07 October 2010

Kasih Ibu

Malam ni tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis entry pasal kasih sayang ibu kepada anaknya. Aku hairan kenapa ramai anak-anak zaman sekarang sudah hilang rasa kasih terhadap ibu...kadang-kadang rasa sedih jugak bila ibu sendiri ditengking dan diherdik....belum ada lagi kes anak-anak yang buat perangai liar contoh yang agak ketara sekarang ialah lari dari rumah. Ingat sedap sangat ke hidup kat luar tu tanpa ibu bapa dan keluarga.

Sedarlah kamu semua kasih sayang ibu terhadap anak-anak lebih dari segalanya. Sanggup berkorban apa sahaja demi melihat kegembiraan dan kebahagiaan kita.

Aku jadi sedih bila tengok macam-macam berita sekarang ni. Sampai tak tau nak kata apa melainkan meminta mereka sedar betapa besarnya dosa yang dah dilakukan itu dan kembali bertaubat meminta ampun kepada ibu mereka sebelum terlambat.

Aku paling sakit hati bila tengok berita anak-anak remaja lari dari rumah ikut kekasih...Subhanallah minta dijauhkan la perkara-perkara macam tu jadi kepada aku Ya Allah. Ibu yang dah melahirkan dan susah payah membesarkan sanggup dibelakangi demi mengikut kekasih hati yang baru dikenali. Kalau nak tau yang kita keluar balik lambat pun ibu dah risau, apatah lagi keluar terus tak balik. Ibu di rumah hidup dengan air mata, risau, hilang selera makan, nak tidur pun tak nyenyak fikirkan nasib anak di luar sana. Ingatlah hidup anda tak akan senang sampai bila-bila. Bila susah keluarga jugak yang dicari.

Anak-anak yang bekerja dan berkeluarga lain pula halnya....ada yang sanggup menghantar ibu ke rumah orang tua dengan alasan tak ada masa nak jaga, leceh la, susah la. Sedarkah kamu bahawa dari dalam kandungan selama 9 bulan sehinggalah dilahirkan, ibu kamu sanggup bersusah payah dan menderita untuk menjaga kamu dengan sempurna dengan harapan kamu akan menjadi anak yang mempunyai kehidupan yang baik dan berjaya. Tapi apa balasan kamu...mengabaikan ibu sendiri.

Aku setiap hari berdoa untuk kesejahteraan kedua ibu bapa, nak melihat mereka gembira dan senang setelah sekian lama bersusah payah menjaga, mendidik, mengasuh, dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Aku bersyukur kerana berkat kasih sayang ibu bapa aku mampu berada pada tahap sekarang walaupun belum membanggakan.

Ingatlah setitik air mata ibu menitis jangan harap la nak cium bau syurga. Hargailah ibu bapa ketika mereka masih ada di dunia ini. Tiada apa yang diharapkan oleh mereka melainkan anak-anaknya menjadi manusia yang taat, beriman, berguna dan berjaya dunia akhirat.


 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails