28 June 2010

Saya Kembali Lagi

Hai kawan2 blogger....sorry banyak hari saya menyepi...tak sempat nak update blog dengan entri terbaru nasib baik tak bersawang blog saya ni....and sorry juga sebab tak sempat nak melawat sambil skodeng blog kawan2 semua...lepas ni saya sambung kembali melawat anda semua ok :)

Saya agak sibuk sikit dalam seminggu ni sebab terpaksa setting projek bisnes terbaru saya iaitu jualan borong set cadar, comforter, dan dress/pakaian wanita. Sebelum ini saya buat jualan secara runcit sahaja untuk barangan tersebut. Kini Alhamdulillah saya dah buka peluang kepada sesiapa yang nak bisnes secara kecil-kecilan sambil tambah pendapatan ok...Kalau sesiapa berminat boleh la hubungi saya melalui email missnick84@yahoo.com / Facebook / sms ke 019-2615379..



22 June 2010

Hati hati semua dengan FACEBOOK !

Ye hati hati dengan FACEBOOK...kenapa?

Saspen je kan....takde apa yang bahaya pun dengan facebook...yang bahayanya adalah orang menggunakannya ke arah yang negatif...

Post status memaki hamun orang lain....mencarut carut bagai.....menyebarkan cerita dan berita palsu....sampai menimbulkan huru hara...

Jadi tempat melepaskan geram dan membalas dendam....contohnya gunakan gambar orang yang dibenci untuk tujuan tak elok...memalukannya di facebook...lepas tu di share oleh pelbagai pihak...

Teknologi tu akan jadi baik kalau kita gunakannya ke arah yang baik....kalau guna ke arah yang negatif maka negatif la jadinya....lepas tu salahkan kecanggihan teknologi...pokok pangkalnya terletak pada manusia itu sendiri...kita yang membuat pilihan...tepuk dada tepuk kepala....ada otak boleh fikir kan....sekian :)


Award From Masturah Idrus


1. Anda mesti memuji si pemberi award.

Thanks Masturah Idrus bagi award ni...blog Masturah comel n simple...good luck study baik2 n teruskan blogging k

2. Sila beri award ini kepada 10 bloggers yang lain.
http://rinieescorner.blogspot.com/
http://contenghidup.blogspot.com/
http://nothingzorro.blogspot.com/
http://penulisanseni.blogspot.com/
http://nash121.blogspot.com/
http://azimask.blogspot.com/
http://kakciknurseroja.blogspot.com/
http://adzharpowdzi.blogspot.com/
http://princessredbloodsnow.blogspot.com/
http://ajuera-story.blogspot.com/

3. Anda mesti memberitahu kepada 10 blogger tadi.
Dah settle

4. Bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best, great.
Ntah la x tau nape...blog ni simple kot hehe...baru je start buat blog personal dh dpt award...blog bisnes x pernah2 dpt award pun tp dpt duit hehe

18 June 2010

Spam Menyepam!!!!

Haaa ni dia nak pesan kepada mereka yang dok kalut nak jadi Internet Marketer tu tolong la jangan dok SPAM email orang lain dengan produk-produk or program-program yang entah apa-apa tu....aduiiii macam-macam program untuk dapat duit dengan cara senang diaorg promote...daftar RM20 dapat Rm5000 sebulan la...login facebook dapat RM100 la...setiap masa duit masuk ke akaun la tak payah nak kerja sungguh-sungguh...dok depan laptop or pc pun dapat duit...belum lagi dengan ebook-ebook sampah tu...dlm 1 hari boleh dapat lebih 10 email yang sama...giler takde keje ke apa....AKU EMO skit ni hehe.......

Kalau macam tu tak payah korang dok sibuk-sibuk lagi nak keje 5,6 hari seminggu dari pagi sampai petang kalau dah benda tu banyak untung...buat susah je kan....dok canang sana sini tapi aku tengok korang tak kaya-kaya jugak dok macam tu je huhuhu...

Kenapa la wujud Internet Marketer yang macam ni ye...dok hantar email ke alamat-alamat email orang lain tanpa diminta...tu la orang sibuk nak bisnes dia pun sibuk nak bisnes jugak...kesudahannya korang pikir la sendiri!!!!!

So kalau nak jadi IM tu biar la dengan cara yang berhemah sikit ok...jangan la buat macam ni..

Aku cukup kagum dengan Internet Marketer yang memang bersungguh-sungguh berusaha dengan jalan yang betul...so kalau nak jadi IM yang baik selalu la belajar dan mengikuti perkembangan mereka...contohnya Zamri Nanyan, Zul SmartUsaha, dan ramai lagi...hehe jangan marah ye kalau ada yang terasa...sekadar luahan :)

16 June 2010

Si Cilik Pintar, Terang Hati

Pertuturannya mungkin kurang sempurna, namun Darwisya Adriana Rozali yang baru berusia tiga tahun lapan bulan sudah mampu menghafaz 30 surah pendek dalam al-Quran. Malah, si comel itu juga adakala mengajar adiknya, Darwish Adrian, 2, mengaji manakala Darwish Adrian sendiri sudah boleh menghafaz surah al-Waqiah walaupun hanya mampu membaca pada hujung ayat. Menurut ibu dua beradik ini, Mazlina Ramli, lewat 30-an, ketika berusia dua tahun lapan bulan, Darwisya Adriana sudah menghafaz lapan surah pendek dan pada usia tiga tahun dua bulan, dia sudah boleh menghafaz 30 surah pendek. Kata Mazlina, kelahiran Darwisya tiada beza dengan bayi lain, malah dia sendiri tidak mengalami sebarang alahan atau tanda pelik. Anak sulungnya itu sendiri lambat berjalan dan bertutur. “Namun, sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkannya ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor. Mazlina yang menjalankan perniagaan sendiri berkata, setiap pagi anaknya diperdengarkan bacaan al-Quran terlebih dulu sebelum mereka mula menonton televisyen. Pada waktu malam, dia mengambil masa 30 minit sehingga satu jam untuk mengajar anaknya mengaji mengikut kaedah Iqra’. Baginya, tiada rahsia besar di sebalik keupayaan anak-anaknya itu kerana semua ibu boleh memiliki anak seperti Darwisya Adriana asalkan ia disertai teknik pembelajaran tepat.
Pada waktu malam, dia mengambil masa 30 minit sehingga satu jam untuk mengajar anaknya mengaji mengikut kaedah Iqra’.

Baginya, tiada rahsia besar di sebalik keupayaan anak-anaknya itu kerana semua ibu boleh memiliki anak seperti Darwisya Adriana asalkan ia disertai teknik pembelajaran tepat.
“Asalnya saya mahu menghantar anak saya mengaji al-Quran di tempat yang menyediakan perkhidmatan itu, namun tiada seorang pun yang sanggup mengajar Darwisya Adriana yang ketika itu baru berusia setahun.

“Justeru, saya mula mencari kaedah sesuai mengajar anak bermula daripada lahir sehingga usia tiga tahun,” katanya.

Mazlina menggunakan set buku dan VCD Al-Furqan bermula sejak bayi sehingga kedua-dua anaknya mengenal huruf dan boleh membaca.

Selepas set berkenaan habis dibaca, dia menyambung kepada buku Iqra’ jilid satu hingga enam dan untuk hafazan, dia menggunakan kaedah Al-Huffaz iaitu buku hafazan untuk satu juzuk dalam satu set.

“Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid sempurna, saya selalu memperdengarkan pada mereka bacaan al-Quran daripada VCD pada setiap pagi dan Maghrib.

“Dia sendiri akan tahu bacaannya salah kerana selalu mendengarnya daripada VCD,” katanya.

Kemampuan Darwisya Adriana turut diuji Akademi Darul Huffaz yang terletak di Kajang serta mendapat sijil hafazan 30 surah terakhir daripada akademi terbabit.

“Tentunya ini satu pencapaian yang amat membanggakan saya. Saya berharap anak saya dapat khatam al-Quran sebelum usianya mencecah empat tahun,” katanya.

Mazlina juga amat mementingkan pemakanan untuk anak-anaknya kerana makanan yang terjamin halal wajib untuk penghafaz al-Quran.

Antara makanan yang biasa diberikan untuk anaknya ialah kacang badam, kismis, kurma, madu, habbatus sauda, buah zaitun dan air yang dibaca dengan surah Taha.
Sumber: Harian Metro
missNick; sejuk perut ibu mengandung...teringin nak ada anak-anak macam ni..insya Allah dengan didikan yang baik berteraskan agama sejak dari kecil mereka akan cemerlang dunia akhirat...Amin


****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
 
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)
 
****************************************
 

13 June 2010

Jangan Lupa Sikat Rambut

Menyikat rambut melancarkan aliran darah dan nutrien di kulit kepala dan batang rambut umpama mengurut kepala. Menyikat rambut sebelum bersyampu akan menyalurkan minyak dari kulit kepala ke batang rambut menjadikan rambut lebih sihat. Bongkokkan badan dan biarkan rambut jatuh ke depan. Mulakan dengan menyikat dari bahagian tepi telinga ke tengah kepala. Angkat badan dan sikat rambut dari atas kepala hingga ke hujung. Lakukan 20 kali. Paling baik lagi jika anda menggunakan sikat besar yang giginya diperbuat daripada kayu yang berhujung tumpul.




Okey dan lagi satu dengan rajin menyikat rambut dapat mengelakkan rambut korang jadi menggerbang macam Kak Limah...kenal tak siapa? glemer uolsss dia ni...atau kalau tak nak Kak Limah kan jadi Lion King pun boleh.

Khasiat Kulit Kayu Manis

Kulit Kayu Manis Rendahkan Gula Dalam Darah - Sukar dipercayai? Tetapi itulah hakikatnya. Sebenarnya fakta ini telah dijumpai secara tidak sengaja oleh USDA apabila mereka memilih pai epal yang mengandungi khasiat kulit kayu manis untuk menguji kesan diet 'low-chromium' terhadap penyakit diabetes. Mulanya mereka menyangka yang pai epal ini pasti memberikan kesan negatif terhadap insulin.Rupa-rupanya inilah makanan terbaik yang mampu menghalang risiko diabetes. Menarik kan? Terbukti herba semulajadi yang kita tidak sangka mampu memberikan pelbagai manfaat kepada kita.



11 June 2010

Kembalilah Kepada Fitrah

Pada yang mempunyai harta melimpah
Hulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang gagah, sihat dan kuat
Berilah tenaga dan keringat

Pada yang berbakat dan cendekiawan
Murahlah dengan khidmat dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
Bersedekahlah dengan senyuman

Semua kita harus pemurah
Memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Allah
Sebagai perantara rahmat dan barakah

Di dunia menyemai kebaikan
Di akhirat nanti menuai keredaan
Di sini tempat bekerja memerah tenaga
Di sana tempat berehat menikmati syurga

Dunia ini medan mujahadah
Satu mujahadah kembali ke fitrah
Perjuangan memang pahit
Kerana syurga itu manis
Susah di dunia-menempuh ujian
Senang di akhirat-menempah kejayaan!

Petikan: Buku bertajuk 'Di Mana Dia Di Hatiku', hasil tulisan Pahroi Mohd Juoi, terbitan karya Bestari.


10 June 2010

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER


Kepada sesiapa yang masih belum join Kelab Blogger di Facebook tu jom la pakat-pakat join. Boleh menambah ahli kat blog dan berkenalan dengan para blogger lain. Selain itu kita juga boleh bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain kerana lain blogger lain pemikiran dan ceritanya. Saya ingin mengalu-alukan para blogger lain untuk join jadi follower di blog saya yang tak seberapa ni sambil berkongsi maklumat terkini. Kata orang tak kenal maka tak cinta :) 

Langgar Lampu Isyarat

Aku cukup tak suka tak suka dan tak suka bila ada manusia yang tak berhemah dan tak beretika di jalanraya. Pandu kereta macam jalan tu dia yang punya. Nak tunjuk terer atau hebat di jalanraya?????? Tak ada lesen memandu yang sah????? Hummm ntah la manusia macam-macam...

Ada pemandu yang nak masuk atau keluar simpang main redah macam tu je tanpa beri isyarat kiri kanan...padahal bukan susah pun. Ada jugak yang memotong kenderaan lain di hadapan dengan sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Keselamatan diri dia sendiri tak payah nak fikirla sebab dia pun tak sayang nyawa sendiri. Kerana sikap segelintir pemandu yang pentingkan diri sendiri ada nyawa lain yang melayang.


Apa yang nak ditekankan kat sini ialah pasal pemandu yang suka langgar lampu isyarat. Setiap kali nak melintas jalan kat traffic light dpn CIMB Pandan Indah ni setiap kali tu la aku jumpa dengan pemandu-pemandu yang macam tu. Dah tau lampu merah dan ada isyarat melintas untuk pejalan kaki tu berhenti je la...ini tak dengan selambanya terus jalan laju plak tu. Adakah tidak sempat berhenti atau sengaja melanggarnya atas sebab-sebab tertentu.


Tapi takkan tak nampak orang ramai tengah tunggu isyarat melintas kat tepi jalan tu dan sah2 la bila keluar je isyarat tu orang nak melintas. Atau korang ingat mereka tengah dok bilang kereta yang lalu lalang atau tengah dok catat masa yang diambil oleh lampu isyarat untuk bertukar warna?????? Atau adakah anda sememangnya buta warna?????

Di sini aku nak siarkan sedikit kisah mengenai akibat langgar lampu isyarat ni...semoga jadi ikhtibar untuk semua...

Suatu Hari…….Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

 
Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. “Ah, takkan nak brake mendadak,” fikirnya sambil terus memandu laju.

 
Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

 
Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat-cepat keluar sambil melambai mesra. “Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa…last jumpa masa aku kawen dulu”

 
“Aku baik je.” Tanpa senyum.

 
“Alahai…aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah.”

 
“Oh ye ke?” Nampaknya Jamal ragu.

 
“Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu ”

 
“Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau…selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini.”

 
Harun mesti ganti strategi.

 
“Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala.” Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

 
“Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan.”

 
Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.
Diturunkan tingkap sedikit saja.

 
“Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman.” Fikir Harun.

 
Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal. Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa?

 
Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal. 


“Harun…Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt.
 
Berhati-hatilah ketika memandu Run” – Jamal

 
Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

 
Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.


Hummm tak pasal2 teremosional plak haha...
 

09 June 2010

Hikmah Di Sebalik Gagal

TIDAK dapat dinafikan, kegagalan adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan. Kesakitan hasil daripadanya boleh menyebabkan seseorang sangat terganggu fizikal, mental, malah juga spiritual.

Daripada sudut mental, selain menjadi seseorang dan sesuatu yang boleh dipersalahkan, ada kalanya ramai juga akan mengutuk diri sendiri atas kegagalan yang menimpa.

Kutukan demi kutukan terhadap diri sendiri akhirnya bakal memakan dan membarahkan lebih banyak kekecewaan hingga membawa kepada putus asa. Menerima diri sebagai terus gagal dan akan terus terbuang, diri akan terus menjauhi masyarakat kerana terasa kerdil dan malu atas kegagalannya.

Daripada sudut fizikal, bagi segelintir individu, selera menurun hingga membawa implikasi kesihatan tubuh. Manakala yang lain pula sebaliknya bertambah selera makan akibat kegagalan, juga membawa kesan negatif kepada kesihatan fizikalnya. Akhirnya, tanpa kesihatan fizikal, mental dan minda turut merosot. Kesudahannya, kedua-duanya rebah dan sukar bangkit kembali.

Daripada sudut spiritual pula, kegagalan boleh mendatangkan dosa. Ia juga boleh menambah pahala dan iman seseorang. Saya pernah bertemu seseorang yang gagal dalam PhD, terhakis keyakinannya terhadap konsep qada’ dan qadar Allah SWT. Imannya tergoncang.

Tidak kurang ada yang menyalahkan Allah SWT ketika menghadapi sesuatu kegagalan. Akhirnya, dia terus jatuh daripada sudut spiritualnya, kejatuhan bersama mental dan fizikal, sukar dirawati.

Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi sebab seseorang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kembali kepada jalan lurus selepas bengkok lalu dia kembali bangkit dengan azam, rancangan dan laluan yang baru, lalu dia berjaya.

KEGAGALAN DAN SAYA. Saya pernah gagal dalam banyak perkara, namun syukur kerana ia tanda kita perlu membuat perubahan yang besar bagi memperbetulkannya.

Tanpa usaha itu, kegagalan akan terus bernanah dan membunuh. Biasanya, satu perubahan itu sangat perit dan berat lagi kurang selesa. Walau sukar dan berat, ia satu kemestian. Hasilnya, apabila tepat cara pengendalian kegagalan dan perubahan yang diperlukan, ia akan membuahkan hasil lebih baik.

Tatkala itu baru kita sedari, rupa-rupanya kegagalan itu adalah satu titik kepada penyambungan titik lain dalam kehidupan kita. Ia seperti satu simpang yang menjauhkan kita daripada kesesatan atau melorongkan kita kepada satu laluan yang lebih baik untuk masa depan.

Saya teringat betapa kecewanya saya apabila tidak berjaya menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda di Timur Tengah. Sekarang saya sedar dan tahu betapa besar hikmah untuk saya belajar di Universiti Malaya (UM), segala pengalaman yang diperoleh itu banyak mencorak kehidupan saya selepas itu.

Akhirnya, selepas tiga tahun menamatkan pengajian di UM, saya berjaya ke Jordan, bukan untuk peringkat Sarjana Muda tetapi Sarjana. Banyak perkara dan jenis kegagalan dan saya kini sedar hikmah dan kebaikan daripadanya, namun ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.

Apapun, semua jenis kegagalan yang menimpa memerlukan satu proses perit yang lain. Bukankah Allah SWT sudah mengingatkan: “Sesungguhnya dengan kesukaran itu adalah kesenangan.” Apa yang mesti dan pasti, kita mesti meyakini kegagalan itu adalah satu proses yang perlu ditangani secara positif.
Ia ibarat satu konflik yang mendesak minda dan akal kita untuk lebih agresif dan kreatif bagi mencari jalan keluar.

Tanpa disedari, rupa-rupanya tanpa kegagalan, kita mungkin akan berterusan di takuk lama dan kurang kreatif.

UCAPAN STEVE JOBS YANG HEBAT. Ketika saya menulis ini, saya sangat kagum dengan tips dan nasihat Steve Jobs, Pegawai Eksekutif syarikat ternama dunia, Apple dan Pixar. Pengasas iPhone, iPod juga iPad.

Jobs menceritakan bagaimana beliau gagal di universiti yang akhirnya membuahkan idea penciptaan perisian dan komputer Macintosh, satu revolusi dalam dunia komputer, malah ia adalah idea yang kemudian ditiru oleh Bill Gates, pengasas Microsoft, dengan sedikit perubahan.

Beliau menceritakan bagaimana pada umur 30 tahun, akibat kebuntuan syarikat yang diasaskannya iaitu Apple, lembaga pengarah syarikat menolaknya keluar dari syarikat berkenaan.

Hasil kegagalan itu, lahirlah revolusi kartun moden menggunakan animasi komputer. Lahirlah animasi ‘Toy Story’ yang sungguh popular. Jika tidak kerana kegagalan pertama, revolusi animasi seperti Toy Story mungkin belum pasti bila akan wujud.

Selain itu, pelbagai nasihat lain diberi oleh Jobs dalam ucapannya, termasuk memastikan kita sudah menjumpai kerja dan bidang yang kita cinta juga minat.

Tanpa minat dan kecintaan kepada tugasan kita, setiap kerja akan menjadi beban. Namun bagi Muslim, minat itu mestilah dipastikan TIDAK BERLANGGAR dengan hukum Islam. Apabila haram, ia wajib diubah kepada yang halal.

Ucapan beliau semakin menarik apabila mendedahkan bagaimana perasaan ‘berasa akan mati’ memotivasikan diri untuk membuat keputusan tepat dalam kehidupan.

Jobs berkata: “Mengingati yang saya akan mati tidak lama lagi adalah alat utama yang saya tidak pernah temui untuk membantu saya membuat keputusan penting dalam kehidupan.

“Ini kerana, hampir keseluruhan kepelbagaian perasaan luaran akan hilang di ambang kematian, yang tinggal hanya perkara paling penting.

“Mengingati anda akan mati adalah cara yang saya tahu paling baik untuk mengelak diri anda terperangkap dalam pemikiran anda akan kehilangan sesuatu,” katanya.

Dalam Islam, kematian memang sudah lama dijadikan prinsip oleh Rasulullah SAW untuk diterapkan kepada umatnya supaya berusaha berfikir sesuatu yang lebih penting dan meninggalkan yang tidak penting serta kurang penting.

Bagi umat Islam, yang paling penting adalah apa yang akan kita bawa selepas mati. Justeru, fikirkan dan berubahlah. Jangan menganggap kegagalan itu sesuatu yang terlalu besar, jadikan ia kunci untuk kejayaan seterusnya.

Benar, apa saja kegagalan boleh diatasi kesan buruknya sehingga dilihat kerdil dan kecil serta boleh diatasi JIKA KITA MENYEDARI. Kematian itu pasti dan sesuatu perlu dilakukan segera untuk mempersiapkan diri kepadanya.

Akhirnya, kegagalan jangan dicari tetapi apabila ia datang, ia tanda satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, mengubah zon selesa yang lapuk kepada satu zon baru yang tidak lagi gagal.

Jadikan kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuh luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat. Sesungguhnya orang mukmin itu tidak sedih dan tidak takut kecuali kepada Allah SWT.

Sumber: Harian Metro (14/02/2010)


07 June 2010

Prinsip Perniagaan Cina

Tadi masa tengah dok cari-cari info pasal bisnes aku terjumpa 1 post yang menarik minat aku kat blog seseorang...post ni dah lama tahun 2006 tapi apapun aku nak kongsi jugak kat sini dengan semua orang dan juga sebagai peringatan untuk diri aku sendiri...

Dari buku Aw Wan Seng, seorang muallaf:-
Jangan terlalu cepat berbelanja dan bergaya, biar stabil dahulu baru tukar kereta. Kalau ikut Islam, bersederhanalah walaupun kaya. Ambil dunia tapi jangan cinta dunia.

Jangan kedekut bagi angpow (kalau org islam sedekah/zakat/infaq). Orang Cina percaya bila beri wang dapat wang…begitu juga orang Islam, bagi derma, Allah ganti, zakat menyuburkan harta dan membawa berkat.

Jangan putus asa...Biar rugi atau jatuh dalam bisnes, yang manis itu bila dapat bangun kembali (begitu juga dalam Islam, putus asa adalah satu dari perkara yang boleh membatalkan iman).

Pengasas Jobstreet juga seorang Cina. Jobstreet.com tidak balik modal sehinggalah 6 tahun beroperasi. Prinsipnya bisnesnya - buatlah sesuatu yang boleh menolong masyarakat. Dalam contoh Jobstreet, tolong orang cari kerja yang dia suka dan minat. Katanya hasil dan pulangan akan datang kemudian…Buat baik dan ikhlas, Allah akan balas dengan pelbagai kebaikan.


02 June 2010

Solat Hajat Untuk Aktivis ke Gaza

Semua masjid dan surau di seluruh negara diminta melakukan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah pada malam ini bagi mendoakan semoga aktivis yang menghantar bantuan keselamatan ke Gaza dilindungi Allah. Tindakan segera itu digerakkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) susulan serangan tidak bertamadun tentera Israel terhadap kapal sukarelawan Malaysia yang menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza kelmarin.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata usaha itu dilakukan bagi mendoakan keselamatan sukarelawan yang terbabit dalam usaha menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Usaha (solat hajat) itu perlu dilakukan segera dan memohon perlindungan Allah bagi sukarelawan berkenaan sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam daripada kekejaman rejim Israel," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berharap solat hajat itu boleh dilakukan serentak selepas solat Maghrib pada Selasa dan diteruskan pula selepas solat Jumaat nanti.

Sumber: Harian Metro (1 Jun 2010) 

01 June 2010

Makan Tanah

Harian Metro hari ini melaporkan satu kisah yang agak pelik sikit sebab berlaku di Malaysia yang memang kaya dengan makanan. Empat budak dimasukkan ke hospital kerana makan tanah. Agak lucu bunyinya sebab tak pernah dengar cerita-cerita macam ni. Aduh apa nak jadi la dalam banyak-banyak makanan tanah jugak yang dijadikan makanan....emmm. Kalau budak umur setahun ke boleh terima lagi la kalau makan tanah ni sebab mereka tak tau apa-apa...tapi ini dah kira besar la umur 9 tahun dah boleh beza makanan dengan tanah. Tak pasal-pasal kan dah kena penyakit. Berikut adalah petikan dari berita tersebut....

SUNGAI PETANI: “Saya suka makan tanah, biarpun ia keras tapi sedap,” kata I Yogeswary, 9, seorang daripada empat budak yang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, kerana dijangkiti kuman selepas dipercayai memakan tanah.

Empat kanak-kanak perempuan berusia antara enam hingga sembilan tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya akibat jangkitan kuman kerana dipercayai makan tanah sejak beberapa bulan lalu.

Kanak-kanak itu ditemui di rumah mereka di Kampung Padang Lembu, Jalan Jeniang, dekat sini, dua hari lalu oleh beberapa ahli parti MIC yang membuat program pemeriksaan kesihatan di kampung berkenaan pada 28 Mei lalu sebelum dikejarkan ke hospital.

Selain Yogeswary, dua adiknya Nageswati, 7, dan Ganggadevi, 6, serta seorang saudara mereka Vikneswary, 9, kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital berkenaan sejak tiga hari lalu.

Yogeswary berkata, dia bersama dua lagi adiknya serta seorang saudaranya memakan tanah merah yang diambil di depan rumah dan perbuatan itu dilakukannya setiap hari sejak setahun lalu tanpa pengetahuan ibu bapa.

“Setiap hari kami mengambil tanah itu dan memasukkannya ke dalam poket seluar bagi mengelak dilihat bapa sebelum masuk ke dalam bilik dan memanggil adik serta saudara untuk makan tanah itu bersama,” katanya, semalam.

Pengarah HSAH, Dr Hariff Fadzilah Hashim yang dihubungi berkata, kanak-kanak terbabit dimasukkan ke hospital itu tiga hari lalu selepas mengalami pelbagai penyakit seperti kurang darah, jangkitan kuman dan kurang zat.

“Bagaimanapun, keempat-empat mereka stabil tetapi, kami masih membuat kajian mengenai punca penyakit mereka,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails