07 October 2010

Kasih Ibu

Malam ni tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis entry pasal kasih sayang ibu kepada anaknya. Aku hairan kenapa ramai anak-anak zaman sekarang sudah hilang rasa kasih terhadap ibu...kadang-kadang rasa sedih jugak bila ibu sendiri ditengking dan diherdik....belum ada lagi kes anak-anak yang buat perangai liar contoh yang agak ketara sekarang ialah lari dari rumah. Ingat sedap sangat ke hidup kat luar tu tanpa ibu bapa dan keluarga.

Sedarlah kamu semua kasih sayang ibu terhadap anak-anak lebih dari segalanya. Sanggup berkorban apa sahaja demi melihat kegembiraan dan kebahagiaan kita.

Aku jadi sedih bila tengok macam-macam berita sekarang ni. Sampai tak tau nak kata apa melainkan meminta mereka sedar betapa besarnya dosa yang dah dilakukan itu dan kembali bertaubat meminta ampun kepada ibu mereka sebelum terlambat.

Aku paling sakit hati bila tengok berita anak-anak remaja lari dari rumah ikut kekasih...Subhanallah minta dijauhkan la perkara-perkara macam tu jadi kepada aku Ya Allah. Ibu yang dah melahirkan dan susah payah membesarkan sanggup dibelakangi demi mengikut kekasih hati yang baru dikenali. Kalau nak tau yang kita keluar balik lambat pun ibu dah risau, apatah lagi keluar terus tak balik. Ibu di rumah hidup dengan air mata, risau, hilang selera makan, nak tidur pun tak nyenyak fikirkan nasib anak di luar sana. Ingatlah hidup anda tak akan senang sampai bila-bila. Bila susah keluarga jugak yang dicari.

Anak-anak yang bekerja dan berkeluarga lain pula halnya....ada yang sanggup menghantar ibu ke rumah orang tua dengan alasan tak ada masa nak jaga, leceh la, susah la. Sedarkah kamu bahawa dari dalam kandungan selama 9 bulan sehinggalah dilahirkan, ibu kamu sanggup bersusah payah dan menderita untuk menjaga kamu dengan sempurna dengan harapan kamu akan menjadi anak yang mempunyai kehidupan yang baik dan berjaya. Tapi apa balasan kamu...mengabaikan ibu sendiri.

Aku setiap hari berdoa untuk kesejahteraan kedua ibu bapa, nak melihat mereka gembira dan senang setelah sekian lama bersusah payah menjaga, mendidik, mengasuh, dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Aku bersyukur kerana berkat kasih sayang ibu bapa aku mampu berada pada tahap sekarang walaupun belum membanggakan.

Ingatlah setitik air mata ibu menitis jangan harap la nak cium bau syurga. Hargailah ibu bapa ketika mereka masih ada di dunia ini. Tiada apa yang diharapkan oleh mereka melainkan anak-anaknya menjadi manusia yang taat, beriman, berguna dan berjaya dunia akhirat.


 

02 October 2010

Pengajaran Bermakna



Rindunya aku kat lagu dan juga video klip ni. Dulu masa study kt UMS aku ni memang aktif giler la dalam persatuan, program itu program ini...masuk ke kampung dan sekolah sana sini untuk buat aktiviti-aktiviti kebajikan, kemasyarakatan, dan juga program motivasi.

Nak dijadikan cerita...dalam banyak-banyak program yang kitaorg anjurkan inilah program motivasi yang sampai sekarang melekat dalam jiwa aku...iaitu program Delegasi Titisan Ilmu Anak-Anak Kelantan (DETIM) di SMK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan...program ni kitaorg buat masa cuti semester pada tahun kedua pengajian...psssttttt video klip tu bukan kami yang buat ye just pinjam untuk program tu je hehehe...

Memang sedih giler la setiap kali bukak lagu tu bukan budak-budak sekolah je yang nangis...dengan aku sekali sebagai fasilitator program pun ikut menangis hahahaha...fasilitator lelaki plak control macho padahal mata dah merah...masa hari last iaitu hari perpisahan kitaorg jemput semua ibu bapa untuk bersama anak-anak...ada ceramah dan bacaan ikrar dari wakil pelajar sekali lagi lagu ni dimainkan...dengan ibu bapa sekali turut mengalirkan air mata...dalam program tu ada ketikanya bergelak ketawa...adakalanya sedih...tapi yang penting setiap pengisian program membawa seribu pengalaman, pengajaran, dan keinsafan kepada semua.

Harap korang dapat menghayati setiap patah lagu ni dan bersyukurlah yang kita masih mempunyai ibu bapa...kepada yang telah kehilangan ibu bapa doakan kesejahteraan mereka di sana kerana tiada apa yang dibawa kecuali doa anak-anak yang soleh. Hargailah dan berbuat baiklah kepada mereka selagi masih ada. Harapan aku juga agar adik-adik yang berada di bawah bimbingan kami dulu berjaya dunia dan akhirat. Gembirakanlah hati ibu bapa kerana tiada yang lebih penting untuk mereka selain dari melihat kejayaan anak-anaknya.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails