11 June 2010

Kembalilah Kepada Fitrah

Pada yang mempunyai harta melimpah
Hulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang gagah, sihat dan kuat
Berilah tenaga dan keringat

Pada yang berbakat dan cendekiawan
Murahlah dengan khidmat dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
Bersedekahlah dengan senyuman

Semua kita harus pemurah
Memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Allah
Sebagai perantara rahmat dan barakah

Di dunia menyemai kebaikan
Di akhirat nanti menuai keredaan
Di sini tempat bekerja memerah tenaga
Di sana tempat berehat menikmati syurga

Dunia ini medan mujahadah
Satu mujahadah kembali ke fitrah
Perjuangan memang pahit
Kerana syurga itu manis
Susah di dunia-menempuh ujian
Senang di akhirat-menempah kejayaan!

Petikan: Buku bertajuk 'Di Mana Dia Di Hatiku', hasil tulisan Pahroi Mohd Juoi, terbitan karya Bestari.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails