dum dam dum dam berperang kat sana habis jugak belajar....

Julai 2005 - Mei 2008.....

Akhirnya 24 Ogos 2008....inilah hasilnya......


B.A Hons Psychology (Industrial & Organizational Psychology)


Baru lepas klua dewan...Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar

Depan Dewan Canselor

Bestpren aku...Ikin, mcDa, Mai, Jue & me

Me, mcDa, Mai, Sara, Nizam & Saiful

Bestpren makan2 n jalan....Lan

Heliza tumpang glemer aku hahaha

Ni la anjung kafe kolej kediaman aku...sebelum g dewan ambik gambar dulu ye..

Lepas dah settle semuanya...nak balik hostel...fuhhh penat

------------------------------------------------------------------------------
Hari kedua 25 Ogos 2008...hari yg penuh ngan kegilaan...bergambar dari pagi sampai maghrib...berenti rehat time solat zohor ngan asar je lps tu sambung lagi...abis 1 UMS kitaorg ronda sampai ke luar pagar...bayangkan UMS yang memang besar giler tu kitaorg jalan kaki ambik gambar kat setiap tempat hehe...naik bukit, turun bukit, panjat tangga tu tangga ni...macam2 aksi nasib baik tak guling2 macam citer hindustan...tak pasal2 nanti kena samak sebab kat sana banyak anjing hehe...




Best lepak kat sini...mengadap Laut China Selatan






Kan aku dah cakap sampai ke luar pagar ambik gambar hehe


Cukup2 la tu wei upload gambar!!!! Nak muntah dah orang tengok...dah la kat FB pun aku la ratu upload gambar hahaha...syhhhh banyak lagi gambar sepanjang 3 tahun kat sana...ok nanti kita sambung lagi ye dlm part akan datang (tengok mood n tahap kerajinan aku time tu)...

p/s: entri ni khas untuk kawan2 yang aku rindu...sayang korg muahhh!!! dan pembaca2 lain amnya...



Sapu Blog Bersawang

Hah lama giler aku tak update blog huhu...dh bersawang berhabuk blog ni aku tak sempat nak jenguk even sesaat pun...lagi beberapa hari nak masuk tahun baru akhirnya muncul jugak new entry walaupun tak penting...just pasal blog bersawang je...ok la tu drp tak ada langsung kan...

Bulan November langsung aku tak menulis apa-apa even 1 patah perkataan pun...

Satu je harapan menjelang tahun baru 2011 ni...aku nak update blog selalu, selalu, dan selalu ok....huahhhh penuh semangatnya kan...hope menjadi la....ok selamat kembali aktif blog, berblog, blogging, memblog or apa-apa blog ye Nik Azidah..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails