05 November 2016

Daging Goreng Berempah

Assalamualaikum...

Lamanya aku tak update blog kan. Last update 18 Julai tapi masih Julai 2016 la bukan tahun lepas. Sebenarnya aku dah berhenti kerja pada 30 September 2016. Alhamdulillah salah satu wish list aku tercapai. Impian itu dah lama sebenarnya cuma aku perlukan masa untuk membuat persediaan. Okay la kita cerita dalam posting lain kisah berhenti kerja tu ye.

Semalam aku ada masak Daging Goreng Berempah. Alhamdulillah menjadi dan sedap juga la, tiba-tiba puji masakan sendiri haha lantak la. Sebab dia sedap jadi aku nak kongsikan resepi tu kat sini.

Jom tengok apakah bahan-bahan untuk masak Daging Goreng Berempah. Cara-cara masak tengok gambar ye.


Bahan A
- 400 gram daging
- 1 labu bawang besar Holland (dipotong gelang)
- 2 biji tomato (dipotong 4)
- 3 tangkai daun kari
- Sedikit minyak masak
- Garam secukup rasa
.
Bahan B (dikisar)
- 1 1/2 inci halia
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh lada hitam



Ini adalah bahan-bahan untuk dikisar. Sepatutnya kena letak jintan manis bagi lagi sedap. Rupanya jintan tinggal plastik je. Isinya sudah habis. Terasa bongok daku di situ, dah guna sampai habis kenapa tidak dibuang plastiknya haha. 

Takpe tak letak jintan manis pun, tak berdosa. Tukang masaknya dah cukup manis. Bawang merah tu letak lebih sikit sebab halus-halus bawangnya. Kalau bawang korang sihat sejahtera, letak 5 biji cukup.



Ini adalah bahan-bahan A. Kalau nak lagi meriah boleh tambah cili merah ke cili hijau ke capsicum ke. Takpe tak salah sebab kita yang masak dia. Tomato tu aku letak sebiji je sebab tinggal lagi sebiji nak masak untuk esok. Malas nak pergi beli lain. 

Daun kari tu dari pokok sendiri, jadi nak masak petik aje kat balkoni. Bawang besar tu suka hati la nak potong biasa ke nak potong gelang.



Dah namanya masak daging. Jadi dagingnya jangan lupa. Hiris, basuh bersih, dan toskan.



Letak sedikit minyak dalam kuali. Sikit je tau minyak mahal sekarang ni. Masukkan daun kari. Kuali basah-basah tu sebab terpercik minyak. Last minute ambik daun kari dan cuci, jadi airnya belum kering. Malas nak fikir campak aje la lepas tu lari haha.



Masukkan bahan yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak.



Lepas tu masukkan daging. Kacau sehingga sebati. Air daging akan keluar nanti dan biarkan sampai daging empuk. Kalau air kurang boleh tambah air. Kalau nak cepat boleh rebus awal-awal daging ni. Tapi aku lebih suka daging empuk bersama rempah, supaya rasanya meresap sampai ke dalam.



Lepas daging dah empuk, boleh masukkan bawang besar, tomato, dan garam. Kacau sekejap sehingga bawang besar sedikit layu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 


SELAMAT MENCUBA :)


18 July 2016

11 Tips Elak Sesak Lepas Raya

Assalamualaikum...

Belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam di mana sahaja berada. Maaf zahir dan batin. Tahun ni raya aku rasa lain sikit sebabnya kena beraya kat KL uolsss. Pertama kali seumur hidup sebabnya suami tak dapat cuti masa raya tu. So sebagai isteri yang patuh aku redha saje. Chewahhh hehe!

Ok bukan aku nak cerita pasal pengalaman raya di Kuala Lumpur. Tapi nak bercerita tentang TIPS ELAK SESAK LEPAS RAYA. Biasa aku dengar ramai yang mengeluh duit tak cukup lepas raya tu sementara nak tunggu next gaji, terpaksa ikat perut. Ye la sebelum raya kan gaji awal jadi dia punya cycle untuk ke next gaji jadi panjang la. 

Aku? Alhamdulillah so far ok sebab aku dah simpan siap-siap duit untuk belanja selepas raya. Harapnya aku tak lupa diri dalam berbelanja pada masa akan datang. Insya Allah. Lagipun aku berbelanja raya dengan mengukur baju di badan sendiri hehe. Beli sehelai dua cukup la, dah besar panjang ni tak kisah sangat la. Baju kerja ada kan, pakai je la bukannya orang tau pun kecuali kawan-kawan kat tempat kerja. Orang kat kampung sendiri atau kat kampung suami bukannya tau pun kita pernah pakai baju tu haha.

Banyak plak membebelnya. Dah tu bila nak kongsi tipsnya? Ok meh ler tengok kat bawah ni. 


1. Jangan amalkan istilah 'biar papa asal bergaya', nanti merana badan, gundah gulana hidup kau. Tidak perlu untuk beraya sakan dan melaram kalau bajet ciput. Berbelanja seadanya supaya kita tidak berhutang atau mengikat perut selepas raya. 

2. Raya setahun sekali je kan jadi eloklah kita buat bajet dari awal lagi. Sediakan simpanan atau tabungan khusus untuk membeli baju baru dan persiapan lain. Jika ada simpanan, kita tidak perlu lagi menggunakan wang atau pendapatan bulanan untuk berbelanja. Kalau nak guna pun dalam jumlah yang sikit sahaja dan tidak menganggu bajet bulanan kita.

3. Tidak ada jalan pintas untuk menjana kembali kewangan selepas musim raya. Oleh itu, tabungan yang kukuh perlu ada agar selepas raya kita tidak sesak sehingga terpaksa meminjam. Ya macam aku kata tadi, simpan siap-siap untuk perbelanjaan selepas raya. Contohnya selepas raya ada 3 minggu lagi nak gaji, jadi pandai-pandai la kira berapa banyak duit nak guna.

4. Jangan terpengaruh memohon pinjaman atau menggunakan kad kredit sewenang-wenangnya. Ini hanya akan menambah beban kewangan selain terjebak dengan krisis kewangan. Jangan semata-mata nak nampak gah di hari raya, kita berhutang untuk buat persiapan raya. No! No! No! Sekali lagi ulang, berbelanja ikut kemampuan!

5. Sebelum melakukan sesuatu, selidik kesan dan akibat tindakan yang kita akan lakukan itu. Contohnya kalau dah guna kad kredit, anda wajib segera melangsaikannya dalam jumlah yang sama selepas menggunakannya. Hal ini bagi mengelak bebanan kredit berpanjangan. Haaa jangan pergi guna sampai RM4000, tapi buat pembayaran RM250 sahaja. Lagi satu, bayar sebelum tarikh matang bagi mengelakkan caj lewat pembayaran.

6. Sebelum menjelangnya hari raya atau sebelum kita berbelanja untuk raya, pastikan segala komitmen bulanan seperti rumah, kereta, dan lain-lain sudah dijelaskan. Bukan apa takut terguna duit tu nanti. Jenuh plak kena kejar dengan bank dok menuntut bayaran kan. Sudahnya nampak je nombor telefon talian tetap, kau tak angkat sebab takut panggilan dari bank.

7. Sediakan bajet. Nak buat bajet tidak semestinya kena jadi hebat dalam kewangan. Bukannya kita nak buat bajet negara pun, buat bajet peribadi je. Penyediaan bajet ni penting supaya kita tidak terjebak dalam masalah kewangan, mengawal perbelanjaan, mencegah berbelanja ikut nafsu, menentukan kemampuan kewangan peribadi, dan membantu kita menyimpan wang. 

8. Beli keperluan raya mengikut kemampuan poket kita. Tidak perlu terikut-ikut dengan gaya hidup kawan-kawan atau orang sekeliling kita. Kemampuan poket masing-masing adalah berbeza. Kalau mereka mampu beli pakaian mahal-mahal biarkan je la, mungkin tahap kewangan mereka tidak menghalang. 

9. Amalkan sikap bersederhana. Ok yang ni pandai-pandai la ye fikir. Sederhana dalam konteks orang kaya dan orang biasa-biasa adalah berbeza. Jadi tepuk dada, tanya diri masing-masing.

10. Buat perancangan awal bila masa yang terbaik untuk berbelanja raya. Kalau bajet biasa-biasa je tak perlu masuk butik mahal untuk beli pakaian. Membeli belah kat tempat mampu milik dah la kan, dan lagi best beli masa ada promosi. Kalau sanggup bersesak di Jalan TAR pada malam raya pun boleh juga. Haaa masa tu baju raya, kuih raya memang harga menjunam kawkaw punya. Aku pun suka shopping last minute sebab harga memang drop sebab mereka nak habiskan stok. Tapi bukan di Jalan TAR la. Tak sanggup uolssss pening kepala ramai-ramai hehe.

11. Buat tinjauan awal sebelum keluar shopping raya. Biasanya sehari sebelum keluar shopping aku google dulu nak pergi mana. Kat sini harga baju anggaran berapa, kat sana berapa. Supaya aku tidak membuang masa masuk ke tempat yang di luar kemampuan. Contohnya kau ada bajet RM300. Di butik A dengan bajet RM300 tu boleh dapat 3 pasang baju. Di butik B bajet yang sama tapi boleh dapat 2 pasang je baju. Ok nampak? Tapi terpulang la sebab ada sesetengah orang dia suka jalan-jalan cuci mata masuk sana sini. Aku pun kadangkala suka juga cuci mata. Ye la perempuan kan, tak beli pun takpe asal boleh pegang hehe.


Ok dah cukup 11 Tips Elak Sesak Lepas Raya. Kalau nak lebih lagi kau tambah sendiri sesuka hati la. Lain orang lain tipsnya kan. Ok terima kasih sudi baca :)

Sumber gambar: thecliparts.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails