02 June 2010

Solat Hajat Untuk Aktivis ke Gaza

Semua masjid dan surau di seluruh negara diminta melakukan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah pada malam ini bagi mendoakan semoga aktivis yang menghantar bantuan keselamatan ke Gaza dilindungi Allah. Tindakan segera itu digerakkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) susulan serangan tidak bertamadun tentera Israel terhadap kapal sukarelawan Malaysia yang menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza kelmarin.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata usaha itu dilakukan bagi mendoakan keselamatan sukarelawan yang terbabit dalam usaha menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Usaha (solat hajat) itu perlu dilakukan segera dan memohon perlindungan Allah bagi sukarelawan berkenaan sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam daripada kekejaman rejim Israel," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berharap solat hajat itu boleh dilakukan serentak selepas solat Maghrib pada Selasa dan diteruskan pula selepas solat Jumaat nanti.

Sumber: Harian Metro (1 Jun 2010) 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails